Pandangan

7/13/2010 08:01:00 AM Edit This 0 Comments »
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...wa syukurillah..
Bersyukur ke hadrat Ilahi dapat sekali lagi menulis dalam blog ini. Apa khabar imanmu sahabatku sekalian...semoga ianya terus subur,sihat dan menyinar sehingga terpancar pada wajah yang mulus lagi suci.

Kali ni saya nak berkongsi satu lagu yang amat membina. lagu ni memang dah lama sebenarnya, tapi nak dijadikan cerita saya "dipaksa oleh adik satu rumah untuk pergi ke satu program yang diadakan di kolej. Mula-mula pergi tu harap sangat dapat sesuatu dari program ni, sebab dengar je tajuk dia "Seminar memikat hati orang" kat situ dah rasa malu, mesti orang pikir lain.Tapi cuba positifkan diri dan masuk ke seminar tu. Alhamdulillah..saya dapat ilmu baru bahawa selama ini, bila kita gembira, ketawa kita jarang memikirkan bahawa hati kita juga sedang berbahagia. Salah satu tipsnya ialah senyum, senyumlah walau dalam suka atau duka. Kerana dengan senyum yang ikhlas akan turut menghiburkan hari orang di sekeliling kita.

Juga dalam apa pun perkara utamakanlah pandangan hati yanb bersih lagi suci.Kerana sesungguhnya hati itu tidak pernah menipu. Hati yang hidup iaitu hati yang sihat lagi berbahagia pandangannya adalah dari Allah tapi kalau kita yang memilih untuk menodainya,mengotorinya dengan larangan-larangan Allah hatta berkata dalam hati tanpa sedar "orang itu cuba menunjuk-nunjuk" kita sudah mengotori hati yang suci tadi. Jagalah hatimu, Suburkan hati dengan benih keimanan, dengan siraman tazkirah, muhasabah diri dan puji-pujian pada Allah yang maha agung.

Tak kira betapa berat ujian dan betapa sedihnya hati, senyumlah kerana ia membahagiakan..ia menenteramkan itulah tandanya kita yakin ketentuan hanyalah dari Allah kita hanya mampu usaha, rancang dan redha dengan segala ketentuannya. Hakikatnya nanti, di akhirnya kebenaran dan kebahagiaan akan muncul jua. Jika tidak di dunia, di syurga yang kekal abadi di taman akhirat itulah kebahagiaan yang hakiki untuk di cari.

Duhai sahabatku, bersamalah kita hayati lagu ini dan perbaikilah diri kita setiap masa dan ketika. Semoga sama-sama kita sentiasa berada di bawah rahmat Ilahi...sekian,Wassalam..


0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE