Hakikat Sebuah Kebahagiaan

1/15/2011 07:41:00 AM Edit This 0 Comments »

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Hakikat Bahagia

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki


Sumber http://www.hijjaz.com.my


sedikit perkongsian....
Nak share ngan kawan2 semua satu lagu tentang hakikat bahagia...memang famous lagu nie...tapi setakat mana kita menghayati hakikat sebuah kebahagiaan itu dalam kehidupan..???tepuk dada, tanyalah Imanmu..Biarkan iman berbicara...jangan biarkan emosi memanipulasi iman kita. Kerana bila emosi memanipulasi iman kita, segala kebaikan akan lenyap dari mata kita, yang dapat dilihat saat itu hanyalah keburukan...Nau'zhubillah..harap Allah jauhkn dari diri kita perkara macam ni.

Pernah ada seorang sahabat ini mengadu pada saya, "bagaimana nak buat orang faham kita..??asyik kita je nak faham dia..bila masanya dia nak faham kita??". Persoalan yang timbul itu sebenarnya sudah beri jawapan pada yang bertanya kalau kitaperhatikan betul2. Di mana ayat itu bertanya bahawa bila orang nak faham kita..bermakna tak akan terjawab soalan itu kerana ianya bergantung pada diri individu dan juga hidayah(petunjuk) Allah kepada individu untuk berubah. Kitalah yang sebenar patut mengubah pandangan kita pada sahabat kita. Kalau sahabat-sahabat kita tak nak faham kita, kita lah yang patut memahami mereka. Kenapa saya kata begitu??? ianya berbalik pada kenapa dan kerana apa kita berkawan dengan dia..adakah kerana pangkat??harta?? kebijaksaannya yang boleh kita manfaatkan??kerana terpaksa sebab dah dapat satu bilik dengan dia??kerana dah tak ade kawan lain..dia je lah yang rapat??atau kerana Allah...

Persoalkan semula pada diri kenapa kita bersahabat dengannya andai timbul persoalan bila dia nak faham kita. Kenapa ya perlu bangkitkan persoalan pada diri pulak..??padahal orang tu yang salah..mungkin anda akan bertanya sedemikian. Tetapi fikirkanlah...sahabat-sahabat kita, pernah berkongsi saat suka dan duka pada suatu ketika dahulu. Pasti ada sedikit kebaikan dia pada kita...jangan menafikan, walau sakit manapun luka yang dia buat di hati kita, jangan sekali-kali kita hapuskan kebaikan dia pada kita. Kerana sedikit kebaikannya pada kita itu adalah penawar yang amat mujarab buat hati kita. Penawar buat hati??? pasti anda tertanya begitu kan...Jawapan yang tepat sekali...Yup..!! Penawar buat hati, kerana apa..?? Bila kita sudah mula persoalkan itu dan ini...itu tandanya ada problem pada hati kita. Cek semula di mana letaknya keikhlasan kita bersahabat dengannya.

Ya, memang keikhlasan itu hanya Allah yang tahu, tapi perlu untuk berusaha mengikhlaskan hati dalam setiap yang kita lakukan,dengan meletakkan niat utama adalah Mardhotillah( keredhaan Allah).. Jika dengan satu tindakan sahabat telah mengguris hati kita, sebaiknya kita padam luka itu dengan senyuman dan bersangka baik. Mungkin akan ada persoalan, sampai bila kita nak bersangka baik, nanti semua orang pijak kepala kita.. Jangan berfikiran tertutup seperti itu, jika kita bersangka baik kepada orang lain, kita secara luar sedar telah memberi aura dan cas-cas positif kepada orang sekeliling. Rasulullah sendiri tetap menyuapkan seorang tua yang kafir walaupun orang tua itu senantiasa mengutuk dan membencinya akhirnya hidayah Allah itu datang tatkala baginda menghembuskan nafasnya. Dimana rahsia baginda menyuapkan orang kafir itu diketahui sendiri dari sahabat baginda jika tak silap Saidina Abu Bakar yang ingin meneruskan amalan baginda itu, dimana orang kafir tersebut merasakan terlalu berbeza cara suapan Abu Bakar, sedang suapan insan yang selalu memberinya makan amat lembut dan mudah untuk orang kafir tersebut telan dalam keadaan tuanya orang kafir tersebut.

Jadi siapa kita untuk mempersoalkan sampai bila baru sahabat kita berubah, kerana hidayah itu milik Allah. Saya ingin berkongsi sebuah lagi cerita berkenaan seorang sahabat yang diceritakan memakai tudung labuh, mengambil jurusan dalam bidang pengajian islam dan mendapat roomate yang tidak menjaga aurat dengan sempurna. Kerap berjumpa dengan kekasihnya. Tetapi si solehah yang bertudung labuh tadi tidak pernah ingin menegur sahabatnya secara kasar, bahkan dia sentiasa menyediakan sarapan pagi diwaktu roomatenya tadi perlu menghadiri peperiksaan. Bersahabat baik dengan roomatenya tidak pernah ditinggikan suara. apa yang dia lakukan adalah mendoakan sahabatnya dan cuba menawan hati roomate itu, walaupun sampai habis semester sahabatnya tidak berubah, sampai dua tahun kemudiannya si solehah yang bertudung labuh itu pun sudah mula bekerja, tiba-tiba satu hari, dia menerima panggilan dan alangkah terkejutnya dia bahawa yang menelefon itu adalah roomatenya yang dulu, dan ketika itu sedang berjinak-jinak untuk berubah ke arah kebaikan dan menyatakan betapa dia merindui sahabatnya itu. Lihat lah sahabat sekalian, untuk bersahabat kita tak perlukan seorang sahabat yang sempurna, cuma kita perlu menjadi sebaik mungkin sahabat kepada mereka, kerana di situ kita sudah menimbulkan kebahagiaan dalam persahabatan kita, Allah nilai itu sebagai mujahadah kita melawan bisikan syaitan yang menggoda kita untuk meninggalkan sahabat yang tidak mengenang budi.

Memang kalau nak diikutkan satu buku pun tidak habis untuk menerangkan bagaimana untuk kita mengenal hakikat bahagia dalam kehidupan bersahabat, berkeluarga mahupun berjiran. Tetapi andai kita sanggup untuk merendahkan sedikit ego dalam diri kita untuk melebihkan sedikit orang disekeliling kita, pasti ianya adalah salah satu dari jalan penyelesaian kepada konflik dalam kita. Bahkan ianya memudahkan lagi hidup kita, menjauhi pergaduhan. Kerana hanya syaitan yang menyukai pergaduhan. Jangan terlalu berharap akan sesuatu, tetapi bertindak kepada sesuatu yang mendatangkan kebaikan yang lebih. Begitu juga halnya dalam urusan untuk mendapatkan pasangan, jangan lah kita terlalu berharap pada seseorang yang sememangnya kita dah target dia yang terbaik, sedangkan kita tidak tahu ketetapan Allah untuk kita, mungkin Allah beri seseorang yang tidak berapa baik atau sesuai di mata kita, padahal kita tidak tahu bahawa di hujungnya Allah sudah sediakan aturan kebahagiaan buat kita..jangan mencari yang sempurna, carilah pasangan yang dimana kamu akan cuba untuk saling melengkapi antara satu sama lain, sama juga halnya dengan keluarga dan jiran-jiran, kadang-kadang konflik yang timbul membunuh segala kebaikan orang pada kita. Yang kita lihat hanya keburukan. Atau pun terlalu meninggikan kebaikan dan kelebihan orang lain sehingga apabila suatu saat kita terlihat keburukannya kita terus membunuh segala kebaikannya dahulu, padalah kita tidak sedar, kita juga manusaiabiasa, tidak berhak sedikit pun untuk membenci sesama manusia.

Hakikatnya kita semua sama di sisi Allah, tiada yang kurang atau lebih, yang membezakan keimanan. Keimanan menjadikan insan mulia, menjadikan yang keruh kepada jernih, yang lemah menjadi kuat dan keimanan paksi dalam kehidupan, melihat dunia untuk akhirat. Bukan melihat dunia untuk dunia.

Meminjam sedikit kata-kata seorang sahabat,Sesungguhnya sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari banyak yang melalaikan. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi sedikit manfaat pada sahabat sekalian.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE