Lihatlah dunia dari jendela akhirat

8/14/2010 07:53:00 PM Edit This 0 Comments »


Selalu orang bangga dengan kejayaan yang lepas….sering diulang, ulang dan terus diulang…

Teringat akan perbualan dengan seorang sahabat:

“Dia tu kan pelajar tahfiz dulu…ko percaya tak?”, Dialog sahabat

“Owh..Ya ke, macam tu rupanya.”, Dialog saya

“Ko tengok je dia pakai macam tu, jangan main-main…bekas pelajar tahfiz tu…!!”Dialog sahabat

“Erm…baguslah kalau macam tu”, Dialog saya

(Dalam hati kecil saya ni bermonolog: Bagus sangat kalau dia bekas pelajar tahfiz…Alhamdulillah..tapi kenapa di biarkan ilmu yang dia dapat di sana tinggal kenangan semata..tiada amalan praktikal yang dilakukan..hanya sekadar nama dan kenangan yang tinggal).

Apakah kita berbangga dengan nama “Budak Maahad,Budak sekolah agama,…tapi peribadi kita tak menggambarkan akhlak yang sepatutnya bagi seorang muslim. Jika begitu, tidak salah lah untuk orang mengatakan adanya manusia yang “Islam hanya pada nama”.


Sampai bila mahu terus diulang dan disanjung hanya pada kenangan …kita perlu bangkit..berubah…supaya yang sekarang kembali gemilang seperti dahulunya.. maksud saya disini jika kita memang sudah mendapat pendidikan agama yang sempurna sejak kecil, jangan lah di sia-siakan usaha mak ayah kita itu. Jadilah kita seorang mukmin yang bermanfaat buat orang lain.

Dan jadilah sebaik-baik manusia yang hanya dengan tingkah lakunya sahaja boleh menyentuh hati sesiapa yang melihatnya, terbias peribadi yang indah pada insan disekelilingnya itulah umpama akhlak insan agung yang tiada tolok bandingnya RASULULLAH SAW dan supaya yang dahulunya pernah suram kini berkilau bak cahaya…maksudnya disini..jika kita memang tidak atau belum cukup sempurna didikan dari mak ayah kita, janganlah menyalahkan mereka, kerana di situ Allah nak lihat benarkah kita yang kurang mendapat pendedahan agama benar-benar inginkan kebenaran..kerana Allah nak kita pula menjadi punca kepada perubahan kearah kebaikan tersebut.Dan ingat, dok dalam kategori mana pun kita, kita bukan pemula jalan dakwah ini, kita hanya penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah.SAW dan para sahabat.

Tanpa kita, Islam tetap akan dijulang oleh insane yang benar-benar cintakan Islam, tapi ingatlah tanpa Allah dan Islam kita pasti akan tersungkur jatuh malah hinanya kita saat rebah tersungkur tanpa keimanan.

Kita perlu untuk menerobos sempadan perjuangan dari kaca mata akhirat yang dapat memantul kelangit dunia menerangi setiap ummah dengan core value Islam yang sebenar-benarnya.( kekuatan ingatan pada akhirat akan membina satu kekuatan yang membara di dunia). Bermaksud, pandangan kita tentang dunia dan seisisnya adalah bermatlamatkan akhirat, kerana hanya dengan matlamat akhirat yang membantu kita supaya tidak tersungkur di medan perjuangan dek kerana setitik godaan duniawi. Insan yang melihat dunia dari pandangan akhirat, ada tamayyuz(perbezaan).Walau sekecil perkara tidak dipandang remeh kerana sekecil-kecil perkara pun mereka terasa akan tanggungjawab mereka. Mereka akan cuba melakukan yang terbaik untuk Islam, semata-mata kerana Allah…dan impian utama mereka bertemu dengan Rasulullah dan para sahabat dalam syurga yang kekal abadi.Sungguh...tiada yang lebih indah selain dari nikmat syurga.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE