Jagalah hatimu padaNya

8/14/2010 05:37:00 PM Edit This 0 Comments »

Alhamdulillah..Ya Allah...kau masih memberiku ruang untuk bernafas.

Dalam keadaan cintaku padamu masih tidak sempurna, kau tetap memberikan rahmatmu padaku..
maha pengasih dan maha penyayang engkau Ya Allah...Hinanya aku yang tercari-cari cinta duniawi...

Sedikit perkongsian sahabat-sahabat sidang pembaca sekalian, yang saya dapat dari seorang kawan..saya titipkan buat perkongsian bersama..Jatuh cinta itu anugerah Allah..tidak kita pinta ia datang tapi ianya bergantung bagaimana kita mengawal perasaan kita, adakah melebihi kasih sayang pada Allah..dan adakah kita melupakan kasih Allah setelah kita merasakan kita sudah menemui cinta sejati...tidak sedarkah kita bahawa cinta yang kita katakan sejati itu juga datangnya dari Allah..Allah yang mengizinkan semua itu berlaku..dan sebenarnya Allah nak uji adakah kita masih tetap akan teguh mendamba cintaNya tatkala dilanda musibah mahupun di anugerahkan kurniaan terindah..kurniaan terindah juga satu ujian...sebelum Allah kurniakan kita cinta yang sejati kekal hingga ke syurga, pasti dia akan uji dahulu dengan cinta yang lainnya...bila kita berjaya melepasi setiap ujian..dan InsyaAllah bila tiba masanya pasti akan kita temui jua ketetapan jodoh yang terbaik yang Allah sediakan untuk kita.Hanya Allah yang mengetahui mengenainya, jadi janganlah kita mengabaikan cinta suci Allah yang agung itu.

tanpa berlengah mari kita hayati sedikit kata-kata yang saya dapat dari mesej seorang sahabat.

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
kerana ALLAH teramat mencintainya...
tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Dimana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"
"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYa. Mengapa masih ragu-ragu?"
"kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari"
Hargailah diatas kesempatan yang ALLAH berikan..
"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
_Imam Al-Ghazali_

lagi satu perkongsian...


Ukhtiku...

Aku bangga melihatmu derita dalm perjuangan...
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

Ukhtiku...

Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..
Aku bangga andai kau mati di medan kebenaran..
Dari hidup dalam kesesatan..

Kerana jangan lupa Ukhtiku...

Muliamu bukan kerana pangkat dan harta..
Tapi keran ISLAM...

perkongsian ini, bukanlah buat siputeri sahaja, tetapi ianya juga buat sang putera dimana kita semua bernaung di atas satu cahaya...cahaya Islam..satu kuasa..Kuasa ALLAH yang maha pencipta...


Andai cinta Allah kita kejar, psati cinta yang lainnya akan datang menguji tanpa dipinta...
Sujudlah pada Akhirat dunia pasti akan mengejarmu...Tapi janganlah citamu untuk mendapat cinta yang lain itu, ikhlaskan dirimu untuk mendapatkan cinta Allah..
sekian, semoga bermanfaat... pesanan terakhir buat diriku terutamanya,dan sahabat sekalian..dambakanlah cinta Allah dan Rasul..kerana cinta pada Allah dan Rasul membawa ke syurga..Ya Allah...bantu lah hambamu ini untuk terus kekal mencintaimu.



video

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE