Perjalanan Menuntut IlmuNya..

9/24/2010 08:03:00 AM Edit This 0 Comments »
Setiap yg kita lakukan itu adalah perjuangan...menuntut ilmu juga satu perjuangan



Alhamdulillah..setelah sekian lamanya...

Sayang...blog ni..maaf buat para pengunjung..long time not update this blog..a bit lazy..there is nothing special to share..but i want to remind myself again and again..which is being a muslim..there is nothing to do without reason..so each of things that we done..we must put an effort and the aim for Jannah..(syurga yg indah), so t the everything is for Islam..for Allah and to continue all the struggle for Allah's work done by Rasulullah SAW.

Maaf ayat bercampur...tapi terimalah sedikit nukilan dari saya...


Perjalanan menuntut ilmuNya
Sungguh..tiada yang mudah di dunia ini...
Kita hambaNya..
kepada Sang Pencipta..
Mudah leka dan alpa...

Perjalanan menuntu ilmuNya
Sungguh takkan pernah habis...
sehingga menghembuskan nafas terakhir...
Jangan pernah putus asa..
kerana Dia ada disetiap ketika..cuma kadang kita terlupa..

Perjalanan menuntu ilmuNya..
tidak mengira pangkat dan usia..
ilmu dunia dan akhirat..
Dua-duanya untuk semua...

Perjalanan menuntut ilmuNya...
dimudahkan jalan ke syurga..
oleh itu jangan mengeluh..
kerana tanpa sedar begitu luas nikmat kurniaNya..

Perjalanan menuntut ilmunya
Jangan pernah angkuh dan bongkak..
kerana setitik ilmu kita ibarat selautan ilmu Nya..
Takkan pernah habis..tapi kita jangan pernah jemu..
Kerana hanya dengan ilmu kita dapat dunia dan juga akhirat...

Perjalanan menuntut ilmuNya
perlukan kesabaran dan keikhlasan...
Perlukan jiwa yang kental dan hati yg penuh tawaduk..
kerana perjalanan itu pahit untuk mencapai kemanisan dihujungnya nanti...

Perjalanan menuntut ilmunya...perlu kita lalui dan sentiasa rindui...kerana ianya satu jalan mengingatiNya..mengenaliNya... bagi setiap manusia yang berfikir akan kekuasaanNya...Ia adalah (Allah) tuhan sekalian alam..yang menguasai langit dan bumi...yang menghidupkan dan mematikan..Dialah Allah SWT....





Sekian semoga bermanfaat....
Ya Allah...sesungguhNya kau maha mengetahui..
akan kuusahakan setiap apa yang ku tulis dan ku perkatakan..
bimbinglah hambamu ini Ya Rabb...
..Ameen Ya Rabbal A'lamin...

11.17 p.m, Klang.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE