~SATU CINTA~

6/25/2011 06:54:00 AM Edit This 0 Comments »



**SATU CINTA**
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah…
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya yang tak pernah henti bak air yang mengalir,selawat dan salam keatas Rasul junjungan mulia,para sahabat dan keluarga baginda.
Petang yang damai,angin berhembus sepoi-sepoi bahasa…amat mendamaikan dan menenteramkan jiwa. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniamu yang tidak terhingga.Dalam kedamaian teringat pada satu majlis di kolej tempat saya belajar, sudah dua hari program berlangsung ianya program memperingati Al-Aqsa bumi Palestine yang tidak pernah putus dengan bedilan dan hentaman bom,bumi yang tidak pernah sunyi dari suara tangisan dan rintihan akibat kehilangan ahli keluarga yang dicintai. Ya..majlis itu mengingatkan diri ini pada tangisan GAZA. “PALESTINE THE LAND OF JIHAD” tema program.

Dalam program selama dua hari iaitu semalam dan akan berakhir hari ini. Pukul 3 petang tadi ade program mentoring dengan mentor yang sangat hebat peribadinya pada pandangan saya,kerana dalam sibuk mengajar,jadi coordinator fakulti beliau juga membantu bisnes suami beliau juga menjadi suri rumah dan mengajar anak-anak pada hujung minggu tak silap saya.Hebat..,sungguh hebat.Izinkan saya memperkenalkan insan yang hebat ini Puan Salina Rashid. Terima kasih puan kerana sudi menjadi mentor saya. Pada pukul tiga tadi saya tertanya-tanya sempat ke nak pergi program diskusi ilmiah “From KUIS to Palestine”, tambah risau lagi ade group interview terlepas peluang nak ikut sebab ada mentoring. Tak ada focus…Bila sampai je kat program mentoring,terus saya focus pada aktiviti yang dijalankan.

Tak sangka program tidak begitu lama dan saya sempat lagi mengikuti program diskusi ilmiah tersebut,Alhamdulillah…Saya sampai je dah nak masuk ke pusingan yang ketiga iaitu sesi soal jawab tetapi dalam masa yangsingkat itu dapat jugak ilmu, dimana masjid yang digambarkan berkubah kuning selalu kita lihat rupanya bukanlah masjidil Aqsa, masjidil Aqsa yang sebenarnya terletak berdekatan dengan masjid berkubah kuning tersebut dan sebenarnya berkubah warna coklat berdasarkan apa yang saya lihat pada slide yang dipasang. Selain itu,kalau kita disibukkan dengan kemahiran itu dan ini, hiburan itu dan ini…remaja di Palestine disibukan dengan tarbiyyah(pendidikan pembentukan peribadi mulia).

Mereka melahirkan beribu-ribu Huffaz (mereka yang menghafal AlQuran). Setiap sudut di Palestine ada camera yang berfungsi sebagai cctv dimana ianya seperti kapal terbang yang didalamnya tiada orang tetapi dapat dikawal dengan alat kawalan dari bumi. Mereka tiada peluang untuk belajar dengan selesa seperti kita. Lihatlah betapa berbeza keadaan kita dengan mereka, jadi janganlah kita sentiasa mengeluh,kerana bila mengeluh di situ kita lupa nikmat Allah dan di situlah kita melupakan penderitaan mereka(rakyat Palestine).

Palestine merupakan tanah yang dirahmati Allah…dalam diskusi ilmiah tersebut ada ditunjukkan gambar sebuah taman tanaman buah-buahan yang subur. Buah strawberinya sama besar dengan buah lemon. Dan diceritakan setiap ibu yang sudah melahirkan anak melebihi 10 orang pasti tinggi risiko kematiannya kerana rahim susah untuk mengecut tumpah darah berlaku tidak silap saya, tetapi dikhabarkan di Palestine ibu-ibu yang sudah tiga belas kali bersalin pun selamat melahirkan anak dan Alhamdulillah tiada masalah seperti yang saya sebutkan diatas…lihatlah kuasa Allah pada bumi barakah itu. Palestine merupakan kiblat perama umat Islam sejak solat diwajibkan pada malam Isra’ dan Mi’raj sehinggalah Allah memerintahkan Rasulullah SAW meghadap ke arah Masjidil Haram seperti yang terdapat dalam firman Allah di dalam surah (Al-Baqarah: 150) yang bermaksud “Dan dari mana sahaja kamu (Muhammad) berangkat, maka hadapkanlah wajah kamu ke arah Masjid al-haram.Dan di mana sahaja kamu berada, maka palinhkanlah wajahmu ke arahnya”. 

 Isu Palestine bukan isu mainan ianya berkait rapat dengan umat sejagat. Dimana keadaan Palestine menggambarkan keadaan umat Islam pada hari ini. Mengapa saya memilih tajuk SATU CINTA…??. Dah panjang lebar begini masih tak nampak apa itu satu cinta. Baiklah sahabat sekalian, saya ingin mengajak anda dan diri saya sendiri untuk sama-sama berfikir dan renungkan sejenak…apa yang kita dah lakukan untuk Islam? Apa sumbangan terbesar kita untuk Islam..?? fikirkan..

Satu cinta mudah untuk kita katakana tapi nak laksanakan amat payah,perlukan pengorbanan, perlukan mujahadah..kenapa saya kata begitu??Kita umat Islam,rambut sama hitam, sama pakai tudung, sama memegang satu akidah(akidah islam) tetapi dalam hati belum tentu kita sama…dalam hati belum tentu kita boleh bersatu, kenapa?? kerana hati yang sakit, sakit disebabkan jauh dari mengingati Allah, bila hati dah jauh dari mengingati Allah tingkah laku juga tidak seindah ajaran yang Rasul bawa. Bagaimana nak satu hati bila kawan buat kesilapan atau dosa kita pandang hina sangat mereka, memang hakikatnya dosa itu amat hina dan jijik, tetapi ianya diambil untuk kita tanam dalam diri kita bahawa dosa itu jijik dan hina dan itu bukanlah satu tanda bahawa kita boleh memandang hina pada mereka yang berdosa atau berbuat silap. Setiap orang pasti ada buat kesilapan..sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang kembali kepada jalan kebenaran. Dan menjadi tugas kita untuk membantu mereka kembali kepada mengingati Allah bukan menyisihkan mereka.

Dan bagaimana nak satu hati, bila kemaafan itu tidak menjadi amalan malah dendam dan khianat menjadi pembela diri. Keyakinan pada Allah hilang sekelip mata bila kepuasan yang sementara dikejar(lebih suka melihat orang menderita dari melihat orang bahagia). Teringat pada satu ayat dalam novel hilal ashraff kalau tak silap begini ayatnya “andai kau masuk ke neraka, akan aku tarik supaya sama-sama dapat kita ke syurgaNya” lebih kurang begitulah ayatnya tetapi itulah yang kita tak ada dalam bersahabat malah untuk memaafkan juga kadang-kadang kita berkira-kira dan lebih suka untuk menjatuhkan mereka padahal merekalah tempat berkongsi suka dan duka. Mana perginya nilai persahabatan yang sebenar yang dimana Allah janjikan mereka yang berkasih sayang kerana Allah termasuk diantara golongan yang akan Allah naungiNya di akhirat kelak dimana persahabatn kerana Allah itu yang menjadi saksi di akhirat kelak kita pernah bersahabat keranaNya.

bila lagi kita nak bersatu, satu hati dalam cinta Ilahi…cinta yang memangnya indah…kerana cinta itu kita kenal pencipta, kerana cinta itu kita bersatu, kerana cinta itu seorang mampu merubah puluhan ribu orang yang lain kearah yang benar (Sultan Muhammad Al-Fateh misalnya).Kerana cinta itu juga segala nikmat atau ujian yang melanda disyukuri.Nikmat di manfaatkan bersama dan ujian di jadikan iktibar dan penguat semangat.Kerana cinta itu jugalah yang kafir menjadikan Allah itu sembahanNya(peribadi Rasul misalnya telah membuka mata yahudi tua akan keindahan Islam dan Iman) dan kerana cinta itulah mampu menyatu padukan ummah,mampu membina kekuatan yang menakutkan musuh (kekuatan persahabatan keimanan tentera zaman Rasul misalnya diceritakan satu pasukan berhadapan dengan musuh, tiba-tiba seorang dari mereka terjatuh bekas airnya lalu berteriak “bekas airku jatuh…bekas airku jatuh….” Semua ahli pasukan bersatu untuk mendapatkan satu botol air yang kecil tersebut, pihak musuh berkata “jika satu botol air ahli pasukan mereka jatuh sudah begitu keadaannya bagaimana pula andai ada yang tercedera…sungguh mereka sangat kuat dan bersatu” lihatlah persahabatan atas keimanan yang ampuh ini mampu menggerunkan musuh lalu pihak musuh berundur kerana telah Allah campakkan rasa gerun dalam diri mereka. SubhanAllah….Ya Allah,Cinta apakah yang begitu hebat sekali ini??? Cinta apakah yang amat menarik jiwaku untuk mendambakannya ini??? Allahu Akhbar….Sungguh tiada cinta lain selain cintaNya…Cinta pada Rabbul Izzati…

Satu cinta, Ayuh marilah bersatu sahabat sekalian.Sekali telah kau genggam tangan sahabatmu jangan dilepaskan…sekali telah kau temui hakikat petunjuk Ilahi..jangan kau sia-siakannya bersahabatlah dengan semua orang di atas muka bumi ini tak kira warna kulit,pangkat, bangsa atau rupa tanpa meminggirkan syariat yang sudah ditetapkan dalam Islam. Bersatulah untuk meninggikan martabat Islam yang satu masa dahulu pernah insan teragung Rasulullah SAW bermati-matian meninggikanNya. Ayuh bantulah mengembalikan cara hidup Islam yang sebenar dalam diri setiap dari kita..bersatulah untuk kekuatan bersama..dan bersatulah untuk menyelamatkan Palestine…mereka berjuang untuk kita bersama..kita juga perlu berjuang untuk mereka,berjuang membasmi maksiat, dusta,khianat serta segala-galanya yang Allah larang. Berjuang untuk menyampaikan,menyebarkan kebaikan dan menentang kemungkaran. Ayuh bersama dalam Satu Cinta, bersama mencari Satu Cinta..

….CINTA ILAHI RABBI…
Aku juga insan biasa sepertimu sahabatku, inginkan hiburan bila bosan,perlukan teman bila terluka, inginkan belaian kasih sayang ibu dan ayah,inginkan sahabat untuk mengingatkan, sama sahaja..kerana aku juga hamba Allah…sepertimu,ingatkan aku andai aku terleka, tunjukkan jalan andai aku tak mampu melihat.Akhir kata semoga kita sama-sama dapat saling memberi manfaat pada satu sama lain..untuk sama-sama kita ke negeri abadi negeri akirat…SYURGA YANG HAKIKI…InsyaAllah.Semoga dapat aku amalkan Ya Allah setiap apa yang aku tulis dan aku perkatakan .Amin Ya Rabb.
**BERSATU UNTUK PALESTINE KERANA ALLAH SWT**

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE