Final EXAm coming....

2/05/2011 02:29:00 AM Edit This 0 Comments »
picture from one of my friend in FB. so, meaningful..

...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang...


Alhamdulillah wa syukurillah
Syukur atas segala nikmat dariNya
selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia
kekasih hatiku merangkap kekasih hati seluruh umat Islam


Final exam, kalau dulu pernah menjadi satu perkara yang amat menakutkan buat diri ini.., zaman kaki baru nak melangkah masuk ke alam IPT. Bukan ape, masa tu hati ni kosong, tak ada pengisian..tak nampak lagi semua perkara sebenarnya datang dari Allah..jadi keyakinan pd Allah tu masih kurang, nak melihat dunia pun masih tak jelas matlamat. Memang masa tu, takut+resah membelenggu. Tapi sekarang ni, takut tu masih ada, tapi dengan curahan ilmu dalam majlis-majlis ilmu, curahan ilmu dari pensyarah, perkongsian dengan sahabat2semakin memahami hakikat kehidupan...Alhamdulillah Allah izin semua tu saya lalui..dan semakin saya memahami...setiap ujian itu ada pahit manis yang perlu ditelan, setiap ujian itu juga perlukan pengorbanan, keikhlasan dan pergantungan pada Allah. Jadi, bila sebut exam, jangan terlalu takut, andai kita dah berusaha tiada apa yang perlu ditakutkan. Tingkatkan amalan dan pergantungan hanya pada Allah, tawakkal...InsyaAllah semuanya pasti dipermudahkan. Jangan mudah melatah..mohon doa sahabat semua agar diri ini kuat dan terus melangkah dengan yakin untuk menghadapi peperiksaan yang bakal di duduki pada minggu hadapan...selasa ni paper first. Tak tau lah, hati rasa resah, mungkin perlu tingkatkan semua amalan supaya rasa lebih dekat dengan Allah pada saat tidak diuji dan lebih-lebih lagi saat di uji...doakan ya... bawah ni ade skit perkongsian mengenai Maher Zain..dimana sepatutnya dah publish lama tapi tersimpan kat draft tak bwk2 kuar, jadi sekalilah ye..jom kita hayati penghayatan beliau pada Pencipta agung...


pada konsert Maher zain yang lepas di Shah Alam, ada seorang sahabat berkongsi satu keindahan dan keistimewaan penyatuan ummah pada konsert tersbut. Di mana sahabat saya menceritakan yang pada saat Maher Zain nak keluar dari keretanya, berduyun orang nak menyerbu..dan semua berteriak...wanita bertudung, lelaki berkopiah semuanya tak lepas menunjukkan sokongan mereka pada artis yang mengangkat dan menjulang tinggi imej islam itu. Tanpa diduga, sahabat saya mengatakan Maher Zain masuk semua ke dalam kereta dan tidak lama kemudian beliau keluar dari kereta dan melaungkan Azan. MasyaAllah...indah cara beliau mengingatkan peminat2nya supaya bukan memujanya sebaliknya pujalah penciptaNYA...Allah swt. Tetapi beliau tidak membiarkan peminatnya terpinga-pinga, sewaktu dipentas sebelum konsert dimulakan kalau tak silaplah...itu yang di sampaikan oleh seorang sahabat saya, beliau menerangkan kenapa beliau masuk ke dalam kereta dan melaungkan azan secara tiba-tiba. Beliau tidak mahu ada rasa riak dalam hatinya saat insan lain kagum akan anugrah Allah padanya..dan sebaik-baik pujian hanyalah untuk Allah...marilah sama-sama kita renungkan di mana pergantungan kita pada Allah, bukan setakat waktu di uji..tetapi waktu di beri nikmat juga jangan pernah kita melupakan Allah...Allah yang Maha Sempurna..Allah Yang Maha Segala-galanya... renungkan klip video ini, saya bersemangat semula bila lihat klip video..ni saat saya rasa sudah tiada harapan, bila lihat vbideo ini...Allah itu maha pemurah...penuh kasih sayang...jangan pernah putus asa padaNya.Never loose hope...

allowfullscreen="true" width="300" height="250" wmode="opaque" >

Video yang sungguh membuka mata…jangan pernah lupa Allah…Kerana Allah tidak pernah jauh dari kita…Allah lebih dekat dengan kita lebih dekat dari urat nadi kita…


video

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE