RAPUH

11/30/2011 04:52:00 PM Edit This 0 Comments »




imej dari google.com


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

selawat dan salam atas rasul junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..keluarga dan sahabat baginda
serta salam buat seluruh saudara seagamaku.. ..Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatu..
Alhamdulillah....Atas segala kurniaMu pada hamba yang lemah ini Ya Rabb Ku cuba berjalan di atas paksiMu... walau kadang tersungkur..cahaya datang menerangi.. Malu aku padaMu Ya Rabb.. Tak mampu untuk sentiasa ampuh.. Tapi itulah fitrah hamba.. Munajat amat perlu... supaya sedar diri.. Kita hamba padaNya..



Lama rasanya jemari tak menulis untuk menyampaikan..kerana sedikit konspirasi hati, rasa tak layak nak berkongsi...rasa terlalu lemah..tak berdaya......tapi tak ku biar emosi terus-terusan mendahului akal kurniaan tuhan. Panduan dan peringatan bersama..jangan biar emosi buat diri kita menurutinya,tetapi biar kita yang pandu emosi ke arah redha Ilahi..InsyaAllah..teruskan semngat perjuangan dalam kehiudpan..sedikit ujian untuk mematangkan kita dan untuk lebih meningkatkan amal kita mendekatinya..sebab dengan ujian baru kita sedar diri kita hambanya tatkala terleka seketika dengan dunia. Ya Allah...saya rindu anda semua...anda bakal2 penghuni syurga..mohon doakan diri ini yang seringkali tewas dengan perasaan sendiri. Doakan supaya sama-sama kita dapat berjalan di syugaNya..tentu sangat indah.......seindah namanya JANNAH...kita lebih terbayang indah dengan panggilan syurga kerana sebutan utama kita bahasa melayu..iaitu syurga..tak kisah lah..yang pentingnya ianya menggambarkan keindahan..yang boleh kita baca dalam tafsir Al-Quran,buku-buku dipasaran yang berkaitan dengan syurga dan macam-macam lagi.Sangat indah...saya nak kita explore sama2 dalam tafsir qur'an..baca dan hayati bahawa indah syurga itu....ianya dicipta untuk orang yang benar-benar menjadi hambaNya yang beriman dan mengaplikasikan segala syariat islam dalam kehidupan. Jom...wujudkan rasa nak tau tentang syurga...nak tau luasnya kasih sayang Allah....ringankan kaki ke majlis2 ilmu yang diumpamakan sebagai taman-taman syurga...hanya sekadar dengar tapi tak pergi..memanglah kita akan kata "ape syurganya...buang mase dengar celoteh ustaz @ ustazah...". Ianya terjadi sebab kita tak cuba memahami kehendak hati nurani kita yang fitrahnya cintakan kebaikan keindahan...

Ya hakikat hati cintakan keindahan...lihat orang bantu orang kurang upaya kita rasa tenang,lihat seorang anak kecil usap dan belai si comel (kucing dijalan) kita rasa tenang..cuba tengok orang potong kaki kucing depan mata..kita akan marah...kerana hakikatnya hati kita tenang dengan mengingati Allah..Allah cintakan keindahan..jadi kita juga akan merasa tenang melihat sesuatu yang indah..bukan setakat paras rupa...keindahan itu sangat subjektif...carilah keindahan sebenar yang menenangkan hati kita. Teringat satu perkongsian dari seorang sahibah yang kadang2 tanpa kita perasan duduk2 kat masjid kita mudah nak tegur sapa, tapi kalau di pasar bila tiba2 tegur orang kita akan rasa pelik..lihatlah betapa kebaikan atau sesuatu yang baik akan melahirkan keindahan,bagi contoh tadi keindahan ukhuwah ditempat yang penuh rahmat.
Takde apa sangat yang saya nak kongsikan kali ni,kerana masa terhad walhal banyak yang ingin dikongsi bersama. terimalah sedikit nukilan yang menerpa diminda tika bersendirian...juga lagu dari opick yang amat mendekatkan rasa hati seorang hamba untuk malu padaNya..keran cinta kita masih rapuh...tak layak nak minta lebih dariNya...jom layan...

Aku cuba untuk melupakan
ternyata melupakan itu suatu yang mustahil
bagi setiap garis yang terukir
sebagai kehidupan

Lalu aku cuba mengelak dan menjauhi
ternyata ia membuat aku lebih tersiksa
semakin kerap bermain di minda

Lalu aku cuba menerima setiap takdir yang terlukis
walau pahit,cukuplah kuingatkan
sebagai kenangan terindah
untuk setiap yang terjadi
pastikan ada hikmahnya

Lalu kutemui hakikat insan itu lemah
lemah bila bersendiri...
tatkala itu syaitan bermain pancing..
AWAS!!! jangan tergoda dengan bisikannya
Allah terlalu sayang padamu..
itulah ujian..agar kau kembali mengemis kasihNya
sebagai seorang hamba
yang lemah disisiNya

Lalu ingatlah pesanku baik-baik
tidak semestinya yang baik difikiranmu terbaik untukmu
tapi yakinlah setiap ketentuanNya pasti terbaik buatmu..
apapun ujiannya..yakinlah...
Dia ingin kamu menyintaiNya..tanpa noda..




Kadang-kadang aku tertanya2..,Apakah perasaan ini Allah redha..(melakukan sesuatu yang buat  hati rasa resah, Allah tak redha..)sedang aku masih mencari garis2 kehidupan yang mampu sampaikan aku pada cintaMu Tuhan...kadang2 perasaan rasa bahagia...tapi diselubungi tanda tanya contoh bahagianya dapat duit dari kawan tapi sebenarnya duit tu kawan bagi dalam keadaan dia pun amat memerlukannya... contoh lain kawan buat salah..dia dah minta maaf tapi kita layan nak tak nak je sebab rasa tak puas hati...dalam tak ade masalah hati rasa tak tenang..kita kene layan rasa tu..cari apa yang salah.."owh..,aku kene maafkan dia dengan ikhlas.." dua contoh tu cukuplah untuk kita kadang2 berfikir akan setiap tindakan dan perasaan kita..ade mudarat untuk orang lain atau tak.Fatwa hati bila rasa tak sedap..mungkin itu satu dosa.Boleh juga rujuk pada mereka yang lebih arif.

Sesungguhnya orang mukmin yang beriman itu berhati2 dan sensitif pada perasaan dan keadaan orang sekelilingnya..wujud rasa takwa..iaitu berhati-hati.Tapi jangan sampai memakan diri,mintalah pandangan insan yang berilmu. "eh..betul ke apa aku buat ni.." bila hati melahirkan suara keimanan,salah sikit kita rasa tak sedap je...jadi cepat2 mohon petunjuk dariNya..mohon ampun padaNya..dan mohon maaf pada mereka yang sepatutnya. Ya Rabb izinkan aku mengintai petunjuk dariMu..agar terpandu jalan menuju redhaMU...agar rintihan tidak hanya di saat jatuh tersungkur,kerana jika begitu..amat hinalah diri ini..tatkala jatuh tersungkur baru namaMu disebut. Amat malu diri ini Ya Allah...layakkah aku gapai syurgaMu.terimalah sedikit pengisian rohani dimana rapuhnya jiwa kita pada Cinta sang pemilik CINTA kita. terimalah opick : rapuh.Jadi segalanya yang terjadi adalah imbal balas dari segala amal kebaikan atau dosa kita hambaNya..


Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


saya cuba nak post skali videonya tapi tak dapat,sangat tersentuh mendengar lagu ni dari opick..mereka nyanyi dari hati seperti kumpulan raihan dan penasyid2 yang memang menyanyi dari hati untuk berdakwah.Sangat terkesan. tapi saya akan cuba next time.InsyaAllah...
Salam ukhuwwah..salam keimanan untuk semua...salam sesejuk telaga kautsar..buat hati2 yang merinduinya... semoga hidup kita dipandu keimanan..Amin Ya Rabb..

Alhamdulillah..dapat post..jom dengar sama-sama....

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE