Ya Allah, bantu hambamu...

2/05/2011 07:19:00 PM Edit This 0 Comments »
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...bersyukur pada Allah masih diberi nikmat hidup dan bernafas atas muka bumi ini..selawat dan salam ke atas rasul junjungan Mulia. Sedikit perkongsian

dipetik dari sebuah akhbar tabloid tempatan sama-sama menghayatinya:...enjoy reading it...

sesungguhnya pada setiap amal perbuatan kita itu ada kekurangan, maka jagalah lisan supaya tidaklah nanti pahala yang sedikit itu juga diberikan kepada orang lain dan yang tinggal hanyalah dosa yang bertimbun.

-bacalah al-Qur'an

-Janganlah engkau mensucikan dirimu, dengan mencela orang lain.

-Jangan membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

-Jangan mempergunakan insan lain untuk kebaikanmu, taku nanti jadi fitnah pula buat dirinya dan dirimu(salah faham).

-Jangan engkau merasa tinggi dan mulia dari orang lain.

-Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

-Jangan menyombong diri dengan kedudukanmu.

-Bimbinglah dirimu dengan keimanan,agar kau menjadi seindah perhiasan.

-Usah bersedih ditimpa ujian, kerana ianya adalah tanda kecintaan tuhan.

Mohon doa semua supaya saya lebih bersemangat nak hadapi peperiksaan yang bakal tiba..sekejap je lagi ni...Nak exam tapi hati tak bersedia..macam mana nie...berilah petunjukmu Ya Allah...Ampunilah segala dosaku..janganlah kau hijab hati ini untuk ilmumu kerana dosa-dosa Ya Allah...tenangkanlah hati ini Ya Allah...Ya Allah, berilah petunjukmu, jauhkan aku dari sifat malas..dan dari segala sifat2 mazmumah...Ameen Ya Rabb....



biar hati membisikkan kata hati pada angin yang berlalu...
supaya tenang jiwa didasar hati...
biar lidah terkunci dari mengungkapkan luahan hati...
kerana mungkin saja bisa mngundang penyesalan...
Mungkin jua akan menyakitkan banyak hati...

biar di buang segala resah di jiwa..
jika disimpan akan merana jasadiahmu..
akan berkurang cintamu padaNYa..
Biarkan ia lantaran waktu kan bisa menentu..
Carilah Ilahi dalam segenap ruang rindumu..
Kerana disitu kan temui ketenangan..
Kerana cintaNya takkan pernah jauh..
Hanya kau yang sering leka..
Lantaran dunia indah mengaburi..

Yakinlah..pasti kau temui kebahagiaan,
pasti kau temui ketenangan jika tidak didunia..
Di akhirat nanti..

Kejarlah segenap cita-cita..
Menjadi pemacu agama mulia..
Dimana hati riang sentosa..
Lantaran cintaNya bakal kau raih..
Menuju ke jalan redhaNya..
berjaya keranaNya..
Bahagia keranaNya..
Hanya Dia pencipta kedamaian..
Hanya Dia pencetus ketenangan..
Dia adalah Allah..
Tuhanku dan Tuhanmu..yang satu..
Selama-lamanya tuhan kita bersama..
Yang Maha mengetahui segalanya..

Ya Allah damaikan hatiku dengan ketentuanmu...
Permudahkan segala urusanku..
terangilah hatiku dengan cahaya keimananmu..
Ameen Ya Rabb...

p/s: motivasi diri= jangan mengeluh jangan bersedih wahai hati...di sana lebih ramai yang menderita, lebih berat ujian yang ditempuh..peperangan, keganasan berleluasa..Islam ditindas. Kau masih beruntung duduk dalam kedamaian..Bangkit dengan keimanan..pengorbanan Rasul jauh lebih pahit untuk ditelan..Ingat Rasul..jangan pernah gentar dan tunduk pada bisikan syaitan wahai hati, kau ada ALLAH..kau Ada sahabat soleh solehah..kau ada Ibu..semua mengharapkan kejayaanMu..untuk ISlam..BAngkit Wahai Hati..
Chayo2...

from Home,
Kapar,Klang.Malaysia.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE