Ketenangan Yang Ku Cari

8/13/2010 11:00:00 AM Edit This 0 Comments »

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah..wa syukurillah...bersyukur dapat sampai di bulan ramadhan..semoga ke akhir ramadhan kita dapt kekalkan menjadi lebih baik dr ramadhan yang sebelumnya.

Ketenangan yang ku cari, bukan lah ketenangan yang sementara, ketenangan yang kucari ketenangan yang berkekalan, bukan lah berkekalan setiap masa dan ketika kerana kita manusia pasti ada naik turunnya keimanan dalam diri. Tapi ketenangan ini, lebih pada ketenangan yang menenteramkan hati,di saat suka dan duka hati menerima dengan berlapang dada segala ketentuan...Itulah ketenangan yang kadang kala kita lupa nak cari. Di situlah peranan sahabat, kita mungkin terlupa seketika pada pencipta, tapi sahabat yang sejati yang Allah kurnia bagi mengingatkan kita kembali kepada jalan kebenaran.
Dalam perjalan mencari ketenangan itu pasti kita di uji,macam-macam ujian. Nak kongsi sikit cerita, moga jadi iktibar.

ade sorang muslimah ni, dia jaga hubungan dengan kawan, tak kira kenal atau tak. Ade sorang ahli rumah dia ni, selalu lambat solat subuh. Jadi si muslimah tadi mengejutkan sahabatnya tanpa jemu. Dia mengejutkan sahabatnya dengan penuh rasa kasih agar dapat sama-sama masuk ke syurga Allah..,tiba-tiba satu hari ni dia mengejutkan sahabatnya untuk bangun solat seperti biasa, tapi alangkah sungguh tidak patut, sahabatnya itu mengetuk kepalanya kerana mengganggu waktu tidur katanya..lihat lah sahabat..nak buat baik memang banyak cabaran...

Ade lagi satu kisah, saya namakan muslimat ini sebagai Hawa. Hawa ni seorang yang sangat baik hati, dia rajin solat berjemaah di surau. Juga rajin untuk mengetuk bilik2 asrama di tempat pengajiannya untuk mengejutkan mereka bangun subuh. Tanpa henti dia buat tanpa sebarang rungutan dan tanpa meminta sebarang ganjaran.
Dengan usaha yang kecil itu, dia telah membuka mata seorang kakak yang mengenalinya untuk sama-sama bangun awal, kerana perbuatan itu Allah suka..bangun awal bersedia untuk menghadap Allah..bermunajat dahulu sebelum masuk waktu subuh...Alangkah indahnya saat itu. Hanya kita dengan Allah, kalau tak dapat selalu kita cubalah yang termampu untuk kita buat, biar sedikit tapi istiqamah(berterusan).

Sambung semula cerita si hawa tadi. Setelah bersiap sedia si hawa untuk menunggu untuk solat berjemaah dia pun mengambil Qur'an tafsir yang terletak di rak surau untuk dibaca sementara menunggu yang lain..meramaikan lagi surau.Alangkah tidak beradabnya dengan tiba-tiba ada seorang insan lain yang merampas dengan tidak beradab dan mengatakan "ini saya punya!!" keadaan itu berlaku di hadapan ramai siswi yang lain...Ya Allah, pasti itu sesuatu yang dapat mengguris hati, tetapi si hawa berkelakuan seperti tidak berlaku apa-apa pada 1/2 minit yang lalu.Dia tidak menghiraukan orang disekeliling mahupun orang yang berkelakuan kasar padanya tadi. malah dia cuba untuk buat semua orang terlupa akan kejadian 1/2 minit yang lalu. MasyaAllah...inilah dia peribadi yang dicari. Peribadi generasi Al-Qur'an hasil dididkan Rasulullah yang diwarisi hingga kehari ini. Marilah sahabat2 sekalian kita berbangga dengan Peribadi unggul berasaskan Iman dan Al-Quran. Bukan menjulang peribadi yang berunsur sosial.

o Allah...i'm seeking for the calmness..the true calmness..in the way to find the calmness there will be the barriers for every human being as a muslim...but to faced the barrier i know that u will always by our side..please Allah, i'm seeking for your guidance...show me the best way to enter the JANNAH for the here after, that is the glory ambitious that everyone are seeking for the JANNAH...hope all everone around me also will have your guidance to enter the wonderful life in JANNAH...

Semoga bermanfaat..
hope it worth for something to everyone..

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE