Jadi diri anda seadanya dan paksikan dengan Iman & Islam

6/16/2010 08:09:00 AM Edit This 0 Comments »
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Salam ukhuwah,salam perjuangan, salam satu jihad,jihad menegakkan kalimah Allah dalam diri,keluarga,sahabat,dan Negara..
Wahai muslimin dan muslimat,perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain.
Duhai gadis jadilah dirimu seadanya,tapi berpegang dan berpaksikan IMAN & ISLAM.
Satu kisah yang menarik minat saya dan mungkin juga anda.



Suatu kisah...
Seorang gadis..dalam kemelut mencari
Erti hidup yang sebenar
Mencari identity diri yang sebenar
Dia diduga bermacam ujian

Telah dijumpainya satu tarbiyah
Tarbiyah yang mengajak mengenal cinta Ilahi…
Hari terus berlalu..perubahan kian meningkat
Si gadis semakin tekad berusaha
Impian menjadi wanita solehah
Dalam erti kata (solehah yang sebenar-benarnya)
Dlam proses tersebut banyak dugaan menimpa

Diuji persahabatannya..
Kawan solehah mencemburuinya
Titled sekolah “biasa” di ungkit
Tak sesuai dengan imej islamik
Tapi yang pelik
Sekolah agama tiada sahsiah Islam
Islam itu indah
Islam itu lengkap
Islam itu menyeluruh
Kos ape pun kita
Sekolah mana pun kita
Islam masih dihati
Jika benar-benar dihayati

Si gadis terguris hatinya
tapi tak dipeduli
sahabat mungkin keliru
dimaafkan dengan rela
tetap disayangi sebagai sahabat
islam dibawa bukan untuk ditujuk-tunjuk
tapi diamal
dan mengajak oganr lain turut beramal
ramai juga yang mencemburuinya
dihati tersemat kasih pada Ilahi
rindu pada kekasih Allah
selagi terdaya dituruti ajaran insan Agung
Muhammad S.A.W


Si gadis diuji dengan lelaki
Ramai yang memerhatikannya
Ramai juga yang mengusiknya
Ada yang berbau nakal
Ada yang berbau cinta Islamik

Si gadis menangis,
Tak mampu menepis dugaan yang mendatang
Cuba di jauhi tapi makin dekat Si Dia
Hinggakan terzahir rahsia
Si muslimin soleh
Idaman para muslimah
Tak lagi “muslimin soleh” di mata ALLAH
Bila cinta datang iman pun luntur
Begitu rapuh cintanya pada Pencipta
Berbagai cara tak soleh dicuba
Demi memikat hati si gadis
Sehingga tercabar diri tak dilayan
Si gadis cuma menjaga iman,Namun..
Dicari setiap kekurangan menutup malu diri
Bertudung tiga segi tidak berjahit
Tapi berpin straight,tak selempang,
masih labuh,tebal dan sopan
Masih sempurna menutupi diri
Dituduh tak istiqamah bertudung labuh
Si gadis tekad apapun dilakukan kerana Yang Esa
Si gadis tekad,tiada cinta yang agung selain cinta Allah
Cinta manusia hanya sementara
Manusia akan mati
Hanya Allah yang kekal abadi

Si gadis pulang ke desa halaman
Rindu di hati tidak terkira
Si Ibu menangis kegembiraan
Putri kesayangan kini berubah
Perubahan yang didamba dimakbulkan tuhan
Sujud syukur padanya
Pemberi rahmat sekelian alam

Si gadis diuji kerenah keluarga
Bertudung labuh dipersoal
Di buat seperti orang asing
Tapi Si gadis tetap hormat
Salam diberi kata dimula
Sopan santun peribadi diri
Ringan tulang tambahan seri
Keluarga iri jadi tersentuh
Peribadi nabi jadi ikutan
Menyejukkan mata memandang
Melenturkan hati yang keras
Sama berubah kearah yang satu
Menuju redha ilahi

Akhirnya si gadis menerima risikan
Seorang lelaki sungguh budiman
Tak kenal rupa mahupun wajah
Si gadis dipinang kerana peribadi
Berdoa selalu mohon petunjuk
Pinangan diterima setelah tahajjud
Bahagia si gadis tak terkata
Anugerah tuhan yang maha pencipta
Sama beriman dan sama menjaga
Kekal Islam dalam rumah tangga…

Sekadar renungan bersama..setiap manusia ada kekurangan tak kira lelaki mahupun wanita..jangan melihat pada kekurangan orang, tapi lihatlah kekurangan diri..berpijak bukan dengan kekurangan,tapi berpijak atas keyakinan dan kekuatan dari Allah…walau 0.0000000000000000001 kelebihan kita ianya dari Allah..kita hanya meminjam dan cubalah untuk memuhasabah diri dan orang lain.

Sekian Wassalam…

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE