Mencari Hari Semalam

5/04/2011 05:47:00 AM Edit This 0 Comments »
bergeraklah kearah cahaya iaitu cara hidup muslim yang sebenar-benarnya
Berubah perlu buang jauh-jauh segala karat2 .(perkara yang Allah larang hatta melihat
kejahatan tanpa mencegah ianya sama seperti anda bersubahat)
.
Bertaubat dengan taubat nasuha tak ulangi dosa.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah..wa syukurillah...
Syukur ke hadrat Ilahi dan selawat serta salam
ke atas Rasul Junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W

Agak lama rasanya jari ini tidak digunakan untuk menulis di blog kesayanganku ini.Blog yang aku jadikan sebagai perkongsian setiap ilmu yang aku ada. Sahabat sekalian, macam ramai je yang baca...hehehe.Walau yang baca tak seramai peminat Maher Zain, chewah...huhuhu. Tapi diharapkan anda yang tersinggah ke blog ini mendapat manfaat walaupun sedikit InsyaAllah. Baiklah bukan sengaja meninggalkan blog ni tanpa post, tapi kesibukan yang tidak dirancang menjadikan saya hanya sempat membuka laman web sosial Facebook dan sampaikn sedikit prkongsian disana. Nak buka blog bukan tak boleh tapi banyak masa yang di ambil sebab kadang-kadang tak boleh buka sebab ade protection tiba2 tak taulah itu protect comp atau virus. Harap-harap ianya protection for computer. Baiklah, Apa khabar iman anda...sihat??? Sama-sama kita tanya pada diri. Koreksi diri, ambil sedikit masa dalam kesibukan seharian kita untuk kita fikir, sepanjang hidup kita ni apa yang kita dah buat. Adakah banyak amalan kita mendatang pahala dan Allah redha atau sebaliknya. Ini amat perlu untuk kita siasat sama ada jiwa kita benar-benar sihat seperti apa yang mulut kita katakan.

Kadang-kadang kita kata iman dan jiwa kita sihat tetapi realitinya iman dan jiwa kita sakit. Kenapa saya kata begitu?? Baiklah kita kata jiwa dan iman kita sihat bukan, cuba kita fikir balik, hari ni dan hari-hari yang sebelumnya sedari bangun pagi sampai ke waktu aku tidur semula apakah yang aku buat?? Bangun pagi adakah aku baca doa bangun tidur?? kalau baca Alhamdulillah, tetapi berapa kali?? adakah tiap-tiap hari atau bila teringat sahaja baru baca?? semak semula sahabat sekalian. Cek lagi, adakah aku solat subuh?? adakah sempurna solatku?? adakah aku berdoa selepas solat?? Jika sudah berdoa adakah aku sertakan doa buat ibu ayahku yang sudah banyak berkorban untukku?? adakah aku sertakan doa buat adik-adik,saudara maraku, jiran2ku, sahabat2ku, guru2ku, pensyarah2ku dan seluruh muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini?? Sahabat sekalian jika kita mendoakan untuk insan lain malaikat akan mendoakan untuk kita. Tidak sia-sia setiap amalan orang mukmin itu.

Cek lagi sudahkah kita menggembirakan mak ayah kita pada hari-hari yang lalu?? atau kita telah melukai mereka,menumpahkan air mata jernih dari kelopak mata yang halus dari insan yang membela kita bagai menatang minyak yang penuh...fikirkan. Cek lagi apakah cukup solat sehari-hariku bagi hari semalamku yang telah berlalu pergi...adakah aku pernah bersedih bila tertinggal waktu solat seperti sedihnya seorang anak kehilangan tempat bergantung?? atau hanya membiarkan ianya terjadi seperti meludah batuk di tepi tangga...Sahabat andai kita pernah buat silap meninggalkan solat, sedarlah bahawa betapa ruginya kita hidup didunia ini...sudahlah hanya pinjaman yang sementara tiada pula bekalan untuk ke destinasi seterusnya.

Cek pula bagaimana adab kita bersama orang tua..adakah kita sering menjaga hati ibu ayah?? beradab dengan sopan dengan mereka yang lebih dewasa atau sering meninggikan suara tanpa rasa segan silu??Fikirkanlah sahabat dahulunya kita hanya seorang bayi yang tak tahu langsung tentang kehidupan, dengan sabar mak ayah membela sehingga gigitan nyamuk pun tidak dapat menyinggah di badan kita, kini dengan senang kita menghambur kata-kata penghinaan yang menghiris hati kecil mereka,itupun mereka sorok rasa itu kerana sayangkan kita...layakkah kita rasa belasan itu untuk insan yang menyayangi kita seikhlas hati?? Adakah kita layak untuk berbahagia di muka bumi ini dengan apa yang telah kita lakukan??tanya pada diri. Mungkin kita tak perasan kita ada melukakan hati insan cilik, misalnya mengajar kanak-kanak, amalan yang mulia tapi tanpa sedar kita mengatakan " sudah lah kau ni bodoh macam badut" ataupun "tak sedar diri tu anak yatim degil macam syaitan" ianya mungkin terkeluar tanpa sedar dari muluti insan yang dalam dirinya perasaan marah menguasai..tapi ingat minta maaf pada anak kecil itu satu tindakan mulia kerana dia sedar kesilapan diri walau pada anak kecil tanda ada rasa kehambaan dalam diri.

Cuba pula cek hubungan sosial kita, adakah kita menjaga adab pergaulan sesama rakan..?? ataupun kita dengan selamba bertepuk tampar antara selaki dengan perempuan. Belum masuk soal aurat, adakah kita betul menajaga aurat kita ataupun sesuka hati kita mendedahkan aurat, tidakkah kita ingat pada Rasulullah yang bermati-matian meninggikan syariat islam, meninggikan martabat wanita di saat kaum yahudi menindas wanita dan menjadikan wanita seperti alas kaki yang tidak berguna, fikirkan sahabat,adik-adik sekalian..adakah kita benar mengikut syariat Islam atau kita sebenarnya sudah jauh dari ajaran Islam...renungkan bersama, sungguhpun begitu Allah masih membuka pintu taubat untuk kita, masih lagi mengurniakan kita nikmat hidup di dunia hatta sekecilnya Dia masih lagi mengurniakan kita nikmat untuk bernafas, melihat,merasa,berjalan,berkata-kata, menggerakkan jari...SubhanAllah maha pemurah Allah itu, kita sahaja yang buta tidak dapat menilai segala nikmat kurnianya dan masih lagi sombong nerjalan di atas muka buminya dengan melanggar segala syariatnya.

Layakkah kita untuk syurganya??? Sampai bila baru kita ingin berubah?? adakah sampai segala nikmat dunia Allah tarik semula?? atau adakah sampai waktu tua badan terketar-ketar baru nak berubah..??atau saat nyawa sudah dihujung tanduk..?? Ingatlah bahawa ajal dan maut itu tidak mengenal usia andai sudah tercatat kematian,kita ataupun harta kekayaan dan kesihatan kita tidak dapat menghalang apa yang sudah Allah tentukan. Jadi marilah sama-sama berubah ke arah kebaikan...

Jangan pernah merasa kita sudah banyak buat kebaikan dan melupakan kesalahan/kesilapan dan jangan pula sentiasa ingin melihat kesilapan insan lain,tetapi sebaliknya ingatlah selalu kesalahan yang pernah kita lakukan supaya kita lebih berusaha untuk melakukan kebaikan bagi menyesali akan kesalahan yang pernah kita lakukan. Jangan pula merasakan sekali kita tersilap selama-lamanya kita berdosa, Allah maha pengampun. Kitalah yang perlu berusaha untuk mengubah diri supaya menjadi lebih baik.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita cek, ambil masa untuk kita renungi setiap perlakuan kita di atas muka bumi ini, adakah Allah redha atau tak. Adakah ianya mampu membuatkan kita rasa puas,tenang dan bahagia atau sebaliknya,semua itu hanya kita dan yang Maha Pencipta sahaja yang tahu. Kita cek dan top up ( perbaiki apa yang kurang). Dengan itu iman kita pun akan tercas, bukan bateri sahaja yang perlu sentiasa di cas, tetapi iman kita pun perlu untuk selalu di cas agar ianya tidak terus hilang/mati ditelan dengan Wahan( cinta dunia dan takutkan mati). InsyaAllah sama-sama berdoa agar kita terus berada di jalan yang direhdaiNYA...Akhir kata salam penuh keimanan mengharap agar kita sama-sama kuat untuk bermujadah menjadi insan yang Allah redha. Mari sama-sama mencari hari semalam dalam ingatan kita supaya hari esok dan hari akan datang kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam itu.

semoga dapat kita sama-sama mengamalkan setiap apa yang telah kita sampaikan InsyaAllah..Amin Ya Rabb..

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE