DUIT

8/19/2010 07:57:00 AM Edit This 0 Comments »

Alhamdulillah...Syukur padamu Ya Allah..

Dapat juga hambamu yang lemah lagi hina ini menulis bagi post kali ini. Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan DUIT. Dan DUIT yang ingin saya kongsikan ini bukanlah DUIT yang kita gunakan selalu...tetapi DUIT sebagai singkatan @ akronim bagi (DOA+USAHA+ISTIQAMAH+TAWAKKAL).

Walau apapun yang kita hadapi, jangan lupa untuk mengutamakan mengingati Allah dahulu...utamakan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Pastikan diri kita ini telah melakukan ibadah wajib yang Allah dah perintahkan pada kita. Barulah boleh berdoa untuk mohon bantuan dari Allah.

Seterusnya, setelah kita berdoa.Pastikan kita melakukan setiap perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Niatkan dalam hati "Ya Allah...sesungguhnya hambamu ini lemah, tetapi itu bukan alasan untuk aku tidak berusaha bersungguh-sungguh mengikut apa yang termampu". Yakinlah wahai sahabat sekalian, usaha walau sekecil manapun akan Allah nilai, akan ada nilai disisinya walau sekecil-kecil perkara andai perkara itu sesuatu kebaikan.. Mungkin akan tiba satu saat kita akan merasa tidak mampu atau mungkin usaha seperti sia-sia dan seakan-akan menghampiri kegagalan. Ingatlah wahai sahabat, Allah tidak melihat pada hasil, tapi Allah melihat pada usaha kita kerana selebihnya adalah urusan Allah untuk menentukan kita hanya mampu berusaha.

Dalam pada kita berusaha, kita perlu untuk istiqamah terhadap apa yang kita lakukan. Istiqamah dalam berusaha dan istiqamah dalam berdoa juga istiqamah dalam meletakkan sepenuh pergantungan hanya kepad Allah SWT.

Akhir sekali, kita perlulah bertawakkal dengan ketentuan Allah. Dan ingatlah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Jadi wahai orang-orang yang beriman tetaplah kamu dan tenteramkanlah hatimu pada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia...
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha...
ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah sudah menghitung air matamu..
Oleh itu,ingatlah..dimana pun kau berada..
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada disampingmu...:)


Ya Allah..aku hambamu yang hina..bantulah aku Ya Allah agar dapat kulakukan dan agar dapatku praktikkan setiap apa yang aku tulis dan aku sampaikan pada insan lain.Supaya tidak aku sekadar memberi tetapi juga memperbaiki diri setiap saat dan ketika.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE