Tanpa kata,cukuplah dalam hati Ada Allah...

1/19/2011 10:14:00 AM Edit This 0 Comments »



...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..wa syukurillah..

Alhamdulillah, Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiNya atas nikmat Iman & Islam. Selawat atas Rasulullah S.A.W & ahli keluarga serta para sahabat baginda. Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa kami. Sedikit luahan hati, hari ini Allah izin ada dua paper midterm, satu dah lepas, satu lagi postpone hari selasa ni. assignment banyak lagi yang menanti-nanti untuk di taip.Pasti sangat bahagia bila dah dapat selesaikan semuanya.InsyaAllah boelh tu, doakan ya sahabat semua. Tapi nak kongsi sikit, dimana sewaktu melangkah ke dewan peperiksaan utama kolej saya tadi, rasa tak bermaya..walaupun dah baca tapi macam tak masuk je..cuba yakinkan diri, tapi bila tengok kawan-kawan muka confident semua, semacam satu rasa kurang yakin menyerap masuk kat dalam diri, terus senyap tak mampu nak kata apa-apa. Ya Allah...tuhan je yang tahu. Tak pikir apa dah, cuma teringat kata seorang sahabat cari redha Allah eventhough (walaupun)dalam urusan peperiksaan...jadi apapun cuba jawab dengan usaha sendiri (jangan meniru) Settled. Pastu..hati resah ni...rasa macam tak cukup masa study, betulkan niat, aku sudah berusaha dengan kudrat yang Allah bagi, jadi apa pun natijah semuanya dari Allah bukanlah semata-mata atas usahaku sendiri.

Alhamdulillah...lepas betulkan niat semua..bila dapat kertas soalan..tengok-tengok soalan tidak terlalu berat.Alhamdulillah...Allah permudahkan andai kita letak keyakinan dan pergantungan yang tinggi padanya. Kat sini saya nak selitkan sedikit berkaitan dengan soal jodoh, kerana ada seorang sahabat yang lebih berusia dari saya,menyatakan kerisauan dirinya masih tidak bertemu jodoh..
Sahabatku..jodoh itu urusan Tuhan..tenangkanlah hatimu...kerana yang terbaik telah Allah aturkan buatmu..sebab itu lambat..mungkin berkatnya melimpah di akhirnya nanti andai kamu mampu bersabar sikit sahaja lagi. Akan aku mendoakan untukmu seorang yang terbaik buat dirimu InsyaAllah... Jangan meletak harapan pada manusia..tetapi letakkan harapan pada Allah. Dua cinta tak mungkin dapat bersemadi dalam satu hati. Sayang dan kasihmu pada pasangan , begitu jua cinta hanya kerana Allah dan cintamu hanya untuk Allah.

Cukuplah Allah bagimu urusan dunia dan akhiratmu...kelak dunia akan mengejarmu..sayangilah manusia seadanya..cintailah Allah dan Rasulullah selayaknya..perasaan kasih pada manusia itu sesuatu yang normal..jika rindu..adukan pada Allah dalam munajatmu (date time with Allah). Nescaya kau akan memperolehi petujuk dan ketenangan..(sama-sama ya sahabat kita bina kekuatan untuk menghidupkan sunnah Rasul..Qiamullail bukan Qiamullain). Diri ini pun masih banyak kekurangan, mari sama-sama bina sahsiah diri, dan ajak orang lain..kasihi orang lain sebagaimana kasihnya kamu pada diri sendiri.


sekadar renungan bersama..buat putera puteri soleh solehah..
bakal-bakal penghuni syurga...
jangan kalian resah akan ketentuan ALLAH..
tapi resahlah bila memikirkan dimana cinta Allah dalam hatimu..
mungkin hari ini kau kuat seorang...
tapi hari esok mungkin..kau tersungkur kerana sekelumit cinta dunia...
bersatulah...carilah teman2 atau majlis ilmu yang mengingatkan kita kepada pencipta..
ALLAH S.W.T


wahai pemuda dan pemudi soleh solehah..
kehidupan didunia amat singkat..
lihatlah dengan jelas..
dunia melalaikan kita..

wahai puteri bidadari syurgawi..
jangan biarkan kesucianmu dirampas..
dirampas insan yang tidak layak memiliki..
memiliki mahkota hatimu..

wahai puteri bidadari syurga..
aku menyayangimu sebagai saudara seislammu..
jangan kau biarkan bakal bidadara syurga..
leka dengan cinta dunia..
andai ada yang cuba memilikimu..
tapi bukan dengan cara yg Islam ajarkan..
kau tepislah dengan prinsip yang jitu..
dimana redha Allah kau utamakan..
jangan pula kau terlarut dengan janji manisnya..
jadilah kau pengetuk pintu hati mereka..
agar mengingati Ilahi..
"sesungguhnya aku takutkan Allah..."

Wahai putera bidadara syurga..
luruskan niatmu menggapai redha Allah..
wanita adalah ujian buatmu..
namun takutlah pada Allah..
kerana di situ akan memelihara kesucian cinta..
disitu akan ada petunjuk yang suci..
kerana Wanita amat bernilai..
tidak mudah untuk kau sunting..
tahajjud dan doa perlu kau mulakan..
peribadi perlu kau mantapkan..
supaya kelak dapat melayar bahtera..
kukuhkan keimananmu..nescaya Allah kan beri petunjuk...
pandulah dirimu dengan keimanan..
pandulah hidupmu dengan keimanan..
cukuplah dalam hati Ada ALLAH..

andai hati terpaut pada si dia..
terpautlah pada keislamanNya..
dan bukan dirinya matlamatmu..
Redha Allah adalah matlamatmu..
bersatu dalam keimanan..

Allah matlamat utama kehidupan..
ujian datang silih berganti..
Tanda sayangnya Allah pada kita..

Wahai putera puteri bidadari bidadara syurga..
sayanglah pada sesama manusia..
terbitkan bibit2 keimanan dalam diri setiap darimu..
bersedia untuk berdepan dengan musuh Islam..
kerana mereka tidak pernah berhenti..
akan terus dan terus memusnah..
dimana kita???
apa usaha kita??

bangkit wahai putera puteri agama..
apakah nilai kasih kalian pada sesama manusia..
sesungguhnya..nilai sebenar..
kau sayangkan insan lain..
sehingga tak sanggup nak biarkan..
biarkan mereka dicampak ke neraka..
Jadi????
tarik mereka menuju ke syurga...
dengan berpesan2 dgn kebenaran..
dan kesabarann..


Ya Allah, semoga kau kekalkan aku di atas jalanmu dan semoga dapat aku laksanakan akan setiap yang aku perkatakan. Ampunilah segala dosaku..Ameen..Ya Rabb..
(Saat ni tgh bwat assignment, share kat blog kejap released stress,smoga Allah kira sbgai amalan
nak berkata2 aku tak pandai dan tak ada kekuatan,jd melalui penulisan aku luah segalanya.semoga bermanfaat yang baik jadikn panduan, yang sebaliknya jadikan taulatan)Semoga Allah redha.

from: Bangi,Malaysia.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE