Rahmat kasih sayang kurniaan Allah

1/28/2011 07:52:00 PM Edit This 0 Comments »
sayangi sesama manusia

..saling menasihati antara satu sama lain..
berkasih sayanglah kepada sesama manusia nescaya yang di atas akan mengasihimu jangan dengki mendengki dan berhasad dengki

SubhanaAllah, ALhamdulillah, Allahu Akhbar...
Maha suci Allah tuhan yang menciptakan sekalian alam..

...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
..Selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia..
(kekasih hati seluruh umat Islam)


Bersuyukur Ya Allah...segala ujianmu mematangkan diriku.. Alhamdulillah..pada pagi sabtu yang hening ni, selesai sudah menjawab satu paper exam subjek multimedia. Malam tadi baru lepas present project kiosk. Alhamdulillah..sekali lagi ku ungkapkan syukur pada ilahi yang mengizikan segala-galanya berlaku...walaupun hasil kerja kami sekumpulan tidaklah seberapa dari yang lain. Sekurang-kurangnya Allah izinkan kerja kami memuaskan, Allah izin segalanya berjalan lancar...tak ade lagi masalah button macam hasil kerja individu hari tu.Alhamdulillah. Kerja individu hari tu pun Saya puas hati, kerana ianya atas daya upaya saya sendiri walaupun button tak function, memang dah cuba minta tunjuk ajar dan cari semua yang dapat membantu tapi Allah tak izin, semua orang tengah sibuk even saya sendiri terlalu buzy kadang-kadang msg kwn2 2 hari kemudian baru dapat balas, cuba bayangkan betapa sibuknya saat itu. Sebenarnya Allah nak uji tahap kesabaran dan Allah nak uji apakah saya dapat redha dengan segala ketentuan darinya. Memang kita perlu berusaha..tapi kalau memang Allah tak izinkan perkara tu terjadi tak kan kita nak melawan takdir Allah, apa pun saya utamakan usaha sehabis daya dan natijah serah pada Allah.

Berbalik pada situasi tadi, satu perasaan bahagia, sayu, tenang menyelinap kesegenap ruang dalam hati ini, walaupun risau nak jawab exam yang usaha untuk mengulang kaji nota2 lepas sentiasa tak berkesempatan. Saya rasa tenang dan damai pagi itu. Seorang sahabat Samira Ahmed perawan yang berasal dari Somalia berpatah balik ke asrama dan saya sendiri dalam perjalanan menuju ke kelas. "where you want to go?" saya bertanya. "I left my pencil case..."Samira. " I have an extra pen, u can borrow from me, come or we will be late 4 the exam." saya memberi pendapat. "Ok.." samira. "Sis i am sleep early last night, i am not yet reading the note." saya meluahkan. "It's okay sis, lets we read for a second on my notes" samira. Okey pointnya saya agak seram nak jawab soalan exam pagi tu sebab saya tertidur lepas solat isyak malam tadi. Tak sempat buka telekung. Tapi Allah bantu dengan seorang sahabat yang nak berkongsi notanya pada saya pagi tu. Walaupun tak semuanya saya dapat ingat, tapi Alhamdulillah saya cuba jawab yang termampu. Rancangnya malam tadi lepas solat isyak nak study dan pasang niat awal2, tapi tertidur tanpa sedar.Mungkin penat sangat, tapi kawan lain boleh sempat je...ish..ish..ish...itulah yang di namakan takdir. So, dah selesai je exam tu saya rasa tenang sikit. Tiba-tiba dalam ketenangan dan kedamaian itu, ada sesuatu yang amat mengguris hati, sangat terguris. Saya seperti tidak percaya apa yang saya dengar dari seorang manusia yang saya hormat. Katanya "apa kerjasama, aku tak rasa pun kerjasama..macam buat kerja sorang je" Ya Allah, aku benar-benar terhuris dengan ungkapan itu. Selama beberapa minggu ini buat kerjasama-sama suka dan duka bersama-sama akhirnya hanya kerana hasil kerja tidak sehebat orang lain ungkapan itu yang terkeluar darinya.. Ya Allah...sedihnya.......hanya Allah yang tahu, saya dapat rasakan seolah-olah titik-titik jernih bakal keluar dari kelopak mata ni.. mujur ada seorang sahabat lain mengubah topik dan memberi isyarat supaya jangan saya menyambung bicar yang menyakitkan itu lagi..segera saya berlalu dari dewan kuliah tersebut meninggalkan sahabat-sahabat yang lain. Terus ke toilet, sampai je kat toilet berguguran air mata jatuh....sungguh terguris dengan kata-kata tersebut..dimana ukhuwwah bagai diragut ganas oleh akal yang kurang rasional..mana nilai ukhuwwah pada pandangannya..saya mula berbicara pada diri.." jangan marah pada dirinya, itu mungkin unkapan dari hati yang tak tenteram, dia bukan sengaja. Tapi perasaan sedih dah tak terbendung lagi, segera aku menuju ke masjid, bukan riak atau bangga, tapi saat itu aku rasa seluruh jiwa dan ragaku amat m,erindui penciptaku, amat ingin sekali melangkah ke masjid, aku tak peduli, lecturer akan mulakan sesi terakhir sebentar sahaja lagi, aku benar-benar ingin mengadu padaNya...hanya Dia yang mampu menenangkan hati saat itu. Selesai dhuha, aku berdoa agar diberi ketenangan hati. Bagai terasa belaian dari tuhan, ketenangan menyelubungi. Ku buang jauh-jauh rasa yang kurang baik untuk hati tadi.

Cuba positifkan diri, sampai je di dewan kuliah, lecturer sudah mngungkapkan kata-kata terakhir. Sayu hati mendengarnya, sudah tiada lagi kelas pagi pada hari sabtu, sudah tiada lagi kelas-kelas ganti multimedia...kelas multimedia tinggal kenangan, tetapi ilmu itu akan ku bawa sampai ke generasi yang seterusnya. Sungguh terasa nikmat kasih sayang Allah kepada sesama manusia. Semua pelajar merasai suasana itu, tapi waktu tetap akan berlalu, hidup mesti diteruskan untuk menghadapi masa hadapan. Kenangan di potretkan dalam kamera, kami bergambar bersama-sama dalam dewan kuliah IT pada pagi itu. Semoga ukhuwwah kami ini Ya Allah..keranaMU..dan semoga ianya dapat menjadi saksi di akhirat bahawa kami pernah berukhuwwah kerana Allah.. Kasih sayang itu sangat halus, bajailah ia dengan iman dan taqwa agar ia menjadi penyubur keimanan bukan perosak keimanan bila dibajai dengan nafsu, kepalsuan dan hasad.

p/s: maaf luahan ini sekadar untuk sama-sama ambil ikhtibar dan panduan buat masa akan datang. Mungkin di masa yang lain saya lupa nak mengingati Allah, jadi bila terbaca catatan ini semula akan kembali mengingati nikmat kasih sayang Allah..akan kembali memuhasabah diri..InsyaAllah..setiap dari kita pasti akan di uji, bersabarlah dengan ujianNya dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran serta berkasih sayanglah hanya kerana Allah..lupakan segala sengketa kerana ianya memecah belahkan ummah.Salam ukhuwwah kerana Allah.Semoga kau beri aku kekuatan Ya Allah untuk mengerjakan tiap apa yang ku perkatakan.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE