Assalamua'laikum...

8/03/2009 11:08:00 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.



Alhamdulillah..,bersyukur ke hadrat Ilahi. Dapat sekali lagi saya menulis kat blog ni, tak tau lah selalunya kalau saya pegi kat c.c yang kolej sediakan tak de tergerak pun hati ni nak mnulis sesuatu kat blog.Tapi hari ni, dengan izinNya tergerak hati plak nak tulis sesuatu..

Sahabat-sahabat yang kukasihi sekalian, ingatlah hidup kita tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah.Ada masa kita bergembira,ada masa kita dilanda duka.Tapi kita kena ingat setiap daripada kita perlu ruang dan peluang..Ruang dan peluang tu banyak dah Allah bagi.Kita ni jer yang selalu terleka dan terlupa.

Di sinilah pula masanya peranan seorang sahabat kita perlukan.Sahabat akan jadi cerminan diri kita,sahabat mnjadi "alarm" kepada kita. Ingatkan apa yang perlu kita buat,sedarkan kita bila dah tersasar dari tujuan yang sebenar. Tapi kita juga tak boleh nak merungut dan menyalahkan sesiapa kerana mereka pun manusia seperti kita juga.

Sahabat sekalian,sebagai seorang manusia...seharusnya kita lihat pada kekurangan diri kita dan lihat kebaikan orang pada kita. Kita lupakan kejahatan orang pada kita dan lupakan kebaikan kita pada orang.Di situlah dapat kita pupuk kesedaran tentang hakikat seorang manusia iaitu saling memerlukan dan saling melengkapi antara sahabat.Betapa indahnya hidup sebagai seorang Muslim andai dapat kita tunaikan hakikat sebagai seorang manusia ni dilengkapi juga dengan menunaikan tanggungjawab seorang muslim yang sebenar-benarnya..

Dalam kita nak tempuh hidup yang penuh onak dan duri ni, kita sebagai seorang muslim perlu sedar bahawa sesungguhnya kasih sayang Allah itu lebih luas berbanding kemurkaannya.Jangan kita sempitkan diri kita dengan pemikiran,andai terbuat/terlakukan kesalahan atau kesilapan teruskan kerana nanti masuk neraka jugak..pemikiran semacam apakah ini wahai sahabat sekalian....???

Andai kita mengaku kita muslim,seorang yang beragama Islam...mengapa kita boleh katakan "nanti-nantilah aku bertaubat, kau peduli ape??" @ "Mak ayah saya tak cakap ape pun,kenape awak nak sibuk..!!!".

Ya Allah...,beristirghfar wahai sahabatku..Kalau kita sedar kita muslim, kita tak kan salahkan sesiapa, kita takkan salahkan mak ayah kita, sebab kita sedar bahawa kitalah yang sepatutnya merubah semua tu..kita lah yang sepatutnya menjadi noktah bidayah bagi perubahan ahli keluarga kita,sahabat kita, dan orang di sekeliling kita. Untuk memulakan kearah menjadi seorang insan yang bermakna hidupnya untuk Islam mulakanlah dengan merendahkan hati kita dan banyakkan zikrullah, kerana zikrullah mengingatkan kita pada yang maha Agung,dan ingatlah bahawa sesungguhnya dengan mengingati Allah Hati akan menjadi tenang.

Sebenarny kat sini, saya nak kita sama-sama renungkan,saya ada seorang sahabat yang Allah uji dia dengan dai rasa buat ape solat kalau hati tak tenang dan tak tau tujuan dia solat.MasyaAllah...,jagalah iman kita semua agar tidak mudah dipesongkan oleh syaitan laknatullah. Sahabat sekalian, dalam hal begini, kita kene sedar bahawa kita hanya hamba...,dalam keadaan ape sekalipun kita kena lakukan apa yang disuruh oleh "Tuan" kita dalam kontek kita manusia sebagai seorang hamba Allah.Kita tak layak pun nak merungut.Dan fikirlah bukan mudah untuk mendapatkan syurga...perlu telan pahitnya dulu baru kan dapat kemanisannya..

Sebagaimana kita kita perlu makan dan minum untuk hidup walaupun kadang-kadang hilang selera makan, kita masih lagi makan..begitu lah juga solat dan amalan ibadah yang lain sebagai "makanan rohani" untuk hati kita.Jika tiada semua itu tak bermaknalah hidup kita tanpa bekalan untuk menuju dunia aklhirat kelak..sia-sialah semuanya...di sana nanti kita jadi muflis dan mengemis pahal pada orang lain..Sentiasa lah bina Impian untuk kesyurga berjumpa dengan Rasulullah,para sahabat dan isteri-isteri baginda..alangkah indahnya dapat bersama-sama dengan mereka di Syurga yang kekal indah selama-lamanya..Tak nak ke kita sampai ke sana???

FIKIR-FIKIRKANLAH...SYURGA ALLAH ITU INDAH...SESUNGGUHNYA TIADA YANG LEBIH INDAH DARI NIKMAT SYURGA...ADAKAH ANDA LEBIH MEMILIH KEBAHAGIAAN YANG SEMENTARA DIDUNIA...NI SEDANGKAN TELAH NYATA KEBAHAGIAAN AKHIRAT ITU LEBIH INDAH DAN ADE YANG YANG DAH MERASAI CEBISAN-CEBISAN KEBAHAGIAAN ITU DI DUNIA LAGI DENGAN KURNIAAN ALLAH YANG MAHA HEBAT MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG KEPADA SEMUA CIPTAANNYA ... ReNunG-ReNunGkaNlah...
Assalamua'laikum..

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE