*Tepuk dada Tanya Iman*

4/04/2011 09:14:00 PM Edit This 0 Comments »
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Cek hati, baiki hati,kerana hati raja dalam diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah wa syukurillah

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia

Nabi Muhammad S.A.W

Kekasih hatiku moga terus menjadi kekasih hatiku sehingga hembusan nafas terakhir,Amin..

++ InsyaAllah ++

Alhamdulillah Ya Allah, bangun pagi hari ni,kau masih beriku kesempatan untuk bernafas di atas muka bumiMu ini…sungguh indah penciptaan siang dan malam, sungguh indah penciptaan alam semesta.Rugilah bagi mereka yang tidak menyedari akan segala nikmat yang Allah beri ini. Dalam hati ni, rasa tersentuh, pedih untuk menerima tetapi itulah dia kenyataannya. Sahabat-sahabat sekalian baik lelaki mahupun wanita mari kita sama-sama Tanya pada diri bagaimana imanku saat ini…?adakah ia sihat seperti jasad kita ataupun hanya luaran yang sihat tetapi iman kita seakan-akan meronta-ronta kehausan siraman keimanan.Tepuk dada Tanya iman. Baiklah untuk post kali ini saya ingin menekankan berkaitan keimanan dalam diri.

Sedih sangat rasa dalam hati ni bila terdengar kata-kata seorang kenalan mengatakan pada adik saudaranya “Buat apa pegi blaja skolah agama, nanti jadi macam aku malu rasanya nak mengaku dari sekolah agama”. Ya Allah, saya tidak membenci atau memarahinya tetapi saya sedih. Teramat sedih bahawa kehafaman dan keyakinan terhadap Islam itu terlalu rapuh, mudah untuk orang bukan Islam mempermainkan Islam andai dalam diri kita jati diri sebagai seorang Islam itu rapuh. “Ya Allah berilah petunjukMu padanya, kekalkanlah jua aku diatas jalanMu agar dapat aku menariknya suatu hari nanti untuk berbangga menjadi Umat Islam”. Kadang-kadang syaitan akan membisikkan dihati kita supaya lunturnya keyakinan kita pada Allah, tetapi kita yang perlu sedar bahawa keadaan seperti itu perlu kita lawan dengan tingkatkan keyakinan kita pada Allah, betulkan niat kerana Allah semata2..tiada tuhan selain Allah. Bangkit dan kata pada diri “Aku tak boleh kalah dengan senang bagi syaitan ketawakan Aku”, malah kita perlu berdoa supaya Allah besarkan keyakinan kita padanya dan jadikanlah syaitan yang mengganggu kita itu kecil sekecil-kecilnya agar tidak mampu untuknya melawan keimanan kita pada Allah juga agar dapat kita terus kekal diatas jalan yang benar.

Ya mungkin dia dipaksa untuk bersekolah agama dan dia tidak nampak hikmah apa yang berlaku. Tetapi hari ini, untuk post kali ini saya nak sahabat yang singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini sama-sama kita betulkan pandangan kita terhadap islam dan tingkatkan keyakinan untuk terus berada dibawah syariat Islam. Kenalan yang saya katakan

tadi mungkin juga anda berhadapan dengan mereka yang sama sepertinya. Tetapi jangan salahkan mereka kerana mereka mungkin tidak ada kefahaman yang jelas dan mungkin sahaja kekadaan sekelilingnya yang menyebabkan mereka jadi begitu. Sebab itulah penting pada kita untuk mencari (suasana solehah/ bi’ah solehah) iaitu suasana yang menyokong dan meninggikan Islam supaya kita tak mudah down. Tidak dapat dinafikan apabila syaitan membisikkan kata-kata di hati kita pasti akan timbul rasa ragu-ragu dalam hati, saat itu perlu kita positifkan minda mohon doa pada Allah dan carilah sahabat-sahabat yang kita rasa percaya dan yang akan meningkatkan keyakinan kita pada Allah. Di sinilah jua perasan seorang sahabat itu sangat penting, oleh itu carilah sahabat yang mengingatkan kita pada Allah. Kita sebagai manusia tidak kuat untuk bersendirian, perlukan teman untuk menyokong dan saling kuat menguatkan dan saling bantu membantu. Jika ada teman yang sebegini, InsyaAllah, kita akan kuat untuk menegakkan syariat Islam dalam diri, kemudian keluarga dan seterusnya masyarakat setempat.

Niat adalah perkara yang paling penting dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sentiasa perbetulkan niat dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan,jika niat kita baik InsyaAllah dipermudahkan dan hati menjadi tenang.Bermula dengan niat yang baik itu ibarat sungai yang mengalir, walau sebesar mana batu yang menghalang ia tetap mengalir..memberi khidmatnya kepada makhluk tuhan.

Bagi yang sudah faham akan hakikat Islam, perlu jua untuk kita memuhasabah diri, kerana kita ini hamba senantiasa perlu bermuhasabah. Jangan kita rasa kita faham kita sudah cukup bagus. Jangan pernah sekali-kali berfikir begitu, check hati disana mungkin wujud riak dalam hati. Cepat-cepat buang jauh-jauh rasa yang tidak sihat itu. Pernahkah anda mengalami situasi ini :

Syidah baru cuba untuk bertudung labuh, dia pakai dengan bersemangat sekali untuk berubah kepada yang lebih baik dalam menjaga aurat dirinya. Pada suatu hari dia terserempak dengan seorang kakak senior yang memang sudah dididik dari kecil untuk bertudung labuh. Syidah memberikan senyuman kepada kakak tersebut tetapi dilihatnya kakak tersebut memandang dari atas kebawah dengan pandangan penuh rasa jengkil dan ditambah dengan jelingan.Apakah perasaan Syidah ketika itu????Pastilah jatuh semangatnya untuk berubah dan paling penting dia akan berasa sedih dan merasakan memang tiada peluang untuk dia berubah. Tak kisah la baru nak bertudung labuh atau baru nak bertudung jangan kita menjatuhkan keyakinan mereka untuk berubah. Saya pernah lihat dengan mata sendiri, seorang sahabat lelaki ni, suatu hari dia masuk ke kelas pakai songkok, semua orang pandang pelik siap ada yang dok menggelakkan dia, selepas hari tu dia terus jadi liar. Saya dapat rasakan yang dia merasa serik nak berubah. Yup..orang yang nak berubah tu perlu betulkan niat dan perlu kuat, tapi kalau orang tak kuat??siapa perlu dipersalahkan..apa salahnya kita betulkan kebiasaan itu menjadi sesuatu yang lebih baik seperti hormat pada mereka yang nak berubah, setidak-tidaknya dia nak berubah niatnya dah baik,kita yang dok peril dan menggelakkannya ni yang perlu fikir apakah yang kita dapat redha atau murka Allah.

Lihatlah walau kita rasa kita sudah sempurna dalam menutup aurat kita perlu untuk menjaga adab dan tingkah laku kita agar seiring dengan tuntutan Islam iaitu berakhlak mulia dan bersopan santun serta hormat menghormati antara satu sama lain. Janganlah anda yang bertudung labuh merasakan mereka yang tidak bertudung atau yang tidak sempurna aurat tidak layak untuk bersahabat dengan anda. Siapakah anda untuk menentukan status seseorang muslim itu beriman atau tidak, layak atau tidak berkawan dengan anda. Jangan pernah membenci mereka yang tidak bertudung atau bertudung tidak sempurna, tetapi sebaliknya perlu wujud dalam hati untuk mendoakan mereka, rasa sedih dan bertanggungjawab untuk membantu mereka . Kalaupun membenci kerana Allah, bencilah pada perbuatan yang tidak mengikut syariat Islam, bukan pada orangnya. Kita perlu bersyukur mereka masih hendak menutup aurat dan mendoakan agar mereka istiqamah dan tergerak hatinya untuk lebih menutup aurat dengan sempurna jangan diberat-beratkan dengan memaksa mereka untuk berubah, tetapi berilah mereka peluang untuk berubah dengan kefahaman yang kita tanamkan dalam jiwa mereka secara berhikmah ataupun bagi mereka yang tidak bertudung itu kita perlu lebih berhikmah, jangan pernah menghina malah kita perlu memahamkan mereka atau tunjukkan pada mereka dengan menutup aurat kita juga boleh berjaya seperti orang lain agar terbuka pintu hati mereka suatu hari nanti untuk berubah. Biarlah kita menjadi punca kepada perubahan seseorang kearah kebaikan, janganlah kita menjadi punca kepada seseorang berubah kepada membenci Islam.

Begitu jua bagi lelaki, andai anda mempunyai ilmu agama yang luas dan berpakaian mengikut syariat Islam, jangan sekali-kali merasakan tidak layak bersahabat dengan mereka yang tidak seperti anda. Kerana sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara. Walaupun mak cik yang bekerja sebagai tukang kebun tidak sempurna auratnya ditutup tidak layak untuk kita menghina mereka. Kerana Islam mengajar kita untuk berbudi pekerti mulia. Hatta orang yang bukan Islam sekalipun tidak layak untuk kita memandang rendah kepada mereka. Kerana yang membezakan kita sesama manusia adalah keimanan. Dan keimanan itu membentuk manusia menjadi insan mulia, insan yang menjaga hati setiap yang dikenalinya. Keimanan melahirkan manusia yang tinggi budi pekertinya, melahirkan manusia yang sungguh mantap peribadi dan tingkah lakunya dan tidak dinafikan lagi itulah ajaran Rasulullah S.A.W. Sungguh berhikmah dan mnyenangkan hati yang melihatnya termasuklah kafir yang membencinya turut terpikat dengan budi pekerti baginda yang sangat halus.

Tidak kurang jua bagi mereka yang memandang rendah pada orang yang bertudung labuh…mungkin bagi mereka orang yang bertudung labuh ini kolot ataupun mereka mengatakan orang yang bertudung labuh ini sombong,riak,angkuh dan sebagainya. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dari luaran. Mungkin juga ada diantara kita pernah berhadapan dengan orang yang sebegini, tetapi ingat bukan semua orang sama. Janganlah hanya kerana seorang muslimah bertudung labuh yang berperangai begitu semua muslimah bertudung labuh dipandang serong. Sebab itulah dalam Islam serendah hak ukhuwah itu adalah bersangka baik. Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara. Bila kita Nampak orang berbudi pekerti mulia sebolehnya kita cuba menyamainya, jika kita Nampak orang yang tidak beradab jangan menghukum dia sebaliknya periksa diri kita sendiri. Kerana kita jua belum cukup sempurna. Sebaiknya kita mendoakan mereka.

Apa pun situasi kita dan walau di mana kita berada, jangan mudah untuk menunding jari menyalahkan orang lain, tepuklah dada Tanya iman. Walau macam mana sekalipun iman perlu sentiasa di tingkatkan dan niat perlu sentiasa diperbaharui. Sama ada kita diatas atau dibawah, iman naik atau turun senantiasa berusaha untuk mengingati Allah, memerhati/mentadabbur setiap ciptaanNya… Kita insane biasa tidak layak untuk membenci mahupun memandang hina terhadap orang lain. Akhirul kalam semoga sama-sama kita menjadi hamba Allah yang bersyukur atas segala pemberianNya.

Aku mendambakan petunjukMu

Ya Allah untuk melalui jalan penuh berliku

Seandainya aku sesat dalam kegelapan

Kabur dalam perjalanan

Hadirkanlah insan2 yang dapat menarikku kearah cahaya

Membimbingku kearah redhaMu

SesungguhNya kepadamu tempat memohon petunjuk

KepadaMu jualah tempatku kembali

Perliharalah diriku & imanku agar aku tetap diatas jalanMu

…Amin Ya Rabb…

5/4/11 sebenarnya banyak psot yang masih dlm draft tak sempat2 nak edit temasuk lah post kali ni.sempatlah post satu.Semoga bermanfaat.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE