Hadiah Hari Lahir

1/24/2011 09:53:00 AM Edit This 0 Comments »

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, wa syukurillah...

sejak akhir2 ni, sibuk sangat, terasa berada dalam ujianNya..
Amat bersyukur Allah menguji..kerana ujian datang untuk buat kita mengingatiNya..
kadang-kadang tanpa ujian kita terleka dengan dunia.
Apa khabar imanmu saat ini sahabat sekalian..?
semoga ianya senantiasa pada pola yang meningkat walaupun kadang-kadang dia jatuh..
berterima kasih sangat pada pensyarah dan sahabat-sahabat yang memahami dan membantu..
"kadang2 Allah turunkan hujan untuk kita bersabar menunggu terbitnya mentari kerana di sana nanti akan munculnya pelangi nan indah"..begitulah kehidupan kita, kadang2 sesuatu yang tidak kita pinta datang menguji padahal kita tidak sedar bahawa di hujungnya ada kebaikan buat kita tak kisahlah cepat atau lambat...

Aik...dah lari topik ni..huhuhu..ok nak kongsikan sedikit tentang hadiah hari lahir..apabila anda sampai pada tarikh lahir iaitu dimana tanda ukur dalam kehidupan seorang insan akan waktu yang mana semakin dekatnya kita pada kematian..amat beruntunglah bagi yang memikirkannya. Hari lahir adalah hari yang pastinya menggembirakan kita..kerana selalunya orang akan menyambut dengan buat majlis makan-makan beri hadiah sesuatu yang menyeronokkan..Yup...memang benar semua itu, tapi yang lebih penting sekali sebenarnya doa..mendoakan mereka adalah lebih baik.

Doa adalah lebih penting bagi diri saya lah.. tapi kalau hari lahir kawan-kawan saya akan cuba meraikan dengan bagi hadiah,kata2 ucapan peringatan dan sebagainya..tanda kita menghargainya tanda kita rapat dengan dia..niatkan semoga jadi ibadah..ye lah..sebagai contoh mungkin kita baru kenal dengan seorang kawan yang sama jantina dengan kita, dia tidak pakai tudung, jangan lah kita marahkan dia tentu dia akan lari meninggalkan kita,tapi kalau kita layan baik, bagi hadiah semasa hari lahir..adalah lebih baik tarik mereka perlahan-lahan. eh...lari tajuk lagi...huhuhu...sebenarnya hati ni risau, esok ada hafazan, midterm PM dan 2 presentation. Mohon doa sahabat semua, baru start menghafal sikit, Ya Allah..apa nak jadilah ni...sepatutnya jangan merungut...tapi saya kongsi bukan untuk merungut, tetapi untuk berkongsi. "sharing is caring" mohon doa semua semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga kekal di atas jalanNya InsyaAllah...jom pakat amek wuduk,baca Qur'an...solat sunat ke...zikir...semoga hati kita tenang...

Bangi,Malaysia
2.52am
p/s: maaf perenggan dia mcm sajak sebab dah cuba jadi mcm bentuk essay biasa tapi dia static tak tukar...hehe..merajuk kot ngan tuan punya blog..comel lah..dia..merajuk..maknanya saya kene improve lagi skill2 based IT ni..InsyaAllah..akan cuba berusaha..dari semasa ke semasa...




0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE