~Bestnyer berkongsi dan memberi ~

4/08/2011 04:03:00 AM Edit This 0 Comments »
Cuba tengok mereka ni, mereka berkongsi susah bersama-sama
Cuba tengok kucing ni, dia memberi bantuan pada anak ayam setidak-tidak pun menggembirakan anak ayam tu.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah Ya Allah
Kau Masih Mengurniakan Aku nikmat kesihatan
Buat sahabat pengunjung, terimalah perkongsian yang tidak seberapa ini..



Berkongsi, berkongsi itu indah, berkongsi itu membahagiakan..tak kiralah harta benda, ilmu,kegembiraan atau apa sahaja yang boleh kita kongsi sebenarnya akan mendatangkan manfaat semula pada kita yang mempunyai rasa untuk berkongsi, ianya dating dari hati yang tulus InsyaAllah.
Berkongsi: Semua orang boleh mengatakan dengan mudah apa yang di maksudkan dengan berkongsi, tetapi pada hakikatnya tidak semua daripada kita mudah untuk berkongsi pada sesetengah perkara contohnya dalam bersahabat, kita selalu melihat ramai orang yang bersahabat lebih dari sepuluh tahun, kadang-kadang baru sebulan bersahabat tetapi mereka rasa itulah sahabat mereka sehati dan sejiwa, tidak boleh dipisahkan. Secara umumnya kita dapati mereka akan berasa cemburu apabila sahabat mereka rapat dengan sahabat yang lain, mengapa perkara ini terjadi kerana mereka merasakan mereka memiliki sahabat mereka. Tetapi bila berkongsi kerana Allah itu lain, bersahabat kerana Allah seolah-olah mereka bersahabat untuk berkongsi, walaupun dah kenal lama, boleh bergurau, rasa percaya dan nak berkongsi cerita bersama-sama, rasa tak boleh berjauhan dah macam saudara sendiri, bagaimana rasanya nak melahirkan insan yang nak bersahabat untuk berkongsi kerana Allah ini? Mereka adalah insan yang berjumpa,berkasih sayang hanya kerana Allah walau tiada ikatan kekeluargaan tetapi atas dasar keimanan mereka boleh duduk berkongsi rasa bersama-sama, dimana hubungan yang mendidik mereka untuk berlapang dada ,menerima keadaan sahabat mereka seadanya dan berusaha melengkapi antara satu sama lain seadanya kekurangan sahabat ditutup dan cuba perbaiki bersama-sama. Dimana mereka akan bahagia bila melihat kawan mereka bahagia,mereka akan sedih jika kawan mereka bersedih. Tapi, mereka tak rasasahabat mereka itu milik mereka, jadi mereka positif jika sahabat mereka itu nak berkawan dengan sesiapa pun mereka tak kisah, kalau baik orang itu mereka turut gembira manakala kalau jahat/kurang baik mereka akan tegur untuk kebaikan kerana mereka tak kisah, sebab apa pun yang akan membahagiakan kawan mereka mereka akan rasa bahagia kerana rasa itulah....rasa untuk berkongsi yang lahir dari ukhuwwah fillah.Berbicara mengenai hubungan kerana Allah memberi kita rasa ingin bersama-sama mereka yang terlibat dalam hubungan kerana Allah itu menuju ke syurga, bersama mencapai cinta ALLAH, Kita nak dia rasa bila dia susah kita boleh jadi tempat dia mengadu dan bila gembira juga begitu dia akan share dengan kita walaupun tak semua secara tak langsung kita beri diri kita, untuk dia share bersama-sama. Saling memberi dan berkongsi.Without any jealousy that is called “Ukhuwwah Fillah”. Dimana InsyaAllah persahabatan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kita/anda atau sesiapa sahaja pernah berukhuwwah keranaNya.
Satu kisah lain, Wahyuni seorang guru agama, dia suka berkongsi cerita motivasi dan apa jua ilmu yang diperolehinya pada setiap anak muridnya. Suatu hari dia berkongsi tentang satu cerita berkenaan kasih sayang dan kemaafan pada anak muridnya sewaktu didalam kelas yang di ajarnya iaitu murid tahun enam. Dia menceritakan bahawa apabila ada perasaan kasih sayang dalam diri kita maka kita akan mudah memaafkan. Salah seorang anak muridnya yang bernama Ali yang bersemangat mendengar kisah tersebut menceritakan pada ibu bapa mereka. Selang beberapa minggu jiran rumah Ali iaitu pasangan baru berkahwin bertengkar dan dengan izin Allah berkat kefahaman bapa Ali akan apa yang diceritakan oleh Ali mengenai kasih sayang dan kemaafan kedua pasangan tadi insaf mengerti bahawa kasih sayang penghubung persaudaraan dan kekeluargaan juga membentuk jiwa bersifat pemaaf. Dua minggu sebelum cuti sekolah bermula cikgu Wahyuni mengalami masalah dalam rumah tangganya, dia mengalami sedikit perselisihan faham antara dirinya dan suaminya menyebabkan dia tidak dapat memberi tumpuan sewaktu mengajar. Ali menyedari akan kelainan sikap gurunya itu, dia bercadang ingin menceritakan bahawa berkat cerita yang cikgunya sampaikan kepadanya tempoh hari sebuah pasangan suami isteri sudah dapat berbaik dari pertengkaran suami isteri, Ali harap itu dapat menggembirakan hati gurunya. Lalu dia menemui gurunya itu pada waktu persekolahan tamat, diceritakan semuanya pada gurunya beserta ucapan terima kasih pada gurunya itu kerana tidak putus member nasihat sewaktu di dalam kelas. Wahyuni sungguh terharu dalam masa yang sama dia merasakan satu rasa kesyukuran dalam relung hatinya, dia bermonolog sendiri “ Ya Tuhan..sungguh kecil dunia ini dan sungguh indah aturanMu…Lebih kurang sebulan yang lepas aku berkongsi dengan anak muridku, kini dari mulut anak muridku sendiri aku temui hakikat kasih sayang itu, betapa aku melupakan kasih sayang yang penuh dari suamiku hanya kerana sedikit salah faham…sungguh kasih sayang mampu melahirkan kemaafan”. Wahyuni dapat merasai nikmat dari perkongsiannya sendiri. Apabila kita berkongsi kita akan dapat kebaikan dari perkongsian itu sama ada cepat atau lambat, sama ada di dunia atau di akhirat hanya Allah yang berhak menentukan yang penting berkongsilah.

Memberi: Memberi sesuatu yang disukai,baik dan bermanfaat sangatlah dituntut dalam islam kerana orang yang pemurah sangat di kasihi oleh Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud “tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (penerima)”. Ini jelas menunjukkan bahawa orang yang selalu member dikasihi Allah dan Rasulullah S.A.W. Mungkin akan ada yang bertanya “Apa yang saya boleh beri?, nak beli barang keperluan sendiri pun tak cukup”,. Di sini kita perlu fahami bahawa untuk memberi itu bukanlah semata-mata berbentuk kewangan. Jikalau begitulah syarat untuk memberi tentulah orang kaya sahaja yang boleh memberi dan tentulah orang kaya sahaja yang berpeluang dikasihi Allah dan Rasulullah. Maka pandangan itu tidak benar. Dalam Islam, kita dituntut menjadi seorang yang pemurah tidak kira kita kaya ataupun miskin. Kita boleh memberi apa sahaja kelebihan yang kita ada sama ada wang ringgit, tenaga, ilmu hatta sekecil2 nasihat yang baik pada sesama insan. Andai kata diantara yang sebutkan tadi jua tidak mampu kita beri, sedikit senyuman yang tulus dari hati juga satu pemberian dan di kira umpama sedekah dalam Islam kerana seyuman itu mampu menggembirakan hati dan juga mampu melembutkan hati insan lain pada saat ianya diperlukan bagi hati yang bersedih misalnya. Selain itu, doa ianya adalah sesuatu yang amat mudah untuk dilakukan tidak kira kita tua atau muda, kaya atau miskin, Islam atau bukan Islam( kerana semua agama percaya kewujudan tuhan dan berdoa untuk memohon sesuatu kebaikan). Sangat mudah sebenarnya untuk kita memberi sesuatu yang bermanfaat pada orang lain.Bahkan dengan berdoa kita sebenarnya memberi tanpa pengetahuan tuan empunya diri yang kita doakan itu. Itu lebih terpelihara dari sifat takabbur dan riak, member semata-mata kerana kita sayangkan mereka kerana Allah, tak kiralah memberi dalam bentuk apa sekalipun niat utama itu yang penting iaitu kerana apa, boleh jadi Allah kasih boleh jadi Allah murka hanya kerana niat.
Baiklah berbalik pada memberi dan berkongsi itu menggembirakan,membahagiakan. Betul ke?...Baiklah kalau ditanya mana lebih seronok terima hadiah atau beri hadiah? Tentulah kita akan jawab terima hadiah itu lebih seronok. Ya, mungkin itulah jawapan sebahagian dari kita, tapi sebenanya keadaan tidaklah selalu begitu..cuba kita Tanya pada ibu ayah kita sewaktu mereka mengetahui anak kesayangan mereka yang mereka besarkan dengan penat lelah, ibu melahirkan dengan sepenuh tenaga ayah membanting tulang memberi nafkah apakah perasaan mereka ketika mengetahui anak kesayangan mereka berjaya dengan cemerlang . Di saat itu hati ibu dan ayahlah yang paling gembira. Mereka memberi sepenuh kasih sayang dan tenaga membesarkan anak dan akhirnya apabila anak berjaya merekalah orang yang paling gembira kalau boleh biar satu dunia tahu betapa gembiranya mereka di saat itu…kenapa agaknya ye…??. Tahukah kita bahawa rupa-rupanya apabila kita memberi atau berkongsi dengan rasa kasih sayang ianya lebih menggembirakan. Oleh itu, jika kita nak selalu gembira kita perlu untuk selalu memberi,InsyaAllah dengan izinNya hati kita pasti gembira.Tetapi dengan syarat, berilah dengan rasa kasih sayang. Jadi, sekiranya anda bersedih….carilah seseorang dan berilah sesuatu walaupun sekadar sekuntum senyuman yang ikhlas dari hati supaya hati kita juga turut kembali gembira dan bahagia. InsyaAllah.
Akhir kalam, tak kira apa jua bentuknya berkongsilah dan memberilah seikhlas hati dan mengikut kemampuan kita masing-masing kerana ia takkan pernah memiskinkan kita malah membahagiakan kita di dunia dan juga akhirat.InsyaAllah..tujuan saha berkongsi dalam blog pun untuk sama-sama saling lengkap melengkapi dengan ilmu yang setiap daripada kita miliki. Sekurang-kurangnya ilmu yang tak seberapa ini menjadi saksi amalan saya didunia ini. Sekali lagi saya menyeru anda semua dan terutamanya diri saya sendiri supaya jauhi riak dan takabbur..berkongsilah hanya kerana Allah. Kalau tersedar niat kita dah lari cepat2 perbaharuinya kerana kita insane biasa, insan yang lemah. Tetapi Allah Maha Pengampun dalam masa yang sama juga, awas!!!…berwaspadalah kerana azab Allah itu sangat pedih jangan pula merasakan buat dosa itu ringan sehingga berkata “Alah..aku buat dosa esok minta ampun,Allah Maha penyayang” memang Allah Maha Penyayang tetapi siapa kita untuk merasa angkuh (rasa kita layak untuk sentiasa mendapat pengampunannya bila-bila masa) sedangkan Rasulullah kekasih Allah yang dijamin masuk syurga pun beribadah sampai bengkak kaki baginda semata-mata untuk bersyukur atas segala nikmat dariNya. Marilah berkongsi dan memberi. Semoga bermanfaat.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE