Kelahiran KEKASIH AGUNG...Rasulku,Cintaku,Sunnahku...

2/16/2011 04:47:00 PM Edit This 0 Comments »


Rasulku,Cintaku,Sunnahku adalah tema forum pada hari tersebut.

.:Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang:.
Alhamdulillah..wa syukurillah..
Ku panjatkan syukur pada Ilahi..
Selawat dan salam
Ke atas Rasul junjungan mulia…


Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat oleh yang Maha pencipta…hati ni tergerak nak tulis sesuatu berkaitan Maulidur Rasul, tapi tak berkesempatan nak buka blog. Jadi hari ni kebetulan ada sedikit masa saya nak berkongsi dengan sahabat semua tentang Maulidur Rasul yang saya dapat dari satu forum pada selasa lepas 15.Februari.2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432H. saya nak kita sama-sama mengingatkan sahabat-sahabat kita mengenai hari kelahiran kekasih agung lebih daripada mengingati hari valentine.Walau tak ramai yang singgah ke blog ni, tapi saya harap biar sedikit asalkan berkualiti dan bermanfaat. Semoga kita sama-sama dapat menghayati detik kelahiran baginda, pengorbanan baginda dan detik baginda menghembuskan nafas terakhir..supaya bertambah cinta dan rindu pada baginda.

Baiklah..saya dan seorang kawan pergi ke forum sambutan Maulidur Rasul tu, yang dianjurkan PERSIS persatuan asasi di kolej kami. Penceramah jemputan adalah Ustaz Khairul Nizam Mat Husain. Sangat menarik penyampaiannya. Saya tak berapa pandai nak bercerita, tapi harap dapat memberi sedikit makumat yang bermanfaat pada perkongsian forum tu untuk kita kongsi dan hayati bersama.

Kita sebagai ummat Baginda, sepatutnya kita sematkan rasa syukur pada Allah, kerana Allah mengizinkan kita jadi ummat kepada seorang Nabi yang merupakan manusia yang agung. Mari sama-sama renungkan adakah kita sudah cukup mengenali dan mencintai Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sedangkan Yahudi pada zaman baginda menunggu-nunggu kedatangan kekasih Agung ini, walaupun mereka tidak menerima kenyataan bahawa Baginda berdarah keturunan Bani Ismail, kerana mereka menyangka Baginda insan yang ditunggu-tunggu sudah beberapa keturunan menggu kedatangan Baginda yang dinyatakan berketurunan Bani Israel, mereka ternanti-nantikan kedatangan Rasul yang mulia ini. Menurut penceramah, melalui apa yang diceritakan oleh guru beliau iaitu Syeikh Saad Ibn Saad Jawish Al-husaini, dinyatakan dalam satu ayat di dalam Al-Quran kalau tak silap surah Al-Hadid yang bermaksud “ Apakah mereka lebih baik atau kaum Tubba’ lebih baik” betulkan andai saya silap. Kaum Tubba’ menggambarkan satu zaman 1000 tahun sebelum kedatangan baginda, di mana ada seorang Raja Yaman yang hidup 1000 tahun sebelum Nabi. Di mana ketika itu, para cendekiawan Taurat dan Injil mengkhabarkan tentang akan datang seorang Nabi, diceritakan dimana tempat Nabi akan mncul, di mana rumah yang akan didiami Nabi dengan jelas dan terperinci. Sedangkan perkara itu 1000 tahun lagi akan berlaku tetapi Raja Yaman ini dikenali “Raja Tubba’“ mengatakan “saya beriman dengan kamu wahai Rasulullah S.A.W”. Raja Tubba dengan penuh rasa keimanan dan cintanya pada Rasul menulis surat dan surat itu diminta untuk diwarisi dari generasi ke generasi supaya disampaikan kepada Baginda apabila tiba saat kemunculan baginda. Dengan perincian yang disebut oleh para cendekiawan Taurat dan Injil ( saat ianya masih terpelihara dari tangan yang kotor), rumah yang dikhabarkan bakal didiami baginda 1000 tahun kemudiannya itu di jaga dan diwarisi zaman berzaman sampailah kepada zaman Abu Ayyub Al-Ansari yang menduduki rumah tersebut, dimana saat sutrat itu akan diserahkan kepada Insan Agung itu sendiri. Saat tibanya Baginda, semua sahabat minta untuk duduk dirumah mereka. Tetapi Baginda turun dari pada untanya dan mengatakan “ Aku biarkan unta ini bergerak ke destinasi mana yang dia berhenti, di situlah tempat yang Allah tentukan untukku”. Unta itu bergerak terus sampai di sebuah rumah di mana tempat yang didiami oleh Abu Ayyub Al-Ansari unta tersebut berhenti dan menjatuhkan badannya seperti keadaan bagaimana duduknya seekor unta. Dan sampailah surat itu kepada Baginda.

Terdapat juga satu kisah jika tak silap saya pada zaman Nabi Musa, betulkan andai saya silap. daripada Imam suyuti dari karangan beliau “Al-Qasais Al-Qubra”. Meceritakan ada seorang lelaki yang dimana 200 tahun umurnya dihabiskan dengan membuat maksiat. Dimana kamu Bani Israel yang yang sangat zalim pada para Nabi pun turut tidak menyukainya. Sehingga dikhabarkan saat kematiannya dia tidak ditanam sebagaimana insan biasa, sepertinya mayat lelaki ini di masukkan ke dalam tong sampah nak menggambarkan kematiannya itu dan hidupnya sia-sia. Tetapi dalam satu perjalanan Nabi Musa dimana ada satu kejadian kaum bani Israel para pengikutnya ditinggalkan dibukit tursina dan pada ketika itu mereka diuji Allah memberikan makanan terus dari langit, tetapi mereka tidak bersyukur malah meminta itu dan ini antaranya bawang, ada dinyatakan dalam Al-Quran tapi tak ingat surah apa..di saat kaummnya ditinggalkan itu Allah meminta Nabi Musa untuk sembahyangkan solat jenazah untuk orang lelaki yang mati buat maksiat 200 tahun itu. Allah kata pada Nabi Musa sepanjang hayat lelaki ini, dia ada membuat satu kebaikan( dia mencintai dan menghormati Rasulullah S.A.W dimana saat membaca kitab taurat tak silap saya, dia akan mencium kalimah “Muhammad’ tanda cintanya pada nabi. Mencium dengan penuh rasa cinta pada setiap kalimah yang mengandungi nama Baginda tanda hormat dan cintanya dia kepada Nabi dan kebaikan itulah yang membawa kepada Allah menyuruh Nabi Musa untuk sembahyangkan jenazah lelaki tersebut. Lihatlah betapa besarnya nilai kecintaan terhadap Rasulullah yang Allah tunjukkan dalam kisah tersebut.

Satu kisah lain pula dimana seorang wanita Ummu Sulaim, dimana diceritakan seorang yang sangat miskin tak ada duit. Tapi bila dikhabarkan kedatangan Rasul ketempatnya seluruh penduduk datang membawa buah tangan meraikan Baginda, tetapi dalam keadaan Ummu Sulaim sangat miskin, dia pergi juga meraikan Nabi dengan memberikan anaknya Annas Ibnu Malik untuk dijadikan khadam menguruskan keluarga Baginda. Selama sepuluh tahun dia dengan Nabi, dari seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa,tambahan bukan ahli keluarga Baginda (darah daging sendiri) 10 tahun bukanlah satu tempoh untuk berlakon, Annas tidak pernah diherdik,dihina mahupun dipukul. SubhanAllah…betapa indahnya akhlak baginda. Benarlah yang dikatakan bahawa “ Rasul rahmat sekalian alam” contoh ikutan sepanjang zaman iaitu Baginda Rasulullah S.A.W.

Satu hadis dari Saidina Annas Ibnu Malik Rasul bersabda yang bermaksud “tak beriman seorang di kalangan kamu, sehingga Rasul dicintai lebih dari mencintai ibu, ayah, anak2 dan manusia seluruhnya”. Nak sampai kepada tahap cinta yang disebut itu, bergantung pada sejauh mana kita mengenali Rasul kita, kekasih Allah yang Agung itu.

Betapa cintanya para sahabat Baginda, dalam jiwa mereka itu, Nabi adalah segala-galanya…antaranya Bilal bin Rabah dimana selepa kewafatan Baginda, Bilal lama meninggalkan Madinah tak sanggup bila mengenangkan Baginda. Sehingga pada suatu saat bermimpi bertemu dengan Rasulullah..dimana Rasulullah berkata lebih kurang beginilah katanya “Apakah kamu terlalu membenciku sehingga tidak mahu lagi bertemu denganku” dalam mimpi itu mugkin memaksudkan bahawa Madinah itu tempat yang mulia, mengapakah dibiarkan jauh tidak mahukah Bilal kembali berkhidmat untuk Allah seperti dahulu sewaktu bersama Baginda. Tak lama kemudian Bilal didatangi cucu-cucu Rasulullah meminta Beliau melaungkan azan, berat hatinya untuk memenuhi permintaan itu, kerana terlalu sedih dan rindu akan Rasul kekasih agung itu. Akhirnya Bilal melaungkan azan, penduduk Madinah semuanya tertanya-tanya kerana mereka jua amat merindu Rasulullah..mereka tertanya-tanya sehingga ada yang mengatakan adakah Rasul telah dihiudpkan semula…kerana mendengar suara Bilal adalah sinonim dengan Rasulullah kerana sebelum ini mereka sangat rapat dan sering bersama-sama ketika tiba waktu solat, apabila Bilal iqamat pasti akan muncul Rasulullah mengimami solat mereka. Rasa rindu mereka pada Rasulullah terusik. Begitulah selayaknya cinta seorang ummat pada Rasul, tetapi kita pada masa ini lebih mengagung-agungkan hari Valentine yang lebih dikenali hari buat kekasih..siapakah kekasih hati yang selayaknya untuk kita…renung-renungkan sahabat sekaian. Rasullullah berusaha menyelamatkan kita dari dunia sampai ke akhirat kelak, Rasulullah adalah orang pertama yang akan masuk ke syurga, tetapi tidakkah kita terfikir baginda yang akan memberikan syafaat kepada kita, bermakna, saat itu baginda akan keluar semua dari syurga yang menjadi idaman setiap hambanya semata-mata untuk berada di titian sirat memberikan syafaat, di titian sirat memberikan syafaat…disaat manusia masing2 hanya memikirkan nasib diri masing, Baginda datang memberikan syafaat kepada ummat…diceritakan Baginda akan keluar semula dari syurga berad di arasy bahagian neraka untuk membantu memberikan syafaat kepada ummatnya..Baginda dijanjikan masuk syurga masih memikirkan ummatnya saat nazaknya nyawa hendak ditarik…memikirkan ummat yang belum tentu dapat mengingatinya sama seperti dia mengingati ummatnya ketika nazak. Ummat yang sering leka dengan keseronokan dunia..ummat yang lebih rela melayan kekasih hati dari memikirkan masalah ummat sejagat, ummat yang tidak menghiraukan nasib saudara seislamnya yang tidak tahu solat, saudara seislamnya yang buta Quran (tak tahu mengaji), saudar seislamnya yang membuat maksiat, saudara seislamnya yang kelaparan…layakkah kita untuk menjadi kekasih, paling kurang ummat insane Agung ini….Dalam Al-Quran syarat mendapat cinta Allah, ikut Rasulullah.. nescaya Allah akan mencintai kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Iman para sahabat, sanggup mati dan sanggup ibu dan ayah mereka menjadi penebus (Rasulullah S.A.W). Sanggupkah kita menjadikan diri kita sebagai gadaian untuk Rasulullah??? Paling kurang, sanggupkah kita meninggikan syariat Islam yang Rasulullah bermati-matian untuk menegakkanya…??. Nabi telah tiada, tetapi Nabi meninggalkan syariat Islam untuk kita amal dan kita tegakkan. Tetapi lihatlah Islam sekarang di juzuk2kan dan tak diamalkan seluruhnya. Jangan mempersoalkan dimana cinta Nabi buat kita, keran cinta Nabi buat ummatnya telah lama tersemat di sanubarinya..tetapi tanyalah dimana cinta kita buat Baginda??. Valentine…hari kekasih..kekasih apakah yang dinamakan kekasih yang akan melemparkan kita ke neraka, Islam tidak melarang cinta, cinta anugerah Allah buat kita, tetapi Islam ada garis panduan yang cukup indah. Ummat Islam tiada jati diri yang kukuh, mudah dihanyutkan denganhiburan yang melalaikan, mudah terikut-ikut budaya barat, bukannya nak buat perubahan, kita yang buat orang barat terikut-ikut budaya kita..malah mudahnya untuk jati diri kita ini terjual dek keseronokkan dunia yang dibawa mereka. Bukan tak boleh berhibur, tetapi cukuplah sekadar hiburan yang tidak melalaikan dari mengingati Tuhan.Kecintaan utama orang mukmin itu pada tuhanNya takkan mudah goyah andai Allah yang diutamakan. Kasih yang kita kasih itu murka Allah, Hiburan yang menghiburkan dan melalaikan itu murka Allah..Kekasih yang sebenar adalah yang kasih utamanya adalah pada Allah.

Akhir sekali semua perkongsian ini adalah dari Allah, dimana kebetulan penceramah pada hari tersebut Berjaya membawa roh “Maulid Rasul” dengan begitu baik sekali sehingga dapat saya manfaatkan buat perkongsian kepada sahabat sekalian.. Penceramah ada menyebut kelaziman orang yang mencintai akan sentiasa menyebut orang yang di cintainya dan suka mendengar tentang orang yang dicintainya..jadi alamat untuk mencintai Nabi…bila kita sentiasa menyebut namanya, ingin dan rindu untuk mengenalinya dan mendengar kisahnya. Nak sampai tahap itu, marilah kita mohon pada Allah agar kita menjadi orang yang cintakan Nabi. Banyakkan berselawat keatas Nabi,banyakkan membaca hadis Baginda dan kisah hidup Baginda menghayati perjuangan Baginda. Banyakkan doa agar Allah beri kita rezeki untuk kita dapat berjumpa dengan Nabi walau hanya seminit didalam mimpi. InsyaAllah…sesungguhnya saya berusaha menyampaikan dengan cara yang terbaik apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut untuk dikongsi bersama, tetapi setiap manusia ada kelemahan, walau hakikat kelemahan itu dari Allah ianya disandarkan pada kelemahan kita sendiri. Sedikit kata-kata akhir saya pinjam dari penceramah “Orang yang membaca hadis, mendalami dan sentiasa bersama dengan hadis seakan-akan mereka ahli keluarga baginda sekalipun mereka tak sempat bersama dengan baginda tapi sekurang-kurangnya dapat bersama-sama dengan sunnah baginda…”sebenarnya kalau tak silap petikan syair arab.


…Salam maulidur Rasul…
..Hadapi peperiksaan, doakan..semoga success dengan cemerlang..
Ya Allah, semoga aku dapat terus menegakkan syariatmu dalam diriku,keluargaku dan sahabat2ku
Jauhi aku dari menjadi insan yang hanya tahu berkata tapi tidak mengamalkan
p/s to me: Remember always that Action speak louder than words
betulkan andai ada silap dalam perkongsian ini
From: Bangi,Selangor.Malaysia.
11.26am/Thursday.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE