Bersyukur sebab tak CANTIK

2/25/2011 11:11:00 PM Edit This 0 Comments »



Alhamdulillah, Allahu Akhbar...Allah Maha besar...

selawat dan salam atas Nabi junjungan mulia
Muhammad S.A.W


Tamat exam, kebetulan pagi tadi exam koko di dewan peperiksaan utama di kolej tempat saya belajar. Walaupun subjek tu bukan subjek penting, tapi ilmu itu mesti kita cari dengan usaha,tanpa usaha tiada hasil. Semalam, agak pening juga memikirkan apa yang nak di baca. Tapi dengan kesedaran bahawa apa pun ilmu, ujian/peperiksaan..yang kita hadapi kita utamakan niat kerana Allah, dengan itu tidak ada erti "sambil lewa", "rilek2 sudah" dan bermacam-macam ungkapan lagi yang sewaktu dengannya. Semua ilmu dunia dan akhirat kita ambil dengan seimbang dan berlapang dada. Nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat juga kena ada ilmu. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, dalam keadaan tak tahu nak baca yang mana dan ada sahabat nak pinjam buku nota, saya cuba salin serba sedikit nota di kertas kecil sambil baca sekilas kemudian berikan nota pada sahabat yang memang agak sibuk dengan masalah peribadi yang dia hadapi, rasa kasihkan sahabat kerana Allah, saya cuba habiskan baca dan salin sikit nota malam tu jugak nak bagi dia pinjam yang original note. Alhamdulillah...sewaktu jawab ujian tu, semua soalan ada saya baca dan boleh lah membantu untuk saya jawab soalan. Yang penting ikhlaskan niat dalam apa jua yang kita buat dan yakin usaha walaupun disaat akhir...ada ganjaranNya...jangan melihat hasil/natijah/keputusan tapi lihat dimana tahap usaha kita melakukan sesuatu perkara. Usaha: better late than never.

Kat bawah ni saya nak kongsikan sedikit kata-kata yang saya ambil dari Facebook...buat muhasabah bersama..tak kiralah kita lelaki ataupun wanita..sama-sama kita renungkan...

bersyukur sebab 'TAK CANTIK'

by Naza Melman on Thursday, February 10, 2011 at 6:26am

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Akhir kalam, semoga kita sama-sama bermanfaat..dan semoga saya dapat mengamalkan setiap apa yang saya tulis...bukan hanya tinggal tulisan semata. Amin....


from Bangi,Selangor Malaysia.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE