1 Kisah bersama kita menghayati

6/03/2010 07:03:00 PM Edit This 0 Comments »


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..mari sama2 hayati kisah ni..

“Alhamdulillah…aku dilahirkan sebagai seorang muslim,seorang yang berAGAMA ISLAM..” Sesiapa pun mampu untuk mengungkapkan perkataan ini…betul tak hanif ?

Hmm….betul tu fiq,tapi kenapa kau cakap macam tu..tiba-tiba pulak tu..?

Taka de ape…saja je,tiba-tiba teringat tentang kisah lampau.

Tak nak sharing ke?

Kau nak dengar ke?

Kalau kau tak kisah,aku ok je..

Syafiq termenung seketika.

Okeylah…aku cerita untuk kita sama-sama perbaiki dan muhasabah diri.Terutama orang yang bercakap ni lah…

Dulu…aku bukan lah aku yang sekarang ni yang kau kenal hanif, Aku seorang yang bersemangat sama macam sekarang ni..tapi semangat yang lain sikit, aku tersalah pilih,jalan yang ku pilih bukanlah mohon petunjuk dari Allah malah menjauhi suruhan Allah.Sewaktu di sekolah,aku suka perlekeh budak2 yang baik2,rajin solat,pakai kopiah macam kita sekarang…Time tue..kawan-kawan aku semua macam akulah..nakal,belajar main2,suka dok usik bebudak pempuan.Kira aku ni jaguh la time tu..Ape aku nak,aku pastikan aku dapat,semua pendapat aku mesti tak boleh ada orang nak sangkal.Darah muda..penuh dengan baran,tak boleh terima teguran dan selalu pikir ape yang aku buat betul. Selalu gak aku dok lepak ngan kawan-kawan bercerita ntah pape…buang masa selalu dengan kerja tak berfaedah tu. Memang aku selalu dapat markah tertinggi dalam kelas, dan nama aku selalu disebut-sebut dalam kelas dan dipuji oleh guru,ape lagi naik lemak lah aku…Kawan-kawan aku hanya menggunakan nama aku untuk menunjuk-nunjuk dengan kawan yang lain.Yang peliknya,aku duduk dalam kelas sains tapi tak de seorang pun kawan dalam kelas tu,semua geng-geng aku pada masa tu budak-budak kelas sastera dan seni je. Time tu aku memang benci dengan pelajar yang rajin, baik dan skema sebab aku rasa angin je bila teringatkan sorang kawan yang pada aku sungguh baik sewaktu di sekolah rendah,namanya “Abdul Muhaimin” dia banyak mengajar aku subjek yang aku lemah dan dia adalah pelajar cemerlang,pelajar contoh di sekolah rendahku, tapi sayang…dalam sering dia mengajar dan menasihati aku supaya jaga hubungan dengan mak ayah, dia sendiri tidak mengaku ibunya sewaktu ingin mengambil anugerah pelajar cemerlang yang pada waktu itulah semua pelajar tahun enam dijemput pihak sekolah untuk meraikan kejayaan mereka yang cemerlang dan majlis perpisahan tahun enam, ketika itu aku masih dalam darjah lima, aku datang majlis itu untuk meraikan kejayaan dia. Tidak disangka-sangka dia menolak ibunya yang ingin memeluknya sewaktu diumumkan pelajar cemerlang, dalam keadaan aku ingin menangis melihat kejayaan sahabatku sendiri, aku jadi baran,marah sehingga tidak dapat menahan marah aku pergi ke arahnya dan tidak semena-mena tanganku memberikan penumbuk ke arahnya.Aku tak tahan melihat seorang ibu yang gembira melihat anaknya berjaya ditolak sebegitu sahaja oleh anaknya sendiri, dia hampir membalas tumbukan ku tapi dihalang rakan karibku Haziq lalu dia menghamburkan kata-kata yang tidak enak untuk didengar, Pedas..!!aku tak peduli,aku geram..!! “aku ikhlas berkawan dengan dia, aku sayang dia sebagai seorang sahabat dan sebagai seorang abang, tapi dia….” Getus hatiku saat itu. dalam keadaan marah aku keluar dari dewan dan terus pulang kerumah. Aku berjanji dengan diri tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Sudah la umurnya setahun lebih tua daripadaku, sepatutnya menunjukkan peribadi yang baik untuk dicontohi, aku tidak hairan,selama ini setiap kesalahanku ditegur dan diperbetulkan.Aku terima, sebagai seorang yang bergelar abang padaku layak untuk menasihatiku. Tapi keyakinanku padanya hancur sama sekali dengan sikapnya sendiri dan tambahan pula aku terdengar perbualan seorang sahabatnya bahawa dia langsung tidak pernah menganggap aku sebagai kawan kerana ramai kenalan wanita cuba mendekatiku kerana keputusan cemerlangku. Apakah dia tidak ikhlas selama ini mengajarku..???? dan bukan itu sahaja banyak dikalangan teman-temannya yang memerliku dengan mengatakan “budak sampah”, “tiru jawapan bulat-bulat”, “tak kenang budi”,“kacang lupakan kulit” macam macam lagi yang kudengar. BENCI…!!!!

Semenjak dari hari itu, aku tidak pernah jumpa dia dan aku tekad tidak mahu berkawan dengan orang yang baik-baik, aku benci... benci yang teramat sangat…kerana dia banyak menyedarkan aku untuk menghargai jasa ibu dan ayah,ingat pengorbanan mereka dan macam2 lagilah…aku hanyut dengan amarahku sendiri.Sehingga aku hanyut dengan kawan-kawan yang membawaku kepada kelalaian.

Tingkatan satu hingga tingkatan tiga aku berkawan dengan mereka yang sememangnya orang yang nakal disekolah, ponteng kelas,hisap rokok,melepak lepas waktu sekolah…aku tak tahu mengapa aku buat semua tu, nak kata balas dendam ape yang aku dapat?budak tu bayang pun aku tak Nampak. Dari hari kehari aku hanyut dengan hidup yang aku sendiri rasakan tiada masa depan walaupun pelajaranku cemerlang, itu hanyalah sekadar mengubat hati ibu dan ayahku untuk menutup amarahku yang tiada penghujungnya..setiap anugerah ku raih,tetapi aku tidak dapat merasakan kenikmatam meraih kejayaan. Aku lebih gemar bergaul dengan kawan-kawanku, solat juga tidak ku ambil berat,sehingga aku merasa takbur wujud dalam diriku saat itu,walaupun solat kuabaikan,kejayaan tetap milikku..kurasakan dunia ini aku yang punya, aku dan kawan-kawanku selalu mengejek dan merendah-rendahkan mereka yang rajin solat dan menyebut-nyebut tentang kebaikan “berbulu tengkok dibuatnya” itulah ayat kami setiap kali bila ada kawan-kawan yang menasihati.Pada fikiranku saat itu guru-guru tak dapat meghukumku atas tindakan nakalku disekolah kerana aku pelajar cemerlang sekolah..saat itu kurasakan dunia ini aku yang punya… hidup sungguh senang tak perlu beribadah kejayaan menanti didepan.. Puas…itu yang aku rasakan..pada masa tu.

Tiba di tingkatan empat aku memilih kelas sains biologi, bukan kerana cita-cita yang tinggi tapi kerana aku mula berminat dengan seorang budak perempuan. Manis bertudung, cantik perawakannya dan indah budi bahasanya tidak pernah rasanya ku lihat perempuan yang bagiku cukup sempurna bagi seorang lelaki sepertiku…hari pertama aku masuk kelas seperti biasa,tetapi tempat duduk aku pilih dua baris di belakang sidia..supaya senang untuk aku perhatikan gerak-gerinya.Aku terpegun dengan adab sopannya bertutur dengan rakan-rakannya ditambah pula dia tidak memandang kepada lelaki melainkan ada urusan penting,aku terpesona…hanyut dalam khayalan…Aku mula kurang minat untuk mengikuti sahabat-sahabatku untuk ponteng kelas bukan dah taubat tapi kemaruk cinta..sidia merupakan seorang pelajar baru, dan dipilih menjadi pengawas sekolah kerana sewaktu disekolah lamanya dulu dia juga seorang pengawas.Itu membantutkan setiap usaha jahat kawan-kawanku untuk membuat sebarang aktiviti “nakal” di sekolah. Dial ah tujuan utamaku saat itu. Setiap kali waktu dia membaca doa diperhimpunan, aku memerhatikannya dari jauh…sewaktu rehat, aku sengaja keluar lewat hanya untuk mengetahui makanan kegemarannya..aku tidak lagi makan bersama-sama kawanku tetapi tetap balik bersama mereka dan melepak di depan pagar sekolah,itu pun kerana untuk memerhatikannya sewaktu pulang kerana dia berjalan kaki untuk pulang.” Sungguh..aku jatuh cinta padanya saat itu Hanif” kata syafiq kepada hanif.

Jadi ape yang kau nak sampaikan sebenarnya?

Eh…panjang lagi cerita aku hanif, tu la aku kata..kau nak dengar ke.

Dalam pada aku hanyut dengan perasaan cinta, aku teruskan juga mengulangkaji pelajaran, aku selalu menjawab pertanyaan guru untuk menarik perhatian sidia…aku agak pelik,cikgu selalu memujiku tetapi dia tidak pernah sekalipun ingin memandang kepadaku ataupun mengambil tahu akan halku. Aku rasa tercabar, naluri lelakiku meronta-ronta minta dijawab mengapa aku yang begitu aktif menjawab pertanyaan guru malah jawapanku semuanya membuatkan rakan sekelas cemburu, awek-awek dalam kelas mula memberi perhatian padaku termasuk sahabat baik sidia “ `Afaf Musfirah” ,selalu juga aku melihat `Afaf berbisik sesuatu pada sidia tetapi langsung tidak diendahkannya…tambahan pula keputusanku amat baik dari rakan sekelas yang lain,tetapi dia tetap maintain seperti biasa.Tercabar juga aku.Tetapi aku tak kisah,aku cuba cara lain menarik perhatiannya.

Satu hari tu aku dapat satu akal, aku tidak pergi ke kantin untuk makan,tetapi aku memilih untuk duduk dalam kelas memberi alasan kepada pengawas bertugas bahawa aku tidak sihat dan ingin berehat di dalam kelas,mereka membenarkan. Saat itu aku mengambil peluang untuk menyelongkar beg sidia untuk mencari sebarang maklumat yang boleh aku gunakan untuk lebih rapat dengannya. Tindakan ku tepat, aku terjumpa sesuatu yang amat berharga…diari sidia..memang satu peluang yang amat baik,tetapi aku berkata pada diri sekadar untuk mendapatkan nombor telefon dan e-mail kalau ada. Aku buka diari itu dan mujur muka surat pertama tertera biodata ringkas sidia..

Nur Humaira Hazirah Bt Hj.Muslihuddin(012-2722851),

Aisyah_humairaAM1@yahoo.com

No.22,Jalan Damai 2

Taman Damai ,43300 Kajang

Selangor Darul Ehsan.

“Yes….!!! Aku dapat dia..ops..belum lagi,dapat rahsia dia...” begitulah perasaanku saat itu. Aku terus menutup buku diarinya dan memasukkannya semula di didalam beg dengan cermat supaya tidak dapat dikesan. Pada keesokan harinya aku kesekolah dengan perasaan gembira. Aku masuk kelas seperti biasa, aku rasa seperti diri dia sudah dalam genggamanku. Hari terus berlalu sehingga kami memasuki tahun yang paling menggetarkan setiap pelajar yang berada di tingkatan lima. Aku terus juga menghantar sms dan email kepada dia dengan merahsiakan identiti diriku. Tidak pernah mahu dibalas, Cuma jika soalan berbentuk meminta nasihat yang dibalas itu banyak menyuruh mengingati Allah…Aku tidak akan pernah bosan kerana aku dapat merasakan kelainan dalam diriku satu perasaan saying dan tidak dapat kubuang,walau kadang-kadang aku hampir putus asa, itulah sebenarnya sifat seorang lelaki,tetapi andai saja aku tidak dapat mengawal perasaan mungkin sidia sudah menjadi mangsa kebuasan naluri lelakiku.Tetapi perasaanku padanya dapatku rasakan satu perasaan yang murni, aku ingin menjadi pelindungnya, aku ingin menjadi penawar disaat dia berduka, aku tidak mahu dia terluka,aku tidak mahu dia diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sesiapa..begitulah mulianya cintaku padanya walaupun pada hakikatnya masa tu aku seorang yang amat degil,keras kepala,memandang rendah wanita yang bertudung.

“Hmm..,maknanya ko memang betul-betul sayangkan dialah ya,fiq?”,tanya hanif.

“Ya, aku tak dapat nafikan perasaanku pada dia saat itu”.jelas syafiq.

“Okay,seterusnya..?” hanif meminta cerita disambung.

Aku mula mencari-cari kebenaran dalam hidupku. Jiwaku kosong,tetapi aku ingin memiliki sidia. Aku bingung…mula kujauhkan diriku perlahan-lahan dari mengikuti kawan-kawanku yang nakal..sehingga mereka pun mula muak,dan menjauhkan diri dariku. ”Aku perlukan seseorang untuk membimbingku tapi siapa?Ayah…aku malu dengan ayah..,aku sudah lama tidak solat berjemaah bersamanya Cuma sekali-sekala sahaja,itu pun sewaktu dia tidak sibuk dengan kerjanya dan kerja dakwahnya dan aku tiada alasan lagi yang hendak diberi,selalunya aku meminta pada ibu agar merahsiakan yang aku tidak menjadi imam sewaktu ketiadaannya. Bukanlah susah menjadi imam, aku yang hanya menghafal surah-surah lazim pun boleh jadi imam asalkan bacaanku betul panjang dan pendeknya dan juga tajwidnya. Tapi aku malas..aku tiada motivasi, kadang-kadang aku sengaja meninggalkan solat.Aku perlukan sokongan,dan tiada siapa mahu menolong aku.

Sehinggalah pada suatu hari,ade sorang budak lelaki masuk kat sekolah aku, pelajar tingkatan enam, lambat masuk dengarnya ada masalah keluarga sikit.Dia memang nampak baik dari segi berpakaian dan dengarnya datang dari sekolah agama. Aku tidak berapa menghiraukannya, kerana dia pun bukannya sekelas denganku, walaupun kelas sains, dia budak tingkatan enam. Hari-hariku berlalu seperti biasa. Dalam pada aku mengenepikan suruhan Allah, aku berdoa juga selalu di dalam hati agar ditemukan jodoh dengan sidia..Pelikkan kan hanif manusia ni…

“Tak ada yang pelik lah..tu kan lumrah seorang manusia,bila susah baru ingat Allah,bila senang lupa kita bercakap ni pun Allah yang izinkan. Betul tak Fiq?” kata hanif.

Ya…,(sambil mengeluh..).

“Masih nak dengar lagi ke..?” Syafiq bertanya jam di tangan di pandang sekilas.

“Eh..mestilah nak, banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran dalam kisah hidup kau ni fiq.” Kata hanif lagi.

“Okay lah..,kita sambung lepas solat zohor nanti ya.sekarang ni dah pukul 12.45 jom kita ambil wuduk dulu..

Hanif melihat jam ditangan lalu berkata “Ya lah…, khusyuk dengar kau cerita lupa aku nak tengok jam”.

Hanif dan Syafiq memang berkawan baik dan mereka tidak suka melengah-lengahkan solat. bagi mereka solat adalah lebih bernilai dari segala-galanya.

Setelah selesai menunaikan solat.Syafiq menyambung ceritanya.

“Alhamdulillah,selesai sudah menunaikan solat.Kat mana kita stop tadi ea..?tanya Syafiq.

“Tadi kau cerita sampai budak tingkatan enam dan kau berdoa supaya berjodoh dengan budak tu.”hanif mengingatkan.

Oh..ya,terlupa aku.

Ha…,time tu..aku berdoa jugak walau tak solat penuh,walau hina orang yang warak2. Tak sedar lagi diri tu kerdil di sisi Tuhan.

Nak dijadikan cerita, aku terserempak dengan budak tu kat kantin sekolah.Kali ni dia dah pakai baju pengawas.Mungkin cukgu memilih berdasarkan faktor sekolah agamanya dan sahsiah peribadi diri dia. Aku terpandang dia sekilas,kemudian menoleh semula. Seolah-olah berlegar-legar wajahnya dikepala. Aku berkata dalam hati mungkin dial ah budak baru yang disebut-sebut selalu tu.Tapi otakku ligat mengingati sesuatu, seperti wajahnya itu pernah aku kenal sebelum ini. Aku cuba mengingati, tiba-tiba sekilas bayangan lalu menerpa diminda, “aku kenal wajah itu…, aku kenal sangat..!!” nadaku seolah menjerit. Aku mula perasan disekelilingku pelajar-pelajar ada yang perasan akan tingkah-lakuku dan ada yang tidak perasan langsung kerana suasana di kantin agak sesak dengan pelajar menengah atas bercampur dengan tingkatan enam pula.

Aku hilang selera makan, cuba toleh kebelakang dan kelihatan dia tenang je…langsung takde respon ape2.Aku cuba tenangkan diri dan membuat andaian sendiri, dia dah tak ada apa-apa kaitan dengan aku lagi. Tetapi, ketenanganku tergugat apabila dia dimasukkan dalam satu kumpulan yang sama dengan Humaira untuk tugas harian pengawas. Amarahku membuak-buak kembali.Dalam kelas aku langsung tak dapat tumpukan perhatian. Terlupa seketika aku pada si dia `humairah’. Benci mula menguasai fikiran aku ketika itu. Aku datang sekolah seperti biasa tetapi sentiasa ingin cepat pulang ke rumah. Pelajaran tidakku ambil peduli, aku benar-benar terpukul dengan kisah lalu dan kurasakan diriku tidak layak untuk Humairah Hazirah dibandingkan dengan Abang Muhaimin. Walaupun peperiksaan percubaan semakin dekat, aku seperti hilang semangat tiada apa lagi tujuan hidupku kini. Aku banyak menghabiskan masa termenung sendirian seperti orang yang tidak bertuhan,sepatutnya aku mohon petunjuk pada Allah, redha dengan ketentuannya dan mula berubah, tapi aku manusia biasa, tak kuat bila bersendirian,mudah hanyut dengan dunia tak dapat berfikir panjang. Hinggalah satu hari tu aku tersedar.

Petang itu aku duduk dirumah ingin menenangkan fikiran. Tiba-tiba ibu mengetuk pintu bilik lalu membukanya dan memberitahu bahawa ada seorang pelajar yang ingin berjumpa denganku di bawah. Aku terpinga seketika, belum pernah ada seorang dari kawan-kawanku yang berani datang ke rumah,kerana aku memberi amaran keras supaya tidak diketahui ibu dan ayah bahawa menyertai kumpulan budak-budak nakal disekolah. Aku menelan air liur, dan memberanikan diri turun ke bawah walaupun tiada tanda ingin marah di wajah ibu dan sememangnya ibuku bukan seorang pemarah dia sangat teliti apabila berkata-kata. Sampai di bawah aku terperanjat besar kerana di depanku saat ini adalah abang muhaimin dan seorang rakan karibku disekolah rendah Haziq Hazlami.”Buat apa mereka ke sini, aku tak jemput pun mereka datang”, bisikku dalam hati.

Abang Muhaimin menghulurkan salam kepadaku, salam ku sambut kerana ibu memerhati di tepi sebelum masuk ke dapur. Aku mempelawa mereka duduk. Sebenarnya marahku pada abang muhaimin hampir kulupakan sehingga dia ditugaskan bersama humairah dalam tugas sebagai pengawas sekolah aku tercabar.

“Tujuan abang datang ni adalah kerana ingin meminta maaf pada kau fiq. Maaf kerana aku selalu menasihatkan kau tetapi aku sendiri tidak perasan akan kesilapanku sendiri. Aku ego…kita sama-sama masih mentah waktu itu” Muhaimin menjelaskan.

“Buat apa nak minta maaf, aku bukan tuhan dan waktu tu pun kau tak endahkan aku, malah kau menghamburkan kata-kata yang pedas..!!pedih telinga aku mendengarnya…kau tau!!..”,aku separuh berbisik tidak ingin diketahui oleh ibu akan hal yang sebenar.

“Fiq…sabar dulu,dengar apa yang abang muhaimin nak katakan”, Haziq cuba menenangkan.

“Dah la kau Ziq…,kau pun termakan dengan hasutan si penipu ni…aku benci lah tengok muka dia..korang boleh bla…la…”, syafiq tidak dapat mengawal amarah.

Ibunya segera menuju kehadapan ingin memastikan ape sebenarnya yang berlaku..

“Kenapa ni fiq, Ibu dengar bising macam orang bergaduh?”, Tanya ibuku.

Haziq segera menjawab “Kami memang begini mak cik, lantang bersuara tambahan dah lama tak jumpa..”Haziq membuat helah.

“beginilah mak cik kami ingin mengajak syafiq keluar sekejap ada hal sikit nak dibincangkan,boleh ke mak cik? Tanya haziq lagi membuat helah.

“Kalau ya pun tunggu lah dulu mak cik tengah panaskan air, dah berbunyi dah pun dah menggelegak lah tu..” jawab ibuku.

“Tak pe lah mak cik, tak payah susah-susah kami nak cepat ni..” jawab abang Muhaimin.

“Kalau macam tu, tak apa lah pergilah..tapi hati-hati ya nak…” pesan ibuku.

Sampai di taman aku mendiamkan diri, ”malas nak bercakap dengan penipu”. Aku bermonolog sendiri.

“Abang muhaimin sekali lagi memulakan bicara…”Fiq…aku benar-benar insaf fiq…kau tak tahu betapa aku tertekan saat itu, aku keliru dan macam-macam fitnah singgah di telingaku…berilah aku peluang untuk menjelaskan semuanya…” pinta Muhaimin.

Saat itu hanif, aku mendiamkan diri..diam seribu bahasa..dalam otak aku bermacam-macam persoalan datang..Abang Muhaimin terus mengambil peluang disaat aku diam untuk menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku.

“Aku difitnah kawan-kawanku sendiri…mereka bagi tau aku yang kau menghina keluargaku, mengetawakan aku miskin, tidak tau mengajar orang,suka menipu dan macam-macam lagi, aku jadi tak keruan. Mereka sering menghina keluargaku, mengejekku sehingga aku rasa tiada siapa lagi pergantunganku saat itu,termasuk ibuku sendiri menghinaku…terselit dalam agenda mereka hendak menjatuhkan aku. Hari peerpisahan tersebut tidak lagi hari gembira saat itu,aku tidak menegur ibuku..kerana percaya dengan kata-kata mereka. Rancangan mereka Berjaya…aku benar-benar telah memalukan diriku sendiri disaat itu. Aku sanggup tolak ibuku sendiri…aku tersedar saat kau menumbukku tapi aku amat marah pada kau fiq saat itu aku rasakan kau lah punca segala-galanya… belum sempat dia menghabiskan kata-katanya aku menghalakan penumbuk kearah mukanya..panas dengan apa yang dikatakan..

“Apa kau ingat kau seorang je yang betul….kau juga menghina aku kan..dalam diam kau kutuk aku… aku terdengar perbualan sorang kawan kau, tak kisah la siapapun dia, tapi dia mnyedarkan aku bahawa kau langsung tidak pernah menganggap aku sebagai kawan kerana ramai kenalan wanita cuba mendekatiku kerana keputusan cemerlangku. Apakah kau tidak ikhlas selama ini mengajarku..???? dan bukan itu sahaja banyak dikalangan kawan-kawanmu pada hari perpisahan tersebut yang memerliku dengan mengatakan “budak sampah”, “tiru jawapan bulat-bulat”, “tak kenang budi”,“kacang lupakan kulit” macam macam lagi yang kudengar. BENCI…!!!! Kau memang tak guna…” aku mengamuk,satu lagi penumbuk ku melayang kearah pipinya tapi sempat di tepis oleh Haziq.

“Mengucap lah Fiq..!! sedarlah kau tu Cuma makhluk Allah yang biasa..tak berhak pun nak menghukum orang lain”, Haziq cuba menyedarkan aku.

“Kau siapa nak cakap macam tu dengan aku?,kau layak ke? Aku naik berang.

“Kau langsung tak beri dia peluang ke Fiq? Tanya Hanif.

“Tak…tapi..Haziq bijak,dia pegang tangan aku kuat-kuat sambil membacakanayat kursi dan menghembuskan kearah aku..Panas dalam hatiku berkurang..Haziq pujuk aku untuk dengar penjelasan yang sebenar. Dalam keadaan itu aku diam tak dapat buat apa-apa.

Abang Muhaimin menyambung, “sewaktu kau sudah tidak kelihatan lagi dari pintu masuk dewan..Haziq dan rakan-rakannya muncul, mereka menerangkan keadaan yang sebenar. Aku terus melutut pada ibuku..semua kawan-kawanku sudah melarikan diri kerana malu segala rahsia dibongkarkan dikhalayak ramai. Aku rasa bersalah pada kau kerana ingin menumbuk kau pada waktu tu dan menyalahkan kau atas apa yang berlaku. Aku cuba cari kau lepas dari kejadian tu,tapi tak dapat. Sehinggalah pada minggu lepas Haziq dapat berita dari seorang kawan chattingnya yang kau belajar di sini sekarang. Aku ingin kita berbaik semula. Aku menyesal, kerana aku lambat berjumpa kau sehingga kau sudah jadi seperti sekarang..maafkan aku Fiq..” pinta abang Muhaimin.

“Tanpa sedar ada air mata bening jatuh dari pipiku..aku terus memeluk abang Muhaimin…kurasakan kembali perasaan suatu masa dahulu kami rapat seperti adik-beradik, tadi dek kerana ago masing-masing dan rapuhnya keyakinan terhadap persahabatan kerana Allah Kami terpisa, lalu aku membawa haluan hidupku sendiri yang semakin jauh dari Allah..lupa pergantungan kepada Allah..terarus dengan keasyikan dunia.” Terang Syafiq menyatakan penyesalannya akan kesilapan sendiri di masa lampau.

“Macam mana pulak dengan Humairah?”. Tanya hanif.

“Humairah meneruskan kehidupan seperti biasa, malah dia terus hebat membawa peribadi muslim yang sejati dan Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nya.Aku terus memperbaiki diriku untuk meletakkan diri setaraf dengan dirinya. Abang Muhaimin banyak membantuku berubah dengan menasihatiku bahawa wanita ini jika hilang sifat malunya apa lagi yang tinggal padanya.Jadi kalau Humairah itu menjual mahal,aku tak sepatutnya bengang atau rasa meluat kerana padanlah dengan dirinya seorang wanita itu malu dan ketegasan perisai diri. Pegangannya yang telah mengetuk pintu hatiku yang terlaul ego untuk berubah, diriku yang terlalu sombong dengan penciptanya ALLAH SWT. Aku yang selalu melalaikan solat. Hampir sahaja SPM ku hancur berkecai andai Allah tidak pertemukan aku dengan abang Muhaimin, kerana peperiksaan percubaanku semuanya hancur, cikgu semua menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusanku yang jatuh menjunam, tidak ku sangka,selama ini pun aku taklah study sangat tapi tak pernah gagal pun..tersentak aku dengan keputusan percubaan tersebut.. Tapi Alhamdulillah..Allah masih sayangkan aku..’’,terang syafiq.

Sememangnya hidayah itu milik Allah…Aku mula berubah..dan SPM ku lulus dengan cemerlang. Berkat usahaku dan sahabat-sahabatku,doa ibu dan nasihat-nasihat abang Muhaimin tidak dapat ku lupakan, “Andai kita dah puas berusaha sehingga ke saat-saat terakhir, bertawakkal lah pada Allah..” itulah pesannya saat aku rasakan usahaku tidak mencukupi. Dia juga mengajarku erti ikhlas mencintai Humairah kerana Allah…pesannya andai aku benar-benar mencintainya ikhlaskan hati dengan ketentuan Allah..Aku redha andainya dia milikku pasti Allah akan pertemukan kami suatu hari nanti dan jika dia bukan milikku aku pasrah dan terima siapa jua ketentuan Allah untukku…Dari abang Muhaimin aku kenal keindahan Islam, betapa lelaki dan wanita sama perlu menjaga pandangan, persahabatan dalam Islam juga begitu tulus dan suci. Abang muhaimin selalu nasihatkan aku, wanita memang semulajadi ada sifat malu, jadi kita tak patut pandang rendah pada wanita yang tak nak melayan lelaki, atau kita nampak sombong, kerana itulah harga diri wanita,kalau dia tak jual mahal ape lagi yang ade..kita pun dah tau yang setiap antara kita dah ditentukan jodohnya oleh Allah..kita hanya mampu berdoa mohon yang terbaik dariNya.Segala-galanya indah lah..dalam Islam ni kalau kita betul2 mengamalkan apa yang Islam suruh..

“Alhamdulillah aku dapat menyambung pelajaran si salah sebuah institute pengajian tinggi dan sekarang aku bersyukur kerana dapat meneruskan pelajaranku di sini.. dapat berjumpa dengan kau Hanif..juga jangan terkejut bahawa aku diberi kepercayaan untuk ditunangkan dengan anak saudara professor Azhari, lecturer yang mengajar kau semester lepas,memandangkan pengajian kita tamat akhir tahun ni”, terang Syafiq.

“Alhamdulillah..baguslah Fiq, siapa wanita bertuah tu…?” Tanya Hanif.

“Humairah Hazirah.Mula-mula tu aku terima terus tanpa berfikir panjang,memandangkan prof tu cerita peribadinya yang menarik minatku,tambahan pula ibu dan ayahku sentiasa bertanya bila nak kawin.. tapi lepas dia terangkan dengan lebih jelas aku rasa bersyukur sangat…Allah sememangnya maha pemurah lagi maha penyayang. Kasih sayangnya Allah melebihi kemurkaannya..walau aku telah banyak buat silap di masa lalu Allah masih mengurniakan nikmatnya padaku…Semuanya terpulang dimana letaknya Islam dlam hidup kita,apakah kita mengutamakan Islam dari segala2nya atau sebaliknya..” jelas Syafiq.

“Ya..betul tu Syafiq, kita patutnya Tanya dalam diri apa erti ISLAM DALAM hidup kita,apakah sekadar nama Islam tapi solat kita abaikan ataupun amalan dalam Islam itu sendiri apakah benar-benar kita hayati,erti persahabatan dalam Islam..erti solat dalam kehidupan…erti pergantungan kepada Allah,apakah kita sekadar bergantung pada Allah saat susah…banyak pengajaran dalam kisah hidup kau Fiq…”.kata Hanif.

Amin..semoga bermanfaat untuk sesiapapun yang mendengarnya daripada Aku mahupun kau mahupuh siapa diluar sana…

Ianya adalah kisah dari insan yang benar-benar mengharapkan redha ilahi..semoga bermanfaat bagi setiap yang membaca..itu sahaja perkongsian adah untuk post kali ini,semoga bermanfaat…

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE