BERFIKIR DAN BERSYUKUR

4/29/2010 11:42:00 PM Edit This 0 Comments »














Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah...,kita masih dikurniakan nikmat Hidup. Bangun je pagi, kita dapat buka mata dan bernafas..kita bersyukur dengan membaca doa bangun daripada tidur. Manusia yang bijak adalah manusia yang berfikir dan bersyukur di atas kurniaan yang Maha pencipta.


Jika kita nak tau nikmat sihat, kita pergi lah melawat atau ziarah orang sakit, kenapa ya..? Kerana jika kita melawat orang sakit secara tidak langsung kita akan bersyukur kerana diri kita masih diberi nikmat sihat. Akan hilang lah rasa tinggi diri, riak,angkuh...dan sebagainya. Kalau tidak kita hanya akan sentiasa leka dan alpa dengan segala nikmat yang diberi dan merasa bangga dengan setiap kejayaan diri padahal segalanya adalah daripada allah dan boleh dihilangkan dalam sekelip mata saja..

Jika kita nak tahu nikmat bebas, kita pergi lah melawat orang yang yang dipenjara ,kerana di situ baru kita nikmat bebas itu sendiri, kita akan sedar bahawa bila dalam keadaan orang orang yang dipenjara betapa mereka benar-benar inginkan kebebasan dan keampunan atas segala kesilapan, sedang kita yang sememangnya bebas tidak pernah ingat akan semua itu. kita hanyut dibawa arus kehidupan yang kian melalaikan dan mengagungkan keasyikan dunia...betapa mereka bersungguh-sungguh menginsafi diri dan bertaubat. Benar-benar menginginkan kebebasan beribadah, kebebasan berukhuwah, kebebasan beramal (bersedekah, berbuat baik pada orang lain). Kita sebenarnya masih ketinggalan untuk mentafsir nilai sebuah kebebasan itu sendiri. Kerana apa kita perlu melihat kepada mereka yang lebih lemah,menderita dan lebih susah dari kita...? Kerana lumrahnya seorang manusia itu mudah alpa dan leka dengan kesenagan hidup, dan kerana jika ada ujian dariNya lah yang akan mematangkan kita dalam berfikir. Dan dengan cara melihat orang yang dibawah barulah kita kita sedar sebenarNya kita ini kurang bersyukur.

Kita selalunya lupa untuk kembali kepada Allah jika ditimpa ujian yang singkat...kita mudah melatah...memikirkan hanya kita sahaja yang diuji, hanya kita sahaja yang betul. Kita lupa bahawa kita ada Allah yang sentiasa berada disisi kita. Kita lupa bahawa Allah itu lebih dekat dari urat nadi kita. Kalau nak mengadu dengan mak ayah atau kawan-kawan kita mungkin kena telefon dulu,kene tanya dulu free tak nak bercerita, tapi Allah ada setiap masa dan Dia Maha mendengar...tidak pernah kita terfikir begitu...padahal sepatutnya dalam apa jua keadaan suka atau duka kita kena utamakan Allah dahulu..lakukan sesuatu dengan mulakan baca basmalah,sehingga waktu tidur pun kita perlu mulakan dengan doa tidur..mengingati Allah umpama makanan bagi hati yang gersang. Fikir-fikirkan lah bersama. Assalamua'laikum..

Sama-sama kita hayati lagu ini..
Ampunkan kami Ya Allah..



UNIC - Erti Syukur

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa






0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE