Ibu

11/04/2010 04:00:00 AM Edit This 0 Comments »




….Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang….

Alhamdulillah…sekali lagi menikmati kurniaan Allah yang satu ini..sangat bermanfaat..iaitu jari jemari yang juga dikurniakan kudrat untuk hambamu ini Ya Allah…menulis,menaip,bersalaman…dan pelbagai lagi funsinya dalam kehidupan.Aku bersyukur di beri ruang untuk bernafas pada hari ini,di beri peluang untuk melalui kehidupan seperti hari-hari sebelumnya.

Pagi ini…saat aku terjaga,Alhamdulillah berkat peringatan,didikan sahabat,ibu,keluarga dan usahaku sendiri..bila bangun pagi doa bangun tidur kupanjatkan pada Ilahi..semoga ianya menjadi rutin harian buat kita semua..semoga setiap penulisanku di alam maya ini bermanfaat buat hati yang merindui ilmu diluar sana..dalam melayari internet…menghilangkan sebentar kepenatan juga kita dapat menimba ilmu sebenarnya..cubalah selitkan sedikit sesuatu yang bermanfaat buat diri kita dan orang lain bagi setiap aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan agar dapat ianya menjadi nilaian ibadah di sisi Allah..InsyaAllah…perlahan-lahan berubah..tapi perlu bermula dari sekarang.Jika tidak bila lagi..???

Baiklah..perkongsianku kali ini lebih kepada Ucapan ribuan terima kasih buat insan yang amat kusayangi…dengan kudratnya aku lahir kedunia..berkat didikan dan kesabarannya aku menjadi seperti diriku saat ini…dia yang kurindui setiap saat dan ketika selepas Allah dan Rasul…Dia adalah ibuku tercinta…Dia juga adalah ayahku tercinta…tetapi perkongsian kali ini lebih pada ibu..kerana baru sahaja menyambut hari kelahiran ibu pada 26.10.2010 yang lepas. Sedikit nukilanku buat ibu…terimalah..”Ibuku”..

Ibuku…

Alhamdulillah ibu…

Kini genap usiamu 50 tahun…

Bertahun kau membesarkan diriku dan adik2…

Segala penat lelahmu tak tergalas…

Segala pengorbananmu tak terbalas…

Walau seribu kertas menanti tulisanku…

Untuk coretan segala pengorbananmu..

Takkan cukup ibu…

Kerana pengorbananmu cukup banyak..tak terkata dan tidak terbalas olehku…

Dengan tangan kurniaan Tuhan…

Kau menjahit pakaian kami…dengan jahitan kasih sayang…

Dengan bantuan sedikit pengetahuan Al-quran…

Kau ajarkan kami membaca Kalam Allah yang agung itu…

Dengan sabar kau mengajar…

ada yang degil..ada yang malas…

ada yang buat lupa waktu mengaji..kau tangani dengan bebelan kasih sayang…

Walau ada suara sumbang…

Mengatakan ajar anak sendiri “buang masa”…

Kau tetap sabar..demi memastikan kami benar2 mengaji…

Demi membantu mengurangkan belanja…

Demi sama-sama memikul bebanan ayah…

Kau buat semuaNya kerana Allah ibu….

Walau tidak penah kau lafaz di dibir…

Tapi ku pasti kau lakukan demi Allah…

Agar kita dapat sama-sama keSyurgaNya kelak…

Ibuku…

Ampun dan maaf ku pohon andai ada tersalah kata dari anakmu ini…

Andai ada perlakuan yang kurang menyenangimu ribuan ampun kupinta…

Ibu..sungguh..aku takut walau setitis air matamu jatuh kebumi ini…

Tertutuplah pintu syurga buat diriku…

Ibu…kaulah serikandi dihati ayah…

Kaulah permata bagi kami anakmu…

kau jualah lilin yang merupakan kembar kepada si cahaya…

kunci pembuka kegelapan..penyuluh laluan yang kelam…

kadang ibarat seorang guru..kadang bagaikan pendeta…

kadang kau berperanan seperti seorang ayah..

kadang kau seperti baldu membelai hati kami yang kegersangan..

Begitulah kau ibuku…setiap saat kau didunia..

kau berbakti pada ibu bapamu..kau berbakti pada mertuamu…

kau berbakti pada anak-anakmu..kau berbakti pada jiran tetanggamu…

kau berbakti pada saudara seIslammu..mahupun jua saudara bukan Islam juga banyak baktimu…

Semuanya kulihat jelas…setiap gerakmu bermanfaat buat semua…

Kaulah ibu..Ratu hatiku…

Ibuku…

Kadang ku lihat…

Adik-adik..memberontak…

Rungutannya..`Itu tak dapat…Ini tak dapat’..

`Membebel sana..membebel sini’…

`Itu salah..ini salah..’’…

Mereka tak nampak lagi ibu…

Munajatmu ditengah keheningan malam…

Mendoakan kejayaan kami..Dunia dan akhirat…

Tidurmu kadang tidak lena…

memikir tugasan untuk hari esok…

Rehatmu jua sering terganggu…

Kesakitan kami amat kau bimbangi…

Kesihatanmu kau serah pada yang esa..

Kadang kau cuba sembunyi selagi terdaya..

Sungguh aku lihat semua itu..ibu…

Tapi mereka masih tidak dapat memahami…

Tujuan hidup pun mereka tak pasti…

Kadang dikatakan ibu tidak adil…

Aku sedih memikirkannya…

Menitis air mataku memikirkannya Ibu…

Maafkanku ibu…Kerana lambat membesar…

Tapi jangan risau ibu…

Akanku bangkit dengan keimanan…

Akanku bantu tiap langkahmu mendidik mereka…

Aku ingin mereka jua bangkit..dari lena yang panjang…

Akanku cuba berhikmah dalam mendidik mereka…

Kerana mereka jua permata hatiku…

Kerana aku ingin kita sama-sama bergerak…

Menuju SyurgaNya…berjalan di Sana…bersama-sama…

Berjumpa dengan Rasulullah..Para anbia…dan penghuni syurga Yang lain…

InsyaAllah…


Itulah dia ibuku sahabat sekalian…meskipun pendidikan agamanya tidak setinggi mana…dia berusaha untuk membentuk peribadi Rasulullah dalam dirinya dan jua anak-anak..Maaf ibu…di hari lahirmu..tidak banyak yang dapat ku beri..tapi itulah hasil usaha kami semua…kami bersatu ibu…Alhamdulillah…semua untuk ibu..walau tidak seberapa…Semoga kami dapat menjadi sperti ibu jua suatu hari nanti InsyaAllah…Aku menyayangimu ibu..kerana Allah..

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE