Sebarkan cintamu: Fatimah Syarha

12/14/2011 06:54:00 PM Edit This 0 Comments »


*imej carian goole*

…Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah,ya Tuhanku,bagi MU segala puji seagung kemuliaanMU dan seagung kebesaran kekuasaanMU…Ya Allah bimbinglah kami kpd akhlak yg trpuji..Selawat serta salam buat Rasulullah S.A.W keluarga serta sahabat Baginda..Assalamua’laikum buat saudara seislamku dimana jua anda berada….sebarkan salam..

Sebarkan cintamu,Jom bace buku kak Ha ni…

Sebarkan cintaMu..sebuah novel tauhid yang penuh dengan ilmu…..membuat kita lebih terasa indah hidup beragama dalam agama Allah...Saya pun belum sempat menghabiskannya. Ianya mempunyai pengisian yang agak berat, tetapi dengan selitan fakta dalam susunan dialog kita lebih memahami akan situasi yang digambarkan oleh kak Ha dalam novelnya.Novel ini terbitan PTS Litera Utama Sdn.Bhd. Buat remaja diluar sana tak salah sekali sekala kalian mengisi minda dengan sesuatu yang ilmiah,jika terasa berat mungkin boleh cuba baca dan berhenti rehatkan minda seketika.. then,kemudian boleh baca semula. Kita jangan hanya fikirkan keseronokan novel dengan khayalan yang indah sahaja…jangan dibiasakan..nanti akan menjadikan diri kita biasa memanjakan diri dengan pekara-perkara yang indah..sedang reality kehidupan penuh dengan cabaran.

Saya juga pernah membaca novel cinta,di mana jalan ceritanya mengisahkan yang kehidupan dunia percintaan remaja yang terasa seakan mengasyikkan….tapi bila saya dah bace dalam 2 buah buku dan ditambah pula yang lainnya diceritakan oleh kawan…saya rasa semuanya sama..tak ade yang berbeza. Saya pun stop,sehingga bila menjejakkan kaki ke peringkat diploma,saya jumpa dengan Halaqah yang dibawa oleh kakak Hanisah bt Zakaria seorang yang tidak jemu mencurahkan peringatan kasih sayang dari Allah…memperkenalkan novel-novel islami..termasuk juga novel cinta islami hasil karangan kak Ha..mula-mula sekali saya diperkenalkan dengan novel “seindah mawar berduri” saya jatuh cinta dengan novel tu,ia mengisahkan seorang wanita yang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai…tapi dengan fahaman yang jelas disampaikan oleh kakak naqibahnya..hasil didikan ibu bapa yang jelas,dia cuba meniti waktu remaja dengan berhati-hati. Berhati-hati menjaga hati…menjaga diri dan agamanya dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang remaja wanita muslim dan student.

Dan berkesinambungan ceritanya dalam novel kedua kak Ha kalau tak silap saya iaitu “Tautan Hati” mengisahkan bagaimana dia di uji diperingkat IPT dengan bermacam-macam ujian. Juga ujian dalam persahabatan. Dan akhirnya di satukan dengan seorang lelaki yang soleh sedang dia cuba menjaga solehahnya dalam titian kehidupan sebagai seorang gadis perawan dengan sangat indah melalui cara yang Islam anjurkan. Sangat unik penceritaan kak Ha dalam novel-novel penulisannya. Novel seterusnya mengisahkan bagaimana peringkat pertungan dan dalam liku ke gerbang perkahwinan tak silap tajuknya”pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul”. Sangat indah,memang tak semua orang akan melalui liku yang sama walaupun hakikatnya matlamatnya sama redha Allah.Tetapi kita boleh mengambil pengajaran dari teknik penceritaan yang ditulis oleh kak Ha sebagai pedoman.

Berbalik pada buku Sebarkan cintaMu.. kak Ha lebih menekankan dimana Islam sangat menyayangi dan menjaga wanita serta memahami fitrah hambanya.Pengisian yang amat baik dari kak Ha di dalamnya ada penerangan sekitar aurat, poligami,ruhksah tanpa keperluan mendesak,perlindungan wanita oleh undang-undang..sangat bagus bagi mereka yang merasakan Islam tidak adil pada wanita. Dewasa ini, kita dapati ada segolongan wanita yang mempertikaikan Islam tidak adil pada wanita…sekitar poligami misalnya..Novel ini menceritakan dengan jelas beserta info hadis yang lengkap dan jelas serta pemerhatian berkaitan sunnah baginda dengan kajian yang sangat teliti jika ingin dikatakan poligami itu sunnah baginda sendiri hidup bermonogami dalam perkahwinan bersama Khadijah isteri pertamanya selama 25 tahun jadi monogamy itu lebih layak diikuti sebagai sunnah. Dan ianya mengandungi jawapan-jawapan bagi persoalan sekitar perkahwinan baginda bersama isteri-isteri baginda dengan fakta dan alasan yang kukuh berdasarkan fakta Al-Quran dan Hadis bagi mereka yang mempertikaikan soal perkahwinan Baginda S.A.W.

Dapatkanlah novel ini untuk pencerahan yang lebih jelas bahawa Islam membawa bahagia dalam kehidupan manusia..Islam agama yang selari dengan fitrah manusia.Bahagia duduk dalam Islam..cubalah juga baca pengisian kak Ha yang lebih banyak dalam laman sesawangnya Sebarkan bahagia.blogspot @.com saya tak berapa pasti,tapi taip je sebarkan bahagia.Atau semak senarai link dari blog saya.

Selain itu saya juga ingin memperkenalkan anda dengan novel-novel terbaik Hilal Asyraf juga merupakan novelis terkenal dewasa ini dengan penyampaian santai tapi mendidik dan berkesan. Pasti anda sangat mengenalinya dan dimana anda juga boleh membaca penulisan beliau bersama sahabat-sahabatnya yang berusaha menyebarkan dakwah melalui laman web Langit Ilahi.com. Saya Cuma menyampai dan menyebarkan perkara-perkara yang baik ini. Kepada mereka yang sudah mengetahui teruskan menyebarkannya…lebih luas…dan luas..dan luas…..biar keyakinan dan ilmu yang benar2 mantap itu tersebar seluas-luasnya.Dah tiba masanya Islam dijulang,bukan hanya bergantung pada sejarah-sejarah silam.Sesungguhnya mukmin itu hebat dengan Islam.Bagi yang belum mengetahui teruskan mencari apa yang baik untuk dunia dan akhirat kita.InsyaAllah,..try lah cari novel Hilal Asyraf yang sungguh membina..banyak sekitar motivasi,persahabatab kerana Allah dan hidup bermasyarakat sebagai mukmin sejati dan sebagainya. Banyak lagi buku2 islamik yang boleh dijadikan panduan,daripada kuar jalan2 tak buat apa baik singgah kedai buku cari buku yang berinformasi tak kira berkaitan dengan Islam atau tak,selagi bermanfaat…apa salahnya keluarkan duit dan beli. Bak kata pensyarah saya Puan Salina, beliau demam hari ni tak dapat mengajar, jom doakan smoga dmudahkan segala urusan dan diberi kesihatan padanya. Satu kata dari puan “biar tamak nak miliki ilmu,sebab bila tamak nak miliki ilmu,kita akan semakin rasa diri kita ni kerdil banyak lagi benda tak tau”, and it’s true…believe me. Once u get to know new knowledge, u will find out “owh…what a beautiful info..I didn’t noticed about it before..” this is the word will come out from our mouth normally. Knowledge is interesting actually, when we know the way and understand how important knowledge in our life.

Jom tambah lagi ilmu-ilmu anda dalam waktu melayari internet dengan melawat laman sesawang ustaz zaharuddin di www.zaharuddin.net , selain itu penceramah terkenal Pahrol Muhammad Juoi di www.gentarasa.com jika tak silap saya. Anda boleh lihat di laman sosial FB Noorluvislam untuk web-web yang bermanfaat juga dari link2 yang islamik dari blog saya ni.InsyaAllah bermanfaat. Anda juga boleh terus berhubung dengan mereka dengan laman sosial mereka taip je nama-nama penceramah terkenal kat telivisyen tu nanti keluarlah profile mereka contohnya Ustaz Zahazan Mohamed,Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal yang semakin popular,begitu juga Ustaz Kazim Elias yang memang popular dengan carian google menggunakan namanya terbanyak dalam rating di malaysia dan lain2 insan berilmu yang boleh anda berhubung only with one click, that is called dunia tanpa sempadan,jadi gunakan sebaik-baiknya dan jangan disalah guna OK…??. Zaman moden begini kita kene lebih bijak untuk menggunakan teknologi kearah kebaikan walaupun sebahagiannya dicipta oleh barat untuk kerosakan ummah sejagat.

Kita perlu menyedarkan insan-insan disekeliling kita. Mungkin kita dah tahu,tapi ade lebih ramai lagi mereka yang tidak tahu jika kita cuba mencari dan membantu mereka,InsyaAllah semua orang berhak untuk Ilmu selari dengan pesan Rasulullah..carilah@ tuntutlah ilmu walau ke negeri cina.InsyaAllah kita sebarkan bahagia selari dengan firman Allah dalam surah Al-Asr berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran demi masa yang Allah pinjamkan buat sementara waktu kepada kita,selagi bernyawa/bernafas sebarkanlah ilmu dan kebaikan.

WaAllahu A’lam.Segala kekurangan datang dari diri saya sendiri,Mohon maaf andai ade kesilapan dalam penyampaian. Sesungguhnya saya adalah insan yang penuh dengan kekurangan.Insan yang kerdil dihadapan Allah. Setitis ilmu yang saya miliki tak standing dengan ilmu yang anda miliki,apatah lagi ilmu Allah yang luasnya tiada batasan.Jadi apa salahnya kita sebarkan ilmu dengan penuh rasa bahagia…Jom….sebarkan bahagia..

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE