Sharing tentang forum "Mencari Cinta Sempurna"

12/19/2009 11:55:00 PM Edit This 0 Comments »

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...bersyukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia dan segala rahmatnya..dapat juga saya buat satu post untuk kali ini setelah agak lama menyepi dari laman islamminside nie...Banyak kisah yang membuat saya rasa malas nak menulis..tetapi lepas pegi forum mencari cinta sempurna semalam 19 december 2009 yang bertempat di Inpen yang terletak di Bandar baru bangi, ada satu persembahan dari artis nasyid Muadz, saya tertarik dengan satu lagu yang bertajuk "Bukan Kerna Nama" memang lagu nie favourite saya..sebab lirik dia sangat indah..

Time tu saya sedar memang niat buat blog nie pun atas dasar nak menyumbang sesuatu pada masyarakat sekurang2nya nak bawak diri nie lebih mencintai untuk memberi dan bukan sahaja menerima seperti sebelumnya..tajuk lagu tu "bukan kerna nama" dengar je terus terdetik kat hati nie.. aku menulis dalam blog nie bukanlah kerana nama, bukan kerana minat semata-mata tapi kerana sifat kasih pada sesama manusia dan nak sama2 perbaiki diri kita bukan untuk menunjuk2 tetapi untuk berkongsi..dan dari situ saya rasa bersemangat balik nak menulis kerana jika perkongsian kita walau sepotong ayat dapat merubah seseorang ke arah kebaikan ada ganjarannya disisi Allah bagi seorang muslim..

Forum tu start dari pukul 9.15 sampai pukul 1 tgh hari. antara penceramah yang hadir memberi pengisian ialah Fazli Yusuf penceramah bebas dr ( Global Genius Consultant), Muhammad Dzulkhairi (UM) bekas presiden GAMIS dan Pengerusi persatuan ulama' Malaysia, dan Puan Zaleha merupakan seorang pengurus sumber manusia dan motivasi.

Moderator untuk forum hari tu ialah Nur Zaffan Bt Zahid yang merupakan penulis artikel untuk
iluvislam yang merupakan salah satu penganjur bari forum tersebut...

Mula-mula lagi moderator dah sebut pasal buka minda bagi memahami persoalan cinta dari berbagai perspektif tentang cinta. Kita juga harus berfikir dan bijak dalam memahami persoalan tentang cinta. Selalunya manusia nie faham cinta tu hanya pada kekasih sehingga tidak dapat nak berfikir bahawa sebenarnya cinta itu luas dan sungguh indah...
cinta itu ada banyak categorinya iaitu cinta pada keindahan.. cinta pada ibu bapa, cinta pada family, cinta pada sahabat ( bagi muslim sayang kerana Allah) dan banyak lagi cinta-cinta lain selain dari cinta manusia.

setiap panel jemputan untuk forum mencari cinta sempurna ni,ada kelebihan masing2. Yang saya tertarik ialah, ada ungkapan dari salah seorang panel yang mencuit hati saya untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan dimasa hadapan. Di mana, panel jemputan itu menyebut lebih kurang begini katanya.."dalam perjalanan saya mencari cinta sempurna saya tak dapat bayangan siapa yang perlu saya pilih, saya teruskan kerja2 saya seperti biasa pada siang hari kerana pada malam harinya bermunajat mohon pada Allah agar di pertemukan dengan insan yang terbaik yang Allah dah tetapkan untuk saya. Dia tidak berhenti bermunajat..sehingga pada suatu saat dia digerakkan hatinya untuk membaca sepotong ayat Al-Quran kalamullah...

Akhirnya Allah beri petunjuk dengan cara yang terbaik sekali buat insan yang sabar menunggu ketentuan darinya, sungguh indah cara dia mendapatkan pasangan hidupnya dengan tidak ada sedetik waktu pun dia melupakan cinta yang teragung Allah SWT..Subhanallah... maha hebat Allah, begitu juga hebat insan2 yang mencintai Allah terhindar dari sebarang unsur melalaikan..

Panel tersebut tidak juga hanya menceritakan berkisar cinta berlainan jantina (pasangan) beliau juga menyebut cinta pada Allah,Rasul,Ibu,sahabat dan sebagainya beserta dengan huraian dan hujah beliau yang tersendiri. Alhamdulillah saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk pergi ke forum tersebut yang pada mulanya saya rasakan tidak membina jiwa dan hanya berkisar tetang cinta (pasangan) tetapi cepat2 saya betulkan niat dalam perjalanan dan sempat diingatkan oleh seorang kakak yang pada saya dia seorang sahabat solehah mengingatkan supaya membetulkan niat.Dalam perjalanan saya berdoa semoga perginya saya keprogram tu mendapat sedikit sebanyak input untuk dipraktikkan.

Alhamdulillah, marilah kita menyediakan hati kita untuk mendengar dan pergi ke majlis-majlis ilmu kerana Majlis ilmu merupakan taman2 syurga. jadi kita kene bersedia,pupuk minat,ikhlaskan hati dan sebtiasa betulkan niat kita. Kerana setiap amalan dikira berdasarkan niat.

Alhamdulillah, dapat saya berkongsi pengalaman.Akhir kalam jadilah insan yang mencintai ilmu.. juga kerana Allah..supaya dikira sebagai ibadah.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE