~PERSOALAN KEHIDUPAN~

8/31/2011 09:17:00 PM Edit This 0 Comments »

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selautan pujian buat pencipta yang agung
Selawat dan salamku panjatkan buat insan penyayang
Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda serta seluruh ahli keluarga baginda…

Alhamdulillah…pagi yang damai ini, menghampiri waktu dhuha..kecantikan waktu dhuha yang tak terperi…amat rugilah bagi mereka yang mengabaikan atau lebih mementingkan qada’ tidur dari menhayati dan menghargai waktu dhuha ini. Tenang dan damai…penuh rahmat..Jom sama2 tunaikan dhuha. Para sahabat baginda Rasulullah S.A.W dahulu amat jaga waktu dhuha, bila sampai je waktu dhuha mereka berebut-rebut nak menunaikan solat dhuha…apa kelebihannya??nak tau..???? cubalah…cubaan pertama buat dengan ikhlas sungguh-sungguh kerana Allah..InsyaAllah..lepas tu buat lagi kali kedua,ketiga..pasti kamu akan rasa gian macam orang gian merokok tu..sekali tak buat rasa tak lengkap hari tu. Cubalah dalam perkara yang baik bukan hanya dalam perkara yang dilarang je nak cuba…meh kita cuba semua perkara baik..ok??.mesti ok punya…rugi tak cuba perkara baik…sebab perkara baik ni menarik benda-benda yang baik dalam diri kita tanpa kita mintak..percaya tak???percayalah…..(genre lagu ct nurhaliza percayalah..hehehe).

Dalam kehidupan ni, kita penuh persoalan…betul tak?? Buat itu buat ini…kenapa kene buat…apa kita akan dapat.(Ya…kita pasti ingin tahu apa yang kita akan dapat/ganjaran bila kita buat). Jom kita tengok antara persoalan kehidupan kita. Sama-sama menilai dalam persoalan itu ada tak usaha kita cuba untuk menyelongkari hikmah disebalik persoalan yang keluar dari minda kita…ada tak usaha kita untuk menerima takdir tetapi didahului dengan usaha dahulu..ada tak kita menyalahkan tuhan tanpa kita teliti hikmah dari ujian yang datang…atau ada tak kita menyalahkan insane lain atas apa yang dah terjadi..

Contohnya situasi dua beradik, si adik “kenapalah susah sangat rasanya hidup ni, aku sentiasa je tak pernah senang…baru beli motor dah rosak, kawan-kawan semua bukan nak tolong…ade je masalah tak pernah senang…”, si kakak “ sabarlah miah mungkin Allah nak uji miah tu”, si adik “uji..uji…uji….selalu aku je yang diuji..kenapa lah malang sangat nasib aku ni…”, si kakak “Miah..tak baik kata macam tu, kita diuji dengan kemampuan kita, Allah tau kita mampu laluinya..tapi jangan kita lupa mohon padaNya..mungkin ade silap kita dimana-mana..kita tak perasan..”, si adik “apenye kak…kalau terus je ujian sape pun tak boleh nak sabar…”, si kakak, “cuba miah fikir balik dalam ujian yang Allah bagi ni, ade tak miah berdoa padaNya..kalau ade tengok pula amalan miah..adakah segala amalannya miah buat atau banyak yang kita tak ambil kisah..”, si adik “ah..dahlah..kau ingat kau baik sangat ke??? ( kita renungkan…situasi ini..si adik tak mau terima nasihat…hati dia sakit ditambah pula dengan masalah yang menimpa…amalan pun tak seberapa tapi persoalkan ujian yang dating menimpa…muhasabah diri bersam-sama..)

Situasi atau mungkin persoalan lain yang popular..berkaitan dengan jodoh. Bersendirian munajat pada ilahi “ Ya Allah,wahai tuhan yang menguasai sekalian alam..,ampunkan aku Ya Allah…sesungguhnya aku bersyukur dengan segala pemberianMu..tapi ujianMu yang satu ini amat mnguji iamnku Ya Allah…aku redha andai ujian ini mampu meningkatkan keimananku padaMu, tapi Ya Allah,aku takut imanku tercalar lalu aku tersungkur tanpa arah…Ku mohon Ya Allah tunjukkan aku jalanMu..” di satu masa yang lain dia mengadu pada seorang abang yang dia percayai..berikut adalah dialognya..

“Bro..kenapalah berat sangat ujian ni. Saya rasa tak kuat nak hadapi. Perasaan sayang yang timbul ini bukan dibuat-buat”,.Si Abang “ Sabar ye man, kenapa ni??”,. “Bro maaflah kalau saya mengadu ni mengganggu fikiran bro,tak tau kenapa boleh jadi macam ni, timbul satu rasa dalam hati ini pada seorang wanita, tapi saya menolak…bukan kerana saya nafikan fitrah mencintai manusia ini…tapi kenalan semua bercerita dia sudah berpunya…ade yang kata dah ade ikatan..saya tak nak menjadi insan yang mengganggu kebahagiaan orang lain. Memanglah ade yang mengatakan dia masih single…tapi saya ternampak ada cincin dijarinya..Saya sebolehnya cuba mengelak perasaan ini, tapi semakin saya elak semakin saya rasa jiwa ini ingin bersatu…berdosakah saya bro???”,. Si Abang“ Ya Allah man…banyakkan berdoa pada Allah supaya kamu tenang…mohon petunjuk padanya..andai perasaan di hati tak terbendung adulah padaNya..Dia maha mengetahui…mohon Allah buang jauh2 rasa hati yang tak syarak tu..InsyaAllah kamu boleh..”, "terima kasih bang nasihatkan saya,sekurang-kurangnya Allah hadirkan abang untuk beri saya jalan waktu hati gelisah ni...selepas meluahkan pada abang yang amat dia percayai,man menjalani hari-hari seperti biasa dan dia berperang dengan perasaan sendiri..sambil doa pada Allah tak pernah putus. 

Tak lama lepas tu, Man berjumpa semula dengan abang yang amat dia percayai dan sayangi tadi bro muadz “Ya Allah..abang muadz... Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk man jumpa dengan abang, man tak kuat bang..(air mata laju keluar dari kelopak mata). Bang…kenapa begini terjadi pada man…man tak mampu nak kuat sorang-sorang..izinkan man mengadu pada Abang sebagai insan yang man percaya, man sedih sangat…”,. Si abang “ Man tenang ya…,abang sudi dengar apa je masalah Man, InysaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan Man”,. “ Bang…man baru dapat tau dia baru bertunang…Man tak tau apa rasa dalam hati ni…Man rasa menyesal pun ade sebab sebelum ni man betul-betul cuba tolak jauh dari hati man untuk menyayangi dia sebab Man rasa berdosa menyayangi insan yang dah berpunya…tapi bila dapat tau macam ni, Man kecewa… rasa serba salah sangat…tambah hati ni makin sayang pada dia…tak sanggup rasanya man nak berhadapan dengan dia…”,. “Man….sabar ye, mungkin ade baiknya Allah tetapkan begini keadaannya..mungkin Man memang bukan untuknya..atau mungkin Allah nak uji keyakinan Man pada kekuasaanNya..abang faham situasi man ni…jangan menangis..abang tau man seorang yang kuat..”,. “Bang…doakan Man kuat..terima kasih kerana mengingatkan Man bahawa Allah tau Man kuat untuk hadapi masalah ni..InsyaAllah Man cuba positive nak berhadapan dengan msalah ni..doakan Man ya…..”,. (sentiasa akan adanya persoalan dari setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita, yakin dengan Allah dan tenang..jangan biar nafsu dan syaitan menguasai diri kita..kadang-kadang bila ade ujian..contohnya berserabut masalah saya mudah untuk dikuasai emosi..tapi cepat juga reda..kerana apa....kerana itulah..setiap penyampaian dalam majlis ilmu..nasihat2 ibu,sahabat..pensyarah..mungkin juga melalui pembacaan..mendengar kuliah2...bila beremosi je..automatik rasa tak sedap je kat hati ni...kerana apa???kerana emosi dan marah (sifat ammarah) itu adalah dari syaitan..bukan dari diri kita, bila kita sentiasa dekat dengan Allah,sentiasa rasa nak ingat Allah walau kadang2 kita terleka..Allah akan bantu kita untuk hadapi semua unsur-unsur luaran yang mampu menjadikan kita hilang kewarasan dalam berfikir..jadi beribadahlah...dekatkan dirimu dengan yang maha pencipta..disitu tidak akan pernah ada penyesalan).

Persoalan lain pula…ibu dan anak Si ibu “kenapalah kamu ni…ibu dah hantar pegi sekolah agama pun masih tak berubah..nak jadi ape ni??”,. Si adik “ biarlah…sekolah agama apa masalahnye..orang pun manusia jugak..”,. Si abang “ adik kenapa cakap macam tu…islam ajar kita supaya hormat orang tua..terutama ibu yang melahirkan”,. Si ibu “ Biarlah adam, orang pandai…tapi walau belajar setinggi mana pun tengoklah…ini ibu kamu..”,. Si abang “adik..,pegi mintak maaf dengan ibu, apa yang adik buat ni salah, tak kiralah kita belajar agama ataupun ape sekalipun adab dan tingkah kita mesti seperti seorang Islam..kerana kita sesemangnya orang Islam”,. Si abang pergi pada ibu dan menerangkan apa yang perlu “ Ibu…adam minta maaf kalau ape yang adam cakap ni akan mengguris hati ibu, adam tau ibu marah dengan adik, walaupun dia bersekolah agama dia belum memahami Islam dengan sebenarnya,kitalah yang kene mendidik dia tapi tak boleh dengan cara memaksa atau mengungkit dia sekolah agama macam tu… nanti jiwa dia memberontak. Kita sama-sama cuba bentuk dia ya ibu”,. Si ibu “Betul tu apa yang adam cakap, ibu sentiasa persoalkan kenapa dia tak berubah tapi ibu tak mencari solusi untuk cuba mengubah keadaan. Adam selalulah ingatkan ibu ya..ibu pun manusia biasa”,.( setiap dari kita pasti ada melakukan kesilapan...jangan menharapkan insan lain untuk berubah tetapi sebaliknya kita yang patut berubah..kerana bila kita dah mengubah diri kita..kita hidupkan hati kita dengan amal ibadah..beri dia ketenangan dengan zikrullah..ianya akan hidup subur..dan InsyaAllah mampu untuk menghidupkan hati-hati yang lain...Jadi baiki diri dan ajak orang lain,bukan melihat kesalahan orang lain dan mengata...paling tidak mendoakan agar mereka berubah..dan serendah-rendah hak ukhuwwah itu adalah bersangka baik peringatan juga buat diri yang lemah lagi hina disisi pencipta yang Agung..Allah.S.W.T).

Ada tiga persoalan kehidupan disini, dan sememangnya ade banyak lagi persoalan kehidupan bagi setiap di antara kita. Nak masukkan memang tak muat dan memang takkan pernah habis. Persoalan tentang peperiksaan yang bakal saya hadapi pun antara persoalan yang anda mungkin hadapi...persoalan memang takkan pernah habis klerana ia berkaitan dengan msalah dan ujian yang kita hadapi dalam kehidupan, tapi ingat setiap detik pun kita sentiasa berhadapan dengan ujian...ujian untuk memilih kebaikan atau kejahatan...kerana setiap detik kita akan menjalankan macam-macam aktiviti...berperang dengan syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan. Tapi dalam mendepani persoalan kehidupan..jangan kita menyalahkan takdir, jangan pula hanya berserah pada ketentuannya bulat-bulat tanpa didahului dengan usaha,sesungguhnya Allah suka mukmin yang berusaha.

 Dan jangan kita hanya menyalahkan takdir atau menyalahkan insan lain atas apa yang terjadi,sebaliknya muhasabah diri. Lihat kekurangan diri, mungkin ada kesilapan diri kita yang kita tak nampak. Kalau nak fikirkan persoalan memang takkan pernah habis, tapi yakinlah setiap ketentuan itu ada hikmahnya,begitu jugalah dengan hakikat kehidupan kita didunia..kita ada peranan masing-masing.Setiap yang Allah jadikan didunia ni ade fungsinya masing-masing dan sama je kita disisi Allah..yang membezakan kita keimanan dan ketaqwaan. Sebaik-baik role model untuk kita ikut adalah Rasulullah..cubalah memiliki buku Syamail Muhammadiah..banyak publisher yang cuba menerbitkan buku tentang kesempurnaan Nabi Muhammad untuk kita jadikan panduan dan ikutan. InsyaAllah..jangan pernah putus asa,setiap dari kita pernah melakukan kesalahan, Allah itu maha penyayang, carilah Allah disaat kita suka atau duka,saat gembira atau berduka..jangan tinggalkan solat kerana solat itu mampu mencegah kita dari melakukan perkara2 kemungkaran..cubalah untuk menyempurnakan solat kita. 

Cari ilmu berterusan..kerana dengan ilmu mampu menjadikan kita insan yang beramal dengan yakin dan dengan ilmu juga InsyaAllah dunia dan akhirat mampu kita seimbangi.. Salam syawal..salam kemenangan…menang melawan hawa nafsu..dan raikan syawal dengan berpada-pada. Persoalan kehidupan takkan pernah habis,tetapi sedarlah kita hambanya selayaknya meminta hanya padanya.Jangan menggunakan bomoh atau apa2 yang sekutu dengannya…azab Allah itu sangat pedih. Tetapi berbahagialah bagi insan yang teguh keyakinannya pada Allah..kerana sesungguhnya rahmat kasih sayangnya dan pengampunannya jauh lebih luas berbanding dengan kemurkaanNya.

15 h/b start final exam…mohon doa semua..semoga kami dapat jawab soalan dengan tenang dan mudah. Semoga juga dijauhkn dari penyakit “M= -----“.Berusaha ke arah kecemerlangan..kecemerlangan bukan hanya untuk diri sendiri,tetapi kecemerlangan untuk Islam. Agar kelak kita mampu menjadi duta-duta Islam dimana jua kita berada. Biar Islam kembali dijulang..kerana dewasa ini, umat Islam sendiri malu nak bawa Islam..aura keizzahan( rasa bangga dengan Islam) itu dah tak ada. Jadi kitalah yang bertanggungjawab mengembalikan aura keizzahan ISLAM itu InsyaAllah. Sayang sahabat semua kerana Allah jom kita sebarkn keindahan Islam seluas2nya yang kita mampu sehingga ke titisan darah yang terakhir,memang tak berat seperti mereka di palestin tetapi sangat penting bermula dari perbaiki peribadi dan ajak orang lain kerana itu mampu menyedarkan insan2 disekeliling kita dan ianya akan berentetan..bersambung(ia mampu menyedarkan umat Islam seluruhnya untuk bergelagat sebagai seorang muslim sejati di muka bumi ini lalu sekaligus membantu penderitaan rakyat palestin yang kesakitan mereka berpunca dari kelalaian kita yang kehidupan serba mewah ini) ..bukan kita yang memulakan tapi menyambung perjuangan baginda dan sahabat2 baginda. Menyebarkan keperibadian baginda dan syariat Islam. Mohon maaf andai ade kesilapan..diri ini masih bertatih mencari segenap cahaya untuk menerangi jalan bagi mencapai walau setitis cinta Ilahi..InsyaAllah..nasihat-menasihati dan ingat-memperingatkanlah(berlapang dada) di antara kita.

Terasa nak baca buku stanza cinta..sebab sebelum ni ade tolong sorang akak tu jual buku, tapi tak sempat beli sebabnya duit tak masuk lagi wktu tu..masih belum bekesempatan nak baca, tambahan pula balik je rumah diorang bagi tau buku tu dah dijadikan satu drama kat tv3, dan ade pulak yang kata buku ni banyak menggambarkan ciri-ciri kehidupan seorang Islam bertambahlah rasa teruja nak baca, pape pun tunggulah lepas final exam..nanti mesti cari,dapatkan dan baca..InsyaAllah..terbaca sikit kat laman web penulis tu sendiri.. tentang novel ni menarik minatku lagi untuk membacanya..pastinya banyak motivasi kehidupan dalam novel ini..jom beli..hehehe…tapi kalau ade buku lain yang lebih penting utamakan yang lebih penting..

“Barangsiapa menginginkan teman,cukuplah Allah menjadi temannya.Barangsiapa menginginkan kekayaan,cukuplah qanaah menyertainya.Barangsiapa menginginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan,cukuplah Al-quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini,cukuplah neraka baginya”- penulis sendiri(Nurull Halawati)
v Pemburu Cinta illahi- Daku cuba membawa watak hamba yg sebenar2 hamba bagiNya, cuba menjadi ummat MUhammad yg menjungjung ajaran serta menymbung perjuangnnya, cuba menjadi anak terbaik bagi ibu dan ayahku..insya Allah..menjadi isteri yg terbaik buat pemilik tulang rusukku. penulis sendiri(Nurull Halawati)
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – AmniSorfina (watak dlm novel). macam best je kan...hehehe...

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE