Kematian Pasti Berlaku, adakah kita bersedia???

10/24/2010 05:42:00 PM Edit This 0 Comments »
imej dari bing.com



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah Ya Allah...kau masih memberiku ruang untuk bernafas dan menggerakkan jari-jemariku ini untuk menulis..menulis sesuatu yang bermanfaat buat saudara-saudaraku..sedikit perkongsian sahabat pengunjung sekalian...

Semalam..24.10.2010 seorang sahabat dan seorang mak cik saudara saya telah kembali kerahmatullah...Al-fatihah buat mereka Aqilah sabidin(21) dan cik Maimun(54). Kematian itu pasti akan datang,sampai masanya kita semua pasti akan merasai detik kematian.Bila,dimana dan bagaimana itu telah ditentukan Allah..kita hanya mampu untuk berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik,agar kelak kita dapat menghadap Allah dalam keadaan yang terbaik.

Hidup di dunia hanya sementara,tidak mustahil beberapa minit lagi nyawa kita akan di tarik. Jadi persoalan untuk diri kita sendiri apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi hari kematian kita..dalam kehidupan kita sebagai hamba..tidak dilihat pada permulaan hidup seseorang insan,tapi dilihat pada pengakhiran hidup kita..(bermaksud..bukanlah menjadi satu kemestian bagi seseorang yang apabila dilahirkan sebagai seorang Islam kerana ibu bapa mereka Islam berakhir hidupnya juga sebagai seorang Islam) ini kerana kita yang menentukan hala tuju kita ke akhirat nanti.Andai kita kekal beriman dan beramal soleh serta berbudi pekerti mengikut ajaran Islam..InsyaAllah..jaminan syurga Allah berikan..akan tetapi andai nama sahaja Islam,suruhan Allah tidak kita patuhi dan berkelakuan seperti orang yang tiada agama adakah kita pasti tempat kita di syurga..??

Renung2kan sahabat sekalian...pintu taubat itu terbuka seluas2nya untuk kita berubah...akan tetapi jangan ditunggu sehingga Allah menutup pintu taubat itu untuk kita baru hendak berubah..disitu tidak akan ada sesiapapun dapat membantu kita andai pintu taubat telah Allah tutup (hari kiamat).Sedang jelas rahmat Allah pada kita menggunung tinggi..apakah kita layak untuk bongkak terhadap yang Maha Pencipta dan Pemberi nikmat...janganlah leka dengan dunia sahabatku...berubahlah kearah kebaikan..sesungguhNya Rahmat dan Pengampunan Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya..

Detik kematian pasti menjemputmu..
berusahalah untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur..
peringatan yang utama adalah buat diriku sendiri..
kerana akan dipersoalkn kelak apakah aku buat akan apa yang kuperkatakan..
bimbinglah daku Yang lemah ini Ya Allah...
semoga bemanfaat..

Klang 25.10.2010

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE