Cinta Di Atas Cinta.., Cinta itu Apa???

12/23/2010 11:00:00 PM Edit This 0 Comments »


***pembinaan sebuah institusi kekeluargaan bermula dari pembinaan sahsiah peribadi kita***



.....Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.....

Alhamdulillah...wa syukurillah, bersyukur kehadrat Ilahi...hari ini, sekali lagi diberi peluang untuk menulis post untuk blog ni, yang kurasakan andai dialam nyata ia seakan-akan berhabuk kerana lama terbiar. Tak tahu lah apa masalahnya jari terasa berat..mungkin disebabkan kekangan masa, tapi apa pun terjadi saya akan tetap perbaharui semangat agar tidak membiarkan blog ini sepi buat sekian lamanya. Maaf buat pengunjung, andai ada...kalau tak ada pun tak apa masih perlu untuk bersemangat menulis kerana ianya salah satu usaha dakwahku untuk menyampaikan.InsyaAllah...

Kira-kira dalam waktu yang terdekat ini, baru aku sedari.. Ya Allah,diri ini sudah dewasa rupanya...Kenapa saya berkata begitu ya??. Baiklah sekali lagi ditegaskan saya mulakan dengan Nama Allah, semoga bicara ini tiada unsur lain selain mengajak diri dan sahabat semua mendekati Ilahi..Ingin saya kongsikan bicara bersama adik-adik sebilik..dan juga kawan2 semoga dapat sama-sama merenung akan usia kita yang semakin menuju kematian.

Aku pun tak berapa perasan bahawa sebenarnya sejak aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ini, kawan-kawan, adik-adik bilik kerap membicarakan soal jodoh..makin kerap mereka membicarakan soal itu, aku jadi rimas. Bukan tidak pernah soal itu aku fikirkan cuma aku tidak mahu memikirkannya, alasanku belum tiba masanya. Rupa-rupanya bila aku diuji, satu hari tu dengan izin Allah..aku dapat merasakan satu perasaan yang amat luar biasa, aku tidak tahu apakah ini cinta..tapi aku terpesona dengan keperibadian Si dia. Tak kisah lah siapa pun dia, tapi aku bersyukur Allah uji aku begitu, aku bersyukur sekurang-kurangnya aku ada pengalaman itu kerana aku juga insan biasa,sama seperti orang lain,cuma yang membezakan kita bagaimana kita menggunakan iman untuk menghadapi setiap ujian yang datang,adakah kita melontar jauh pandangan keimanan dari hati dek kerana asyik dengan cinta duniawi atau kita mendengar iman yang berbicara lembut dalam hati dengan mejaga setiap batasan yang sudah ditentukan dalam Islam, semua itu berbalik pada diri kita,tepuk dada tanya iman. Selama ini aku hanya melihat mereka yang bercinta, melihat gelagat mereka tetapi tidak memahami. Alhamdulillah...Allah izin aku merasai bagaimana rasanya bila hati kita menyukai seseorang,sangat indah Allah beri rasa itu,tapi awas perlu dijaga agar rasa itu tidak memakan jiwa. Sangat menguji sebenarnya. Tetapi aku tidak duduk diam, aku gelisah,risau,rimas..kenapa perasaan itu semacam mengganggu hidupku..sungguh hidupku sedikit terganggu kerana ia berkaitan dengan hati..hati itu milik Allah.

Lalu aku cuba buang perasaan itu tapi ia kerap bermain di minda, macam-macam aku buat, baca quran, dengar majlis ilmu tak cukup dengan majlis ilmu yang selalu aku attend aku pergi ke majlis ilmu yang di adakan oleh pihak masjid atau persatuan mahasiswa malah, setiap kali perasaan itu timbul bila aku terlihat Si dia, Ya Allah berat ujian ini..aku tak mampu tanggung seorang diri,setiap kali aku rasa perasaan itu datang, satu perasaan lain menyelinap masuk, bermain-main dalam fikiranku..."Ya Allah..soleh ke aku berperasaan macam ni, macam mana cintaku pada Allah nanti,adakah perasaan ini suci" macam-macam bermain dalam benak hatiku,saat itu titisan jernih jatuh dari kelopak mataku...aku menangis, Ya Allah...begini rupanya jauhkan aku andai rasa ini meragut cintaku padamu Ya Allah, tak sanggup rasanya meletakkan cinta lain sekali dalam mencintaiMU Ya Allah...Benarlah Ya Allah, engkau tidak akan menguji sesuatu yang diluar batasan kemampuan hambamu. Allah tahu aku paling lemah di uji pada HATI... selama ini Allah jaga diri aku dari terjebak dengan cinta dusta, couple,dating dan sebagainya kerana aku begitu lemah sebenarnya.Dan baru ku tahu, ujian kali ini buat aku mengerti bahawa kehidupan ini bukanlah semata-mata cukup membicarakan soal cinta. Kehidupan itu cukup luas kita bicarakan, setiap aspek adalah penting.

Sambung semula cerita tadi, Aku sedar aku masih lemah, jadi ku perbanyakkan berdoa agar Allah beri aku seseorang yang aku boleh kongsikan rasa hati ini, kerana perasaan di hati ini amat parah walaupun pada zahirnya aku kelihatan tiada masalah. Dalam masa yang sama aku di uji dengan masalah kehilangan buku di perpustakaan, dua buah buku yang di mana aku perlu bayar sejumlah wang yang agak tinggi nilainya, aku terkedu...di saat aku dihimpit masalah kewangan ujian datang menerpa, aku tersenyum kelat pada seorang kakak yang memberikan informasi mengenai harga buku yang aku hilangkan, sebolehnya aku tidak mahu kelihatan bermasalah. Segera aku menuju ke masjid, sampai di masjid berderai air mataku...menitis laju tanpa dipinta. Aku segera menunaikan solat sunat seusai menunaikan solat, kurasakan sedikit ketenangan dihati, aku meluahkan segalanya pada Allah...sungguh berat ujian ini buat diriku yang sememangnya seorang insan yang lemah. Aku menghantar SMS kepada seorang sahabat meminta sedikit perkongsian mengubat hatiku yang tidak tenteram dengan dugaan "hati iaitu suka pada seseorang" lambat mesejku dibalas, tapi apabila melihat mesej yang kuterima, aku faham, sungguh sahabat ini sangat menjaga agar aku tidak terus jatuh dengan perasaanku sendiri, malah mengetuk pintu mindaku dari lena yang sementara, mesejnya berbunyi begini:

Wahai mukmin yang soleh solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin/muslimah yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada kecantikan rupa paras,lirikan senyuman, pada bicara yang menggoda atau pada pujuk rayu wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki adalah pemimpin pada wanita dan wanita itu adalah suri penyeri dalam rumah tangga, andai belum sampai jodohmu anggaplah bahawa adam atau hawa yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinan dan kesolehan bagi melayari bahtera keluarga bersamamu kelak, kerana pada setiap individu itu pasti ada kekurangannya dan adam ataupun hawa yang benar-benar layak menjadi pelengkapmu pasti akan hadir untuk saling melengkapi di antara kalian.

Biar hati menolak cinta insani, biar badan lesu ditomah kata keji. Jangan kau menangis wahai mata hati.Menangislah andai cintamu ditolak Ilahi. Hidupkan hatimu dengan redha Ilahi...

Tenang kurasakan dalam hati saat membaca mesej itu. Aku sedar bahawa aku perlu membicarakan tentang apa yang sering ditanyakan oleh sahabat dan teman-teman sebilikku, berbicara dengan tenang kerana mereka mugkin juga tidak mengetahui cinta yang dikatakan cinta di atas cinta. Cinta Allah sebuah misteri bagi setiap hamba-hambanya.Segalanya perlu kita serahkan pada Allah yang Maha berkuasa agar hati kita lebih tenteram, andai serah pada manusia, hati manusia sering berubah.Tapi dah bersediakah kita???untuk membina keluarga muslim yang mengikut syariat yang sebenarnya. Mulakan dengan tarbiyyah dan perubahan dalam diri kita dulu, fokus pada pembinaan peribadi generasi yang akan kita lahirkan suatu hari nanti dan didikannya perlu bermula dari sekarang perubahan dari diri kita dulu. Bukan fokus pada jodoh semata, kerana jodoh itu memang sudah Allah tetapkan. Jadi biarlah andai orang bertanya sudahkah merancang tentang jodoh?? kita menjawab "Aku tak tahu dan tak akan pernah tahu siapa jodohku sebelum sampai waktunya, tapi yang ku harap suatu hari ,suatu saat dan ketika nanti,ingin sekali aku jatuh cinta pada seorang insan yang melabuhkan cintanya hanya untukMu Ya Rabb, insan yang membuatkan cintaku pada Penciptaku bertambah apabila mencintanya, insan yang jua mencintaiku hanya kerana Allah, semoga apabila bertemu cinta diantara aku dan dirinya bertambahlah cinta di antara keduanya padaMu dan semoga bertambahlah jua cinta orang disekeliling kami kepadaMu Ya Allah...bertambah jua rahmatMu d saat itu kepada seluruh mereka yang mencintaiMu.
Andai benar-benar kita fahami erti benar-benar mencintai kerana Allah, ialah dimana kita lebih cinta pada yang menciptakan Si dia sehingga andai bukan Si dia ketetapan jodoh buat kitapun kita redha kerana lebih pada rasa cinta untuk berkongsi "cintanya Si dia pada Pencipta" pada insan yang lain agar tersebar akhlak yang indah itu, mencintainya kerana Allah... yang kita letak dihadapan menyintai hambanya kerana ingin mendapat cintaNya.InsyaAllah, ketetapan jodoh,ajal dan maut telah Allah tentukan mungkin sahaja hari ini, sebentar sahaja lagi atau mungkin setahun akan datang kita tidak tahu. Berdoalah agar kita akan bertemu dengan jodoh yang baik, memahami kita juga jangan lupa untuk berdoa agar Allah tetapkan keimanan dalam diri kita. Dare to change to be a better person, it is not just because of our future it is because overall "the future for Ummah...lets together be the best, do the best and get the best InsyaAllah..get to enter the JANNAH...Hope each of word that i have write will give benefits to ohters who are entered this sites. Hope i will have the effort to done all i have write and says as well as i could. InsyaAllah...

Video Titled: Surat Cinta Buat Para Da'ie/Da'ieah ambil dr (Youtube-Humaira Fil Hamra).
sama-sama Putra dan puteri agama baiki diri agar dapat melahirkan zuriat yang soleh/solehah InsyaAllah





0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE