~Menyemai keikhlasan~ dalam menuntut ILMU

9/05/2011 01:42:00 AM Edit This 0 Comments »
Tak baik meniru berdosa tau...semua orang tak suka nanti..


…Allahuma`i..Allahu Nadhari..Allahu Syaahidi…

(Allah bersamaku..Allah melihatku..Allah Menyaksikanku)

Moga kita lebih merasa Allah bersama dengan kita

BarakAllahu Fik…

Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmatNya yg melimpah ruah..

Selawat dan salam ke atas Rasulullah .S.A.W serta para sahabat dan keluarga baginda..

Ya Allah dengan namaMu aku mulakan penulisan ini “Bismillah” Dengan Nama Allah. Semoga kita terus kekal dalam keimanan sehingga saatnya kita menghembus nafas terakhir di bumi pinjaman Allah ini..InsyaAllah. Tajuk kali ini menyemai keikhlasan. Dan disini saya lebih focus pada keikhlasan dalam menuntut ilmu. Ikhlas ni sesape pun boleh ungkapkan…senang sangat, tapi sejauh mana keikhlasan kita tu hanya Allah dan diri kita yang tau apa niat kita yang sebenarnya dalam bergelagat di atas bumi ini melakukan sebarang xtvt. Jadi biarlah dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi manfaat dalam kehidupan kita sehari-harian..walau tidak semua secubit pun memadai. InsyaAllah..

Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari pembacaan sebuah majalah yang chomel.. (Gen-Q,isu perdana). Rasa begitu banyak mutiara ilmu dalam majalah yang chomel ni…design yang menarik dan penuh input..cubalah memiliki majalah chomel ini..kalau tok seh melanggan,hehe betulkan kalau salah..tetiba nak royak kelate pulok huhuhu.. tok seh r..rosak bahasa. Kalau tak dapat nak berlanggan sekurang-kurangnya kita biasakan diri mencari buku-buku yang mampu bentuk peribadi dan fahaman kita dengan lebih jelas lagi terhadap agama Allah(Islam) ini. InsyaAllah..banyak lagi majalah lain antaranya Solusi, Al-islam, Dakwah, Fardhu Ain dan banyak lagi kalau nak tulis tak dan lah.. Ok lah dalam majalah Gen-Q isu perdana ni cubalah miliki majalah ni keluaran telaga biru sdn.bhd edaranSTORMREADERS www.stormreaders.com, saya tertarik sebab banyak perbahasan tentang ikhlas, tambahan pula saya ni dalam mood raya dan cuba nak cari mood exam/study..saya pasti ada diantara anda yang menghadapi situasi yang sama..atau mungkin lebih kurang sama.

Saya tertarik dengan satu ayat ni, dimuka hadapan majalah Gen-Q ni, “Aku tidak layak mengungkap ketaatan andai tiada padanya selautan keikhlasan” lalu saya buka lembaran demi lembaran SubhanAllah….indah semua tajuk best2( antara tajuk menarik Jujurlah anakku,kerana syurga itu ada..Menginjak mungkar dengan kasih sayang..Mutiara yang perlu dijaga..Usah biarkan usia berlalu sepi..Memanfaatkan pilihan yang terbaik dan banyak lagi....)teruja nak baca. Pada kolum santai ilmu kupasan dari Faiz M.Azhari membincangkan apa itu ikhlas?? Beliau menerangkan dalam kamus dewan ikhlas itu bermakna (dgn) hati suci,tidak menipu atau berpura-pura. Dimana ianya diambil dari perkataan Arab iaitu Kholaso atau pada bentuk akarnya adalah khuluuson atau kholaason yang membawa makna jernih dan bersih daripada pencemaran. Jadi ungkapan ikhlas itu membawa erti bersih suci dari percampuran atau pencemaran sifat lain.

Penulis juga menyatakan Al-Fairuzzabadi telah mengatakan yang “ikhlas kerana Allah itu maknanya meninggalkan sifat riyak atau menunjuk-nunjuk. Dan menurut istilah syarak pula ikhlas itu “Mengesakan Allah yang Hak dalam berniat melakukan ketaatan bertujuan hanya keranaNya tanpa mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun”. Beliau menerangkan lagi seseorang yang ikhlas ialah seorang yang tidak peduli akan penghargaan atau pujian dari insan lain walau seberat zarah sekalipun. Apa yang diinginkan hanyalah redha Allah selari dengan firman Allah yang bermaksud “padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat.Dan yang demikian itulah agama yang benar”. (Surah al-bayyinah:5).

Dalam situasi sebagai seorang pelajar, menuntut ilmu itu dikira sebagai ibadah.Baginda Muhammad S.A.W juga ada menyebut bahawa sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Niat utama kita menuntut ilmu itu perlu kita perjelaskan iaitu untuk mencari Redha Allah. Saya ambil sedikit kupasan dari A.Ubaidillah Alias yang merupakan seorang penulis novel dan dalam majalah Gen-Q ni beliau merupakan salah seorang kolumnisnya di bahagian Qalbun Salim (hati yang sejahtera). Baiklah beliau menyatakan merujuk pada pandangan ulama’ mereka sepakat menyatakan ikhlas itu ada 3 bentuk iaitu pertama apabila kita melakukan sessuatu kerana mahukan pahala atau syurga Allah, kedua kita melakukan sesuatu kerana mahu menjauhi dosa atau neraka Allah, dan ketiga melakukan sesuatu kerana mahukan redha Allah…dan sesiapa yang melakukan amalannya dimulakan dengan salah satu daripada niat tersebut maka InsyaAllah dia akan dapat ganjaran disisi Allah.

Ya kita manusia biasa, ada masanya turun naik ..maksud saya ada satu masa tu kita jadi malas pastinya saat itu iman kita turun, tapi janganlah kita turutkan hati tu, kita cuba cari kembali semangat yang hilang tu. Memanglah akan ambil masa sedikit nak sedarkan diri kita. Tapi langkah pertama adalah sedar diri yang kita tengah ada masalah..cari penyelesaian…contohnya “kenapa ni..susah sangat nak baca buku…bila bukak buku je nak tidur…” contoh lain “aku dah cuba study tapi tak masuk-masuk kat otak ni” Ya ujian melanda..dan disaat itulah iman kita diuji… Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut:2 yang bermaksud “ apakah kamu kira kamu sudah beriman selagi kamu tidak diuji” apakiranya kita terus dengan usaha..jangan putus asa dan ikhlaskan hati dalam menuntut ilmu, kerana pada insan yang berilmu pasti terdapat keikhlasan dan disitulah ilmu tadi akan diamalkan juga dengan keikhlasan.

Jadi untuk kita yang bakal hadapi peperiksaan ni, takpe nak cari mood itu normal kerana setiap daripada kita ni berbeza…ada yang dengar lagu baru boleh study ade yang tak boleh dengar lagu bila study,kita kena usaha cari semangat tu balik,cari balik keikhlasan semai balik keikhlasan tu, banyak usaha kita boleh buat contohnya cari kertas A4 yang berwarna warni buat nota untuk menarik minat mengaktifkan sel-sel otak kita, dalam setiap waktu solat jangan lupa berdoa moga Allah buka hati kita,mohon Allah timbulkan semula semangat untuk study(penuh khusyuk,lagi bagus khusyuk dalam semua keadaan susah atau senang.lagi Allah sayang), selain tu boleh jugak minta adik.beradik, mak ayah,kawan-kawan untuk memotivasikan kita macam-macam lagi kita boleh buat yang penting kita nak cari keikhlasan dalam menuntut ilmu tu.Kadang-kadang kita rasa kita nak ikhlaskan hati tapi kenapa macam tak boleh terima lagi...kat sini kita perlu ambil pengajaran dari kisah siti hajar yang mencari air untuk diberi pada anaknya Ismail berulang alik dari sofa ke marwa sebanyak tujuh kali..akhirnya kali yang ketujuh dia sudah betul2 tawakkal pada Allah dan sehabis daya usahanya terkulai pasrah pada yang esa.lalu disaat itu dengan izin Allah hentakan kami Ismail akhirnya keluarlah air yang sangat jernih mengalir dari hentakan kaki Ismail tadi. Utamakan usaha sehabis daya.

Macam-macam ade (mood iklan astro)…kita kene taulah kita ni jenis macam mana,tak boleh nak paksa ikut macam orang lain. Sekurang-kurangnya kita ada usaha disitu yang Allah nilai..usaha walau sekecil zarah..ianya bernilai disis tuhan yang Maha Pencipta..lihat betapa pemurahnya Allah..Cuma kita je yang malas berusaha..Jadi jom..sedarkan diri kita,jernihkan hati…usaha selagi terdaya..doa jangan lupa..solat itu yang utama kerana ia tiang agama.Saya olah sedikit ayat dari salah sebuah sajak dari radio ikim “ solat itu yang mampu menenteramkan hati kita,menenangkan hati kita.. yang sememangnya kita ni manusia yang bersifat keluh kesah…kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dengan sebenar-benarnya dengan keyakinan dan tidak meninggalkan solat.Solatlah yang mampu membimbing kita.Jagalah solat kita. Salam aidilfitri yang ke-7 semoga ikhlas mendahului segala niat kita dalam apa jua perkara. Salam ukhuwwah fillah.

Saya nak kongsikan sikit maklumat dari saudara Amar(Arif Muazzim Abdul Rahman) seorang penyanyi nasyid mengenai peperiksaan..saya ambil dari buku motivasi beliau yang bertajuk” Anda Mampu Melakukannya” cubalah milki buku ini terbitan telaga biru sdn.bhd.Sangat banyak input didalamnya.

Dalam buku tu, Amar kongsikan kata-kata motivasi yang dia gunakan sewaktu belajar antaranya:

*impossible is a word that only can be found in dictionary of fools.

*ORANG BOLEH,AKU PUN BOLEH!!

*Kejayaan yang cemerlang adalah hak dan milik semua orang.

*Set tinggi bintang (matlamat) dan cuba capai bintang itu.

*Jangan berasa puas bila dapat markah tinggi,cuba usahakan setinggi mungkin sehingga memintas kawan-kawan atau sekurang2nya setaraf dengan mereka yang cemerlang.

*Dalam nak mencapai keputusan cemerlang kita jangan hanya jadi penonton kecemerlangan orang Kita harus jadi pemain supaya kita juga mampu cemerlang seperti orang yang kita tontoni itu.

*Anda adalah harapan diri anda sendiri, anda adalah harapan ibu bapa,anda andalah harapan keluarga,harapan Negara (saya tambah harapan Islam..harapan Allah,harapan Rasulullah untuk bergelagat sebagai Muslim yang Berjaya atas bumiNYA ini). Jangan hampakan harapan2 yang berada disebalik tabir yang sentiasa menyokong,berdoa dan berharap di atas kejayaan cemerlang anda!!

Beliau juga memuat turun fakta Statistik Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dimana pendidikan orang asli dinegara ini berkembang dari 1971-2006 seramai 10 rang asli Berjaya mendapat pendidikan si peringkat sarjana 3orang orang Berjaya memegang Ijazah Doktor Falsafah(Ph.D) pada tahun 2006 79 orang asli menuntut di Universiti nak dikira dengan sekarang dalam pertambahan masa 5 tahun pasti lebih ramai dari kalangan mereka yang Berjaya. “ORANG BOLEH, AKU PUN BOLEH”. Amar mencipta formula buat dirinya bagi mencapai kecemerlangan…nak cemerlang katanya buka mudah semudah order “zam-zam ala kazam nasi kandar satu”…kita perlu melalui 6K apa itu 6K: K pertama bermaksud KEIMANAN(menghayati ajaran Allah dalam surah Al-Mukminun 1 dan 2 berkaitan mukmin yang cemerlang ialah mereka yang tekun solat dengan khusyuk) , K kedua bermaksud KOMITMEN, K ketiga bermaksud KEFAHAMAN, K keempat bermaksud KESABARAN, K kelima bermaksud KOMUNIKASI(menurut bapa beliau yang merupakan seorang motivator dan pernah menjadi pemeriksa kertas SPM mendapati kelemahan umum calon peperiksaan ialah mereka menulis jawapan yang mereka tahu dan bukannya menjawab soalanyang dikemukakan dalam kertas soalan..jadi berhati-hati), K yang keenam bermaksud KEYAKINAN .Akhir sekali kata-kata beliau yang saya pegang sesungguhnya harga sebuah kecemerlangan itu cukup mahal..Maka sebab itu siapa yang memperolehinya begitu seronok.Ingat!!..kita dilahirkan cemerlang semua insane berhak mendapat kecemerlangan..usaha kita dengan S.A.T.U iaitu S:Sedia awal, A: Aim High(gantung cita-cita tinggi), T: Tekun/tanya(jangan putus asa jika gagal,sebab gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kerana kejayaan itu tertunda untuk satu masa yang lainmungkin kerana jika disaat itu kita dapat kita akan riak atau banyak hikmah disebaliknya), U: Ulangkaji. Dan tambahan saya apa pun Ingat yang Maha Satu…Allah pemilik kita..Dia berhak menetukan apa yang terbaik buat kita menurut ilmuNya. Semoga Berjaya..All the best…Ma’a Taufiq wannajah..Chayo2…InsyaAllah KITA BOLEH!!!!!


0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE