Atok..semoga tenang disana.

10/10/2011 08:22:00 AM Edit This 0 Comments »


feel sure that every living dead

mati itu pasti
Bold
Semoga kita kekal di atas jalan yang lurus sehingga hembusan nafas yang terakhir..InsyaAllah

Imej carian google




"Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.”
(Surah an-Nisaa’, ayat 78)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
SubhanAllah..Alhamdulillah..AllahuAkhbar...


Alhamdulillah Ya Allah,masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumimu ini. Semalam telah selamat atok dikebumikan. Atok yang baik...atok yang penyayang...sebenarnya atok ni gelaran untuk lelaki,tapi kami dah biasa guna atok...sejak kecik lagi dah panggil atok dah terbiasa. Ya Allah pemergiannya amat terasa satu kehilangan tapi pemergiannya satu ketetapan dariMu tuhan...Alhamdulillah, selamat atok kembali kesisiMu. Mudah urusannya..Alhamdulillah. Walau apapun atok tiada penggantinya. hanya kau saja atok terbaik didunia ini yang Allah dah hadirkan dalam hidupku..Syukur Ya Allah..walau cucumu ini waktu kecilnya nakal..banyak susauhkan atok..ibu cerita kuat menangis..nanti atoklah yang belai...kadang2 menangis ingatkan kenapa rupanya nak makan pukul 2/3 pagi..ish3..tu lah jasa atok..hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan atok. Ya Allah, kau tempatkan atok,ayah, atok aim(atok Ibrahim ayah ibu),abang(asy'ari) ,adik2 yg keguguran dlm kandungan ibu serta sekalian arwah dikalangan orang2 yang beriman..semoga roh mereka dicucuri rahmatMu..InsyaAllah. Selalu walau tiada ayah dirumah,dan adik lelaki kerja malam, ibu tak terasa keseorangan..atoklah jadi peneman ibu dirumah,tapi bila atok Allah dah takdirkan pergi dulu..rumah jadi sedikit berbeza suasananya...sekarang ni memanglah..baru2 lagi ade saudara tidur temankan ibu,tapi lepas ni...semoga Allah kuatkan ibu untuk terima apa jua dugaan dalam hidup ini..begitu jugak kami..anak-anaknya. Pemergian atok tanda Allah sayang padaNya. Dalam saya diam2 kat bilik terbaca satu nukilan puisi dalam majalah gen-Q yang memberi kekuatan juga motivasi.Jom kita sama2 berkongsi puisi ni hasil nukilan saudari Naurah Musyahidah.

Orang Yang Mencintai Ilahi....

Orang yang mencintai Ilahi Dirinya tak keluh kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar-benar menghayati cintanya pada Ilahi
Sentiasa pasrah kepadaNya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah
tarbiyah daripadaNya

Orang yang benar-benar mencintai Ilahi
Juga harapkan kebahagiaan di dunia
Tetapi jika tak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan di "sana"
Kerana dunia ini hanya pinjaman Dan dirinya hanya "barang pinjaman"
Yang dipinjam untuk sementara didunia ini.

Ya...Indah puisi ni kan...betul tak??Setiap yang hidup pasti akan merasai mati,Kita milik Allah dan kepadaNya jua kita dikembalikan. Rasul juga pernah berpesan dimana orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati akan kematian
,sabda baginda "Orang yang cerdas adalah yang menghitung dirinya dan beramal untuk masa setelah mati, dan orang yang lemah adalah yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT".Kerana apa??dengan mengingati mati dia akan membina rasa taqwa iaitu rasa berhati-hati dalam segala tindakannya kerana dia sedar dia akan mati pada suatu masa nanti yang Allah dah tetapkan. Kematian itu adalah pasti..bila saatnya tiba kita tak mampu nak menangguh mahupun mempercepatkannya. Semoga kita beroleh pengakhiran hidup yang sejahtera..kembali padaNya dengan hati dan Iman yang sejahtera hendaknya..InsyaAllah...jom sama2 kita ingat-mengingatkan kerana itu antara sifat2 orang beriman.Jangan pulak kita ambil pandangan masa mudah rileks dulu dah tua baru beribadah...jangan sekali2 begitu...masa muda menentukan masa tua kita. Seorang ulama' pernah berkata dimana "jika usia hingga ke 40 tahun,tetapi engkau masih belum menjadi apa2,maka engkau tidak akan menjadi apa2. Dan ingat juga masa tak menunggu kita..bila2 masa saja berkemungkinan untuk nyawa kita ditarik...nikmat usia ditarik..tak ada siapa pun tahu..Itu dalam rahsia Allah..hidup mati,jodoh pertemuan..semua ditangan Allah..kita hanya perlu berusaha menjadi hambaNya yang soleh dan bersyukur.Itu saja...Allah tak mintak lebih...tapi kenapa susah kita nak buat...sebab kita leka dengan dunia..lupa akan kematian..lebih teruk lagi cintai dunia takutkan mati..Nau'zhubillah...moga Allah jauhkan...Semua ini adalah peringatan yang utamanya diri yang menulis...semoga dapat sama2 kita ambil pengajaran mana yang baik dan jadikan sempadan apa yang sebaliknya.InsyaAllah..Redha Allah bersama orang yang tidak lipa mengingatinya disaat senang ataupun susah. Salam ukhuwah kerana Allah..

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE