Ku milik MU

8/07/2011 10:08:00 AM Edit This 0 Comments »

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

SubhanAllah,Alhamdulillah,AllahuAkhbar

Allah..Allah..Ya Allah..

setinggi-tinggi puji dan syukurku panjatkan

kepadaMu wahai pemilik sekalian alam

Segala puji selayaknya hanya untukMU..

Ya Rabb..

Selawat serta salam buat Rasul junjungan mulia,

para sahabat serta seluruh keluarga baginda..

Allahu Akhbar…hati ini berbunga, bahagia berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan keindahan,ketenangan dan segalanya yang mendamaikan hati. Alhamdulillah Ya Allah…aku telah sampai dan berjumpa dengan RamadhanMu untuk tahun ini…Sahabat sekalian syukur pada ilahi kita berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan,semoga kita tidak mengabaikan tetamu kita ini begitu sahaja. Dalam hari-hari yang sudah berlalu dan yang akan datang ini, pasti ada saat-saat kita rasa iman kita menggunung tinggi dan ada saat-saatnya kita rasa iman menurun,tak kuat sangat nak berdiri seperti selalu..itu sesuatu yang normal kerana kita insan biasa yang sememangnya tidak akan pernah sempurna..kerana apa??kerana bila tidak sempurna itu pastinya kita akan bergantung dan berharap pada sesuatu untuk menguatkan,mengukuhkan diri kita bila di uji.Tapi apa bendanya tu?? Macam mana kita nak kuat.. kalau kita tak sempurna?? Macam mana nak cakap ye..,ok macam ni lah..kita tau kita tak sempurna, kita ada kekurangan dan kita ada keterbatasannya..jadi apa yang perlu kita buat?? Cari ilmu tinggi-tinggi…,cari ramai orang-orang yang kuat untuk bersama dengan kita, ataupun apa susah mak ayah ade…atau siDia kan ade..ape nak risau… Itu mungkin antara jawapan-jawapan yang diberikan bagi menjawab persoalan saya tadi. Ya..kita perlu teman untuk kita kuat, kalau kita buat hal sendiri dan tak nak campur dengan orang lain, bila suatu ketika kita diuji..kita pasti mudah untuk tersungkur..malah mungkin kita akan terus tersungkur hingga ke akhirnya. Ya juga untuk jawapan “siDia kan ade..ape nak risau…” jawapan ini pastinya bagi mereka yang sudah mempunyai kekasih hati…dia rasa seprti dunia ni dia yang punya sebab apa?? Sebab ada orang take care, ade orang yang sayangkan dia..Mestilah rasa seronok sebab ade satu insan lain yang disayangi menjadi penguat dirinya, betullah tu,kita akan rasa sayang pada orang banyak berbuat baik pada kita. Betul juga kita ada ibu dan ayah yang amat menyayangi kita, dimana apa pun kita hadapi mereka ada dibelakang menyokong kita. Mereka ada bila orang lain semua tak boleh terima kita, itulah kasih ibu dan ayah yang tiada berbelah bahagi. Semua itu betul…kerana kita perlu ada sesuatu yang mampu menguatkan kita, menyokong kita di saat kita lemah kerana telah Allah ciptakan setiap di antara kita ini berfungsi untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bagaimana Allah atur pertemuan dua insan adam dan hawa. Allah aturkan kejadian langit dan bumi, Allah aturkan waktu siang dan malam…Allah jadikan tangan kiri dan tangan kanan.. semuanya seimbang dan melengkapi. Pokoknya tiada yang berdiri sendiri melainkan sifat itu hanya layak untuk ALLAH. Itulah kita..manusia, seorang hamba yang lemah..dan hati kita ni sememangnya mudah untuk sayang pada orang yang buat baik pada kita, timbullah cinta dari situ..iaitu cinta yang membuat kita rasa senang untuk melakukan dan berkorban sesuatu.Kita sayang pada ibu ayah yang telah banyak berkorban dan memberi kebaikan kepada kita.Kita juga sayang dan cinta pada sesiapa sahaja yang membuat kita mendapatkan nikmat kebaikan. Tapi sesungguhnya semua sumber kebaikan itu hanyalah dari Allah, sedangkan makhluk itu hanyalah jalan nikmat yang Dia berikan kepada kita. Oleh itu jika kita nak menumpahkan rasa sayang dan cinta kita, maka cinta sejati kita sepatutnya adalah cinta kepada sumber kebaikan itu sendiri. Sumber segala nikmat dan kebahagiaan yang sampai kepada kita. Sumber itu adalah cinta Allah yang Maha pencipta cinta..Allah yang selayaknya kita cinta dengan sepenuh hati..Mari bersama…dalam sunyi malam kita mencari…mencari makna sebuah cinta yang hakiki.. sedar tak sebenarnya dalam kita rasa bahagia dengan manusia…hati ni masih lagi resah..dalam kita dibantu tiap masa..kita mencari sesuatu..ketenangan…tapi kita tak Nampak. Kadang-kadang kita diuji..contohnya siap assignment tinggal nak pergi print je ni, tapi semua kedai Photostat dah tutup, jadi esok keluar awal pergi print. Keesokan harinya dah sampai tempat nak print orang ramai, kene tunggu..tiba-tiba bila sampai giliran budak depan tu dia Photostat untuk thesis tebal lah kan…so it takes time,kita boleh rileks lagi,kejap je lagi ni..nanti mesti sempat punya nak hantar. Sampai je giliran kita printer rosak, kene beratur kat bahagian yang lain..selamat orang tak ramai,sempat lah pegi kelas awal..tak terlambat hantar assignment. Sampai kelas hantar assignment, tiba2 lecturer panggil..mana kamu punya nombor muka surat?? Saya potong markah..(dalam hati agak kecewa tapi sabar itu kesilapan sendiri) balik ke tempat duduk, kawan buat muka, terlontar pula ayat “ Ni semua ko punya pasal..ko kan yang print, kenapa tak tengok dulu sebelum print…??. Ni bukan keje individu..markah kitorang pun kene tolak sekali taw..!!!” (tersentak…dalam hati bermonolog “Ya Allah..kenapa ni, aku bukan sengaja...sebab tak perasan langsung page number tak ade..). Sampai habis kelas kawan tak tegur tambah pulak dia hempas pintu kuat-kuat..(kat dalam hati ni pedih…tak tau nak luah kat sape..) Tahan air mata,dalam perjalanan sorang kawan minta kita temankan dia jumpa lecturer kejap, kita cakap ade hal sikit ni,maaf tak dapat teman( air mata ni tunggu nak tumpah je), kawan tu pulak cakap “dah la….kita pegi sendiri je lah(nada merajuk)”,terus jalan melulu tak toleh kat kita sikit pun..dalam hati (bertambah sedih..orang tak tau masalah kita dan salahkan kita) ,sampai asrama..kawan bilik tergesa-gesa nak pergi kelas ade test katanya ( tak de sape tempat nak mengadu). Nafas rasa lelah sangat…terasa sesak, takde sape nak kat kita ni…teringat ibu dirumah..ambil phone terus dail nombor ibu..ibu angkat,tapi bu jawab “Ibu mintak maaf sangat ibu ade hal ni atok masuk wad, ade apa ye?? Kalau penting malam nanti telefon ibu balik, Tamat disini. Baiklah sahabat.. apa yang anda rasa jika anda berada dalam situasi tersebut. Sedih sangatkan…kawan sebilik selalu boleh mendengar luahan kita, tapi pada hari tu dia pun ade hal dia sendiri, kawan lain yang selalu bergurau dengan kita tiba-tiba merajuk sebab kita tak dapat tolong dia, tanpa sempat nak jelaskan dia pergi macsm tu je dalam keadaan merajuk. Ibu pula selalu menjadi tempat kita mengadu..dan minta nasihat sibuk dengan urusan lain yang lebih penting. Terasa dipinggirkan…di saat inilah baru tercari-cari tempat mengadu yang available..tapi tak sedar…Allah itu ada dekat dengan kita setiap saat, minit dan ketika. Saat insan lain sibuk dengan urusan dunia Allah sentiasa melihat dan mendengar rintihan kita.Tetapi kita je yang selalunya mencari sumber lain untuk mengadu,padahal segala sumber kebaikan…masa lapang sahabat2 kita tu semuanya datang dari Allah juga. Allah tuhan yang penuh dengan kasih sayang, kasih sayangnya Allah itu sehingga pengampunanNya mengatasi kemurkaanNya pada kita.Itulah cinta yang penuh ketenangan..cinta yang penuh pasrah..dengan cinta itu segala kepahitan,segala keperitan diterima sebagai penghapus dosa..rasa malang dan duka yang menimpa diyakini disebaliknya ada rahmat…dari mana nak cari rasa itu..rasa ujian lumrah dunia..tenang saat orang lain leka dengan dunia..tenang mengingatiNya…rasa itu dalam dari mengenali Allah SWT. Manusia..mencari cinta dalam hati terlena resah hampa jiwa, bila kita cari cinta dunia kadang bahagia kadang jadi menderita kadang jadi lupa segalanya..oleh itu kembali kepadaNya..cinta kawan yang tak terpadam,cinta ibu bapa ynag tak terbalas..cinta rasul bagaikan air..mengalir pd umat..cinta Allah sebuah misteri bagi setiap hamba-hambaNya..kita manusia, perasaan ingin mencintai dicintai setiap insan mengalaminya tetang rasa cinta..kita tak boleh menolak rasa cinta sesama manusia..kerana cinta itu fitrah. Rasa untuk mengimpikan kebahagiaan itu ada pada setiap insan yang bergelar manusia..seperti yang Ustaz Zaharuddin Hashim (pensyarah UIA) pernah katakan manusia itu akan tertarik pada “apa yang dia akan dapat (nikmat/ganjaran)”, walhal kalau kita nak kaitkan cerita Rabiatul Adawiyah yang tak pandang cinta manusia..dia sendiri pun bukan seorang nabi. Kita pula adalah insan biasa,Nabi pun berkahwin..di sini nak menggambarkan kita tak nafikan cinta dalam diri tapi cinta yang lebih utama adalah Allah. Allah jualah yang menetapkan jodoh kita di dunia ini. Dan jangan risau apa yang Allah dah tetapkan untuk kita itu pasti adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kita. Saya kongsikan sikit lirik sebuah lagu yang agak kerap diputarkan di radio ikim sebelum ini.

jauh kutinggalkan kisah semalam..

jauh kutinggalkan duka kelmarin..

menyesakkan dada..

kecamuk hati ini tak pernahku luah..

ketika kau kurniakan nikmatmu kepadaku..

terasa diri dilimpahi rahmatmu..

ku mohon engkau pimpinlah kelemahan hati ini..

agar aku selalu di jln redhamu

tak putus memujimu

moga tak kau biarkan

dan lontarkan diriku

bersama mereka yng didlm kemurkaanmu…

tuhan..

kepadamu aku meminta..

jgn kau biarkan aku terleka

dan tenggelam dlm nikmat dunia…

terlupa yg ku miliki semua milikmu…

hanyalah keikhlasan serta pengertianku..

mnjadi lafaz syukurku kpd mu..

~Azhan Atan= Ku Milik Mu~

Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat InsyaAllah…Aku takut bila diri ini pandai menyampaikan tapi tidak melaksanakn tetapi sekurang2nya bila menyampaikn ianya membantu kita untuk melakukan,kadang2 diri ini pun nakal jugak, bergurau,kadang2 terleka terlepas satu peluang kebaikan..tp perlu untuk kita muhasabah semula. Kadang pula ada kesalahan tanpa kita perasan jadi sebaik2 orang yang melakukan kesalahan dia kembali memohon keampunan dan lebih baik disegerakan brtaubat/mohon keampunan tu renung-renungkan.bulan puasa ni semua amalan berganda, jom kita rebut pahala banyak2...InsyaAllah..semoga segala kebaikan dpt kita amalkan dlm kehidupan…Ya Rabbi..,kau leraikanlah dunia yang menghimpun didlm hatiku.kerana di situ tidak ku mampu memiliki dua cinta,hanyalah cintaMu ku harap tumbuh merajai dunia didalam hatiku…Amiin..InsyaAllah..


0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE