Wanita+sahabat

8/23/2011 12:26:00 AM Edit This 0 Comments »

t



~WANITA+SAHABAT~

..Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan..

Limpahan puji dan syukur selayaknya buatMU..

Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Muhammad S.A.W

serta para sahabat dan keluarga baginda..

Ya Allah..benarlah Wanita itu kaya dengan emosi. Sebab itulah kepimpinan selayaknya diberi pada lelaki.Bukan nak kata wanita tak boleh jadi pemimpin tetapi sememangnya Allah jadikan wanita itu untuk dipimpin oleh lelaki. Bukanlah hinanya wanita itu…Cuma terkadang emosi menguasai diri jadi tak menentu…kadang keputusan tak dapat ditimbang dengan waras..saat itu yang membantu adalah IMAN…saat iman berbicara ianya terang…dan juga sokongan dari sahabat untuk menunjukkan jalan saat fikiran buntu..Ya..itulah wanita.Tapi dengan emosi itu jugalah yang menjadikan jiwa keibuan mereka tak berbelah bahagi kasih sayangnya untuk anak-anaknya,sehinggakan ada satu kes tu..anak ni nak sembelih ibunya yang melahirkan..tapi si ibu dapat memaafkan dengan senang…dengan emosi itu juga ibu selalunya berbohong..berbohong biar anak bahagia..contohnya ibu belum makan lagi..tapi anak dah balik..lapar,merungut nak makan..nasi tinggal sikit..lalu ibu cakap “makanlah…ibu dah makan tadi. Kalau ibu sakit pulak dialog si anak “Ibu..sudahla tu ibukan demam,tak payah buat kerja lagi..” dialog si ibu “tak apalah…kalau ibu tak buat siapa nak buat. Lagipun..ibu betul2 dah sihat..(sedangkan kepala masih berpinar..baru kebah dari demam). Dialog2 ni dah lama popular sejak dikeluarkan dalam majalah mastika, tapi berapa ramai yang menghayatinya??? Dan itulah wanita..bukan lemah,tapi melindungi yang lain sebenarnya.

Bercakap tentang wanita ni, aku jua ada kelemahan diri…kadang-kadang lambat pickup..bak kata ustaz Nasir Ali..ustaz yang sangat comel dan kelakar..selalu bergurau dengan perkataan “lampi”.Tak taulah..kadang-kadang diri lambat pick up,contohnya orang bagi hint supaya rahsiakn..contohnya macam nak usik kawan la kan.. kadang-kadang lambat pickup..jadi tk dapatlah dia usik kawan tu..dalam bab belajar pun ade masanya lambat sangat nak pick up, tapi dengan menyedari kekurangan tu saya bagi full attention kat dalam kelas waktu lecturer mengajar. Tapi kalau hal-hal spontan yang tak dapat tangkap tu..tawakkal jelah…manalah tau orang buat lawak..kita tak dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan..takut gak orang kecik ati ngan kita, tapi yang penting kita usaha nak puaskan hati orang. Kadang tak semua orang boleh terima kita..tu cara untuk positivekan diri bila kita tak mampu nak puaskan hati semua orang sekaligus(tawakkal janganla pulak tak cuba memahami terus-terus tawakkal..tu macam saje je nak malukan orang namanya).Dalam hal lain… satu ni rasanya diri ini kurang muhasabah…aku baru tersedar Ya Allah..diri ini kurang bersyukur dengan nikmat yang kau beri walaupun sebentar cuma. Diri ni dok risau sangat fikir sahibah-sahibah yang rapat denganku tiada di sisi..fikirkan sangat sampaikan tak bersyukur dengan nikmat Allah beri iaitu selalu je terjumpa dengan sahibah-sahibah (COL=circle of life) yang lain..walaupun sekejap-sekejap itu sudah cukup memberikan ketenangan sebenarnya bila di fikir dengan teliti…Ya..,diri ni masih kurang meneliti nikmat-nikmat ku Ya Allah…Hatta dari kalangan adik-adik sahibah yang terjumpa memberi salam dan senyuman…itu sudah cukup dapat menguatkan diri ini sebenarnya.

Tamaknya aku Ya Allah..nak jugak teman mendampingi 24 jam macam dulu….satu kelas satu bilik..ape2 jalan sama-sama..hai….aku oh aku, itulah kehidupan…kita takkan pernah rasa puas. Tapi memuhasabah diri( koreksi diri/fikirkan kembali sudut positif dan negative dalam diri atau erti kata lainnya muhasabah itu kita renung kembali hari kita untuk kita baiki hari yang seterusnya) itu penting. Maaf kalau ade tersilap silalah beri komen…memuhasabah diri itu sesuatu yang positif kerana ianya membantu kita lihat hikmah disebalik sesuatu perkara.

Alhamdulillah...Allah sedarkan diriku dari lena yang singkat ini…aku patut hargai sahabat yang ada. Baiklah berbalik pada soal wanita tadi,jangan pula anggap wanita itu terlalu lemah..tetapi kita cari kekuatan bila dapat tau satu kelemahan dalam diri dengan tingkatkan ilmu pengetahuan bagi tampung kekurangan tadi..begitu juga dengan hati wanita yang rapuh..perlu di kuatkan dengan IMAN yang teguh..

Duhai wanita-wanita yang amat ku sayangi kerana Allah..dan amat kuhormati sebagai hamba Allah yang sememangnya anda indah…anda hiasan di bumi penyeri dunia…Bimbinglah diriMu… kerana peribadi mulia itu tidak selalunya wujud dengaan seadanya..kerana peribadi yang mulia itu dibentuk…dan dalam usaha nak membentuknya perlukan mujahadah(perjuangan untuk kita menempuh jatuh bangun)…akal kita nipis..senipis bilahan rambut tapi tebalkan dengan limpahan ilmu..janganlah pula dibentuk dan dimanja dengan harta duniawi…kerana kelak akan membentuk peribadi zuriat-zuriatmu yang bakal kau lahirkan..mana mungkin akan ade bayang-bayang yang lurus bila ianya datang dari kayu yang bengkok…sebab itu perlu teliti dalam menempuh kehidupan duniawi ini….anda adalah insane istimewa,kelembutan wanita itu bukanlah kelemahan mahupun penghinaan dari tuhan tapi hiasan kecantikanMu yang amat bernilai supaya dapat kau lahirkan serikandi-serikandi Islam yang hebat seperti wanita-wanita serikandi Islam zaman Rasulullah dahulu…yang mengikut acuan Al-Quran(saya olah dari lagu nyanyian Dehearty=wanita). Tidak layak untuk diri ini menyampaikan tapi aku terpanggil untuk mengajak kalian kearah yang Allah redha..sebab apa???sebab diri ini tak nak baik sorang-sorang, nak kita sama-sama jadi baik dan masuk syurga sama-sama…itu tujuan utamaku..Ya Allah…kau makbulkanlah permintaanku ini..dari hambaMU yang lemah ini.

Salam rindu dan salam ukhuwwah fillah buat sahibah-sahibah temanku di taman-taman syurga...(halaqah atau nama barunya Circle of Life/majlis ilmu). Rindu kalian kerana Allah..moga Allah kuatkan kita dan kekalkan kita di atas jalanNya..dan jauhkan dari nasib kita ditentukan oleh diri kita sendiri walaupun sekadar sekelip mata. Sahabatku, terimalah (Imam Syafi’e: Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku…sahabat yang baik adalah yang seiring denganku..&menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati…,kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku kan merasa senang,semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka/duka, kija aku dapat aku ingin setia padanya..)… Amiin Ya Rabb…

p/s:- Wanita-wanita yang membaca post ini….dengarkanlah lagu dari Mestica ft Munif Hijjaz= aduhai puteriku sayang…amat bermakna buat penguat diriMu…Duhai wanita..kuatlah…pertahankan mahkota diriMu…kamu jadilah seperti sebutir mutiara..Berada didasar lautan..tersimpan rapi dilindungi kulit…bukan senang nak melihat…apalagi mendapatkannya…hanya orang yang bertuah…berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya…Harganya mahal sekali..dan ia akan tersimpan selamanya oleh tangan yang menghargainya…InsyaAllah..andai kau tak memperoleh seorang pun ar-rijal peneman di dunia..di akhirat Allah dah sediakan ketetapan untukMu…(ambil dr salah satu testi iluvIslam). Ramadhan..ada lagi satu ujian “istihadhah/period” redha dengan pemberian Allah yang satu ini..kerana disitu kita sebenarnya dapat membantu insan-insan lain yang perlukan pertolongan kerana kita ada tenaga yang lebih sikit dari mereka yang boleh berpuasa..tolong dengan niat kerana Allah dapat juga ganjaran pahalanya..zikrullah jangan lupa…kalau dapat memiliki satu gadget ni lagi best…ianya dinamakan tasbih digital..kita berzikir dan setiap kali berzikir tu tekan..akan keluar nombor..contohnya kita zikir dah 60 kali..dia akan kekal sampai kita tekan butang padam..kalau tak tekan dia takkan padam..jadi sementara nak tolong ibu atau kawan boleh tinggal kejap zikir tu..sebab tak perlu risau lupa dah berapa aku berzikir..memang best gadget tu…saya pun belum dapat memilikinya…sebab masa penjualan tu duit memang dah kering…huhuhu..jadi kita kene kreatifkan diri kita untuk grab pahala lebih di bulan yang mulia ini…
Salam Ramadhan untuk hari yang ke-22…jangan lepas peluang beribadah dan berdoa…bulan mulia ini banyakkan berdoa..10 malam terakhir ni ada sorang adik bilik meh saya perkenalkan sikit nama dia Siti Aminah Binti Zainol..adik bilik yang baik sangat..dia ada pergi talk tetang Lailatul Qadar menurut tafsir surah Al-Qadr..ustaz tu kata doa dan beramal..jangan fikir jumpa atau tak malam lailatul qadar tu..kenal time 10n hari akhir nilah banyak berkatnya…jangan lepaskan peluang..ia umpama seribu bulan…andai kita wanita ni dah terponteng puasa tanpa sengaja..satu hari ponteng tu umpama 70 hari puasa di bulan yang lain….jadi jangan sia-siakan malam lailatul qadar ni…taw..Ustaz tu cerita lagi…tanda-tanda laialtul qadar…kita nampak satu tempat tu bercahaya satu keadaan yang amat berlainan dari biasa..dan aka nada suara seakan suara lelaki memberi salam..setakat itulah apa yang saya ingat dan dapat kongsikan..semoga bermanfaat…jangan lepaskan peluang berdoa disaat itu…tapi apa-apa pun saya suka kata-kata Ustaz Zaharuddin ni “ t idak perlulah sibuk mencari-cari TANDA lailatul qadar tetapi carilah KEAMPUNAN dan RAHMAT Allah dengan ibadah yg ikhlas & tulus serta bersungguh2 nescaya, kelebihan lailatul qadr bakal menjadi milikmu, sama ada disedari tandanya @ tidak” Jadi kita hargai malam-malam terakhir Ramadhan ni…doa banyak-banyak..buat perkara baik..supaya keluar dari bulan Ramadhan kita rasa senang je nak buat baik..ok..selamat berbuka..
3.40 pm

Bangi,Malaysia.

Lirik Lagu Puteriku Sayang - Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-puteriku-sayang-hijjaz.html#ixzz1VtYHJ74Z


0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE