Sinergikan Perbezaan

12/03/2011 06:38:00 AM Edit This 0 Comments »



Sinergikan Perbezaan



SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..

Syukur kehadrat Ilahi, selawat dan salam ke atas

Rasulullah.s.a.w serta sahabat dan keluarga baginda

Alhamdulillah…,puji dan syukur ku ulangi buat Pemilik hakiki hambaNya yang lemah ini..semoga tak jemu ku ulangi selagi masih bernafas…Allah izin dapat menggerakkan lagi sendi2 otot,membuka mata memandang langit yang damai,berjalan di atas muka bumi ini dan berbagai nikmat lagi masih dapat dinikmati,Alhamdulillah. Kadang-kadang tanpa kita sedar...bangun je pagi ade konflik..konflik ni tak kira masa,asalkan kita berada dalam satu keadaan di mana kita rasa tak selesa nak berinteraksi dengan seseorang itu dah dikira konflik. Kenapa tiba2 je nak citer pasal konflik ni kan??? Okey lah,saya cuba nak bawa kita sama-sama sedar,yang dalam hidup ni penuh dengan konflik,sebelum saya kaitkan dengan tajuk utama yang saya nak sampaikan kali ini iaitu sinergikan perbezaan. Ianya ada berkaitan serba sedikit.

Baiklah konflik…satu subjek yang saya belajar untuk semester ke empat ni, bila sebut semester ke empat ni, saya sedikit terkesan dengan keputusan yang saya buat sendiri, apa dia??? Saya dah drop satu subjek dan tangguh untuk start buat research topik semester depan, it means saya akan ada lagi dua semester untuk dihabiskan, memanglah ianya kesilapan bila dilihatkan saya seperti membuang masa dimana sepatutnya saya boleh habiskan dan grad dengan kawan2,jadi saya kuatkan hati ikut naluri saya,naluri saya berkata tak mampu nak bawa subjek tu semua untuk sem ni,InsyaAllah saya yakin ade hikmah.Tapi saya tak boleh bergantung hanya pada kata-kata,saya kene buktikan dengan ade ruang yang tak padat tu,saya kene penuhkan dengan azam,usaha dan aktiviti yang bermanfaat.InsyaAllah. Hakikatnya saya nampak satu hikmah…bukan satu sebenarnya..memang ia pilihan saya sendiri melambatkan proses graduasi saya, dalam masa yang sama saya ade banyak masa untuk prepare thesis dengan lebih baik.Saya ada lebih masa untuk temankan adik yang baru masuk kolej ni untuk semester kedua..saya ada banyak masa untuk isi waktu terluang dengan pergi majlis-majlis ilmu…munajat pada Allah…dekat kan diri lagi dengan sahibah2 circle of life yang sebelum ni banyak aktiviti terlepas akibat terlalu sibuk dengan jadual yang padat..dapat isi waktu2 dengan muhasabah diri.InsyaAllah apa pun fokus saya redha Allah…kalau saya pilih cepat habis pun,dalam keadaan saya tak banyak masa ingat Allah akibat terlalu sibuk dan kepenatan ada baiknya saya pilih yang dekatkan saya dengan Allah..betul tak??.InsyaAllah itu azam saya.

Ya Allah…hakikatnya banyak hikmah dengan pilihan saya ni.Ujian pasti ada…ade juga suara yang mengatakan kenapa pilih jalan macam tu, tapi saya rasa lebih selesa dalam keadaan itu..tak terlalu tertekan dan tergesa-gesa..InsyaAllah,moga dimudahkan segala urusan.Saya doakan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain dapat buat yang terbaik untuk semester terakhir mereka..semua ada kelebihan tersendiri menjadi asset untuk Islam…InsyaAllah,semoga Allah bantu mereka.

Baiklah..berbalik semula pada soal konflik..saya amat tertarik dengan subjek ni, bila puan Bahyah tenaga pengajar untuk subjek tersebut cuba membuka minda kami bahawa kebanyak daripada kita bila ditanya ceritakan konflik yang dihadapi dalam hidup…orang akan jawab “saya tak ade konflik” atau “saya ok je dengan semua orang,takde lah konflik-konflik ni…” atau “tak main lah..kool je..”. Itu lah jawapannye. Hakikatnye setiap masa kita pasti berdepan dengan konflik.

Puan kate orang yang cakap tak de konflik,dia yang ade problem sebab tak tau yang konflik itu sememangnya lumrah dalam kehidupan, Cuma cara kita menghadapi dan menanganinya yang membuatkan konflik itu menjadi singgahan sementara seolah-olah tidak ada bila dikemudi dengan baik atau menapak lama jika dibiarkan tanpa penyelesaian takut jadi lebih parah dikemudian hari. Puan cuba bagi contoh supaya kami lebih nampak apa yang dikatakan konflik itu. Baiklah..satu contoh kita berdepan dengan pak guard yang tetiba je nak tengking2,itu satu konflik macam mana kita nak berdepan..marah balik..atau buat tak tau..atau respond dengan baik dan cuba fahami situasi pak guard yang mungkin tengah ade masalah. Satu contoh lainnya kita cakap orang putih sikit na.. ‘perception that the other is frustrating one’s attempt to achieve something” satu situasi dimana orang pentingkan hak sendiri sehingga menjadikan kita stress tercabar dengan tingkah lakunya, dalam situasi ni macam mana kita selesaikan konflik tu.

Macam-macam lagi ,disagreements(takde sama pendapat),bickering (kadang-kadang perkara remeh boleh jadi isu), physical aggression (contoh tak nak tutup lampu bila disuruh,padahal bukan satu kerja yang berat) mungkin juga competition yang kadang membawa conflict kalau tak pilih cara terbaik contoh beli makan solution terbaik “hari ni ko pulak beli makanan kita gilir-gilir ye…” ianya berkait rapat dengan how we react with certain situation. Kadang2 kita tak tau kita boleh consider satu-satu perkara tapi dengan kedegilan atau rasa tak puas hati kita hilang kewarasan berfikir. Ini yang membuat saya suka dengan subjek ni, ia membuka minda kita bagaimana nak berdepan dengan satu-satu konflik dalam keadaan terkawal atau tak terkawal. Ada masanya it takes time to someone realize about their mistake, so pihak kita yang perlu sabar.

Sebenarnya konflik mengajar kita supaya jadi lebih baik berkomunikasi dan bergelagat sebagai seorang hamba dengan hamba yang lain.Sedar semua manusia ada kekurangan. Nilai yang lebih tepat lagi kerendahan hati akan terbentuk bila kita cuba memahami conflict sebagai ujian yang merapatkan kita sesama manusia.mudah untuk memaafkan dan mudah untuk meminta maaf.Kita akan lebih sabar bila mengetahui conflict hadir untuk mengajar kita mengenal insan lain,mengajar macam mana nak berdepan dengan manusia yang berbagai ragam.SubhanAllah…Wow…,semakin saya jatuh cinta dengan subjek ni,best jika satu-satu ilmu tu buat kita semakin kenal pencipta kita. InsyaAllah saya ade cita-cita nak sambung dalam bidang psychology, Puan yang mengajar subjek ni ade lulusan dalam bidang psikologi, beliau bercakap pun rasa indah duduk dalam islam.Mantoplah puan..semoga puan lebih success dalam kehidupan InsyaAllah…sebarkan keindahan Islam.

Sebenarnya lagi rapat kita kenal seseorang lagi banyak conflict occurs(berlaku). Kerana hakikatnya manusia ni ada pandangan yang berbeza,pemikiran yang berbeza,cara interaksi yang berbeza. Orang Kedah,Melaka,Selangor,Kelantan contohnya semua ada pembawakan yang berbeza itu yang dikatakan differences create conflict. Macam mana kita selami/fahami perbezaan itu…hargai perbezaan yang ada..sinergikan kepelbagaian(sinergikan,ayat ni sedap didengar.saya ambil dari lirik lagu nasyid baru Demascus:kita berbeza)..lahirkan satu kebaikan dengan perbezaan…ianya akan terjadi bila kita semua cuba melengkapi antara satu dengan yang lain bagi setiap kekurangan dan perbezaan yang ada. Ianya bukan sesuatu yang mudah..untuk beri kefahaman ini pada semua orang sekeliling kita.Mula dengan diri kita dulu,fahami orang lain jangan hanya harap orang nak faham kita.Susah jika begitu.Peringatan untuk diri saya terutamanya,hamba Allah yang seringkali lalai dan leka.

Bukan semua orang boleh terima teguran atau nasihat daripada orang lain. Cara teguran juga mungkin jadi penghalang untuk capai persefahaman tersebut.Situasi pun memainkan peranan penting contohnya anak buat sesuatu perkara yang tidak enak dipandang mata,kita terus tegur depan orang,tambah lagi depan kawan baik dia (kita membunuh kehormatan diri dia,Tanya pada diri siapa kita???hanya Allah pinjamkan untuk jadi ibu bapa kepada mereka sementara sahaja di dunia ni) bila nak tegur atau nak tunjuk kita tak setuju akan sesuatu,ada masanya kita perlu fikirkan keadaan sesuai atau tak,orang tu boleh terima atau tak.

Ade masanya perlu untuk tegur direct dalam keadaan yang terkawal,misalnya nak menegur satu pihak yang berpengaruh dan dalam keadaan berkelompok,kita perlu tegas bila nak menegakkan kebenaran,ikut keadaan..yang penting kita sensitive kene pada tempatnya,Ya..,satu peringatan bersama terutama buat diri saya,kadang-kadang kita risau orang terasa, tapi sebenarnya perkara tu kecil je bagi dia takde apa2,jadi kita kene pandai menilai takut orang rasa muak,saya pun masih belajar untuk menilai.Kadang-kadang status juga penyebab ketidak serasian contoh ditempat kerja kalau boss seorang yang sporting dia sedia ditegur,tapi bila yang sebaliknya,boss rasa dia je betul, ianya tak membantu untuk wujudkan persefahaman. Sebab itulah konflik wujud untuk mengajar kita dari masa ke semasa. Perlu kita ingat,tak semua orang dapat kita ubah, hidayah itu milik Allah..kita Cuma berusaha untuk kurangkan kontroversi setakat yang termampu. Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam segala tindakan kalau nak bergurau misalnya ade had yang kita tetapkan tak kira dengan adik beradik atau kawan sekerja atau sesiapa sahaja, kita jadi lebih care about others feelings.Ade empathy memahami situasi orang lain. Kan bagus macam tu..betul tak??. Sebenarnya apa jugak ilmu kat dunia ini,itu adalah hikmah yang hilang..jadi kita kutip kembali untuk disinergikan dalam kehidupan kita.

Sebenarnya kebanyakan konflik datang dari stress, dia melibatkan dengan orang lain paling kurang dua orang iaitu salah seorangnya mungkin dalam keadaan bermasalah.sebenarnya pengaruh didikan waktu kecil membentuk bagaimana seseorang bertindak. Contohnya mak ayah yang give negative reinforcement pada anak-anak dia membebankan,memperlekehkan membentuk rasa kekurangan dalam diri anak-anak hasil dari tindakan mak ayah yang tak bersyukur dengan kehadiran individu kecil ini tadi, it will create more konflik dalam jiwa kanak-kanak yang sememangnya fragile(rapuh) tu tadi. Sememangnya saya tak layak nak mengatakan tentang perkara ini,hakikatnya pengalaman saya pun terbatas..masih belajar urus diri pun tak sempurna.Tapi saya rasa terpanggil untuk menyatakan tanggungjawab itu bapa itu amat besar,sehinggakan cara mereka approach juga member kesan pada perkembangan kanak-kanak dari segi psikologi.Amat member kesan.

As a parents we need to understand how to resolved the matters.Kene terima,nobody is perfect. Terima kekurangan anak, saya ada lihat satu cerita Hindustan, huyo…cerita Hindustan, bukan tak boleh kita tengok cerita/filem2 hindustan,korea dll ni,tapi kita tengok untuk melihat apa kebaikan yang ada,bila kita rasa satu cerita tu takde manfaat tak payah tengok,begitu juga ibu bapa kalau nak bagi anak tengok TV die kene ada sekali untuk guide..kadang mereka menerima bulat2 apa yang dipertontonkan dan terus mengaplikasikan perkara tersebut, kalau nak bagi mereka pilih cerita sendiri baik bila situasi saluran TV semuanya seperti TV Al-Hijrah..kerana hakikatnya iklan TV pun banyak unsur tidak baik,mohon maaf itu hanya pendapat saya semata.Saya ade terbaca satu bahan bacaan ni dimana seorang mempertikaikan ustaz yang mengaitkan cerita2 di TV dalam ceramahnya…mereka pihak ustaz ni sebenarnya bukan menolak mentah2 akan sesuatu,tetapi mengambilnya sekadarnya untuk keperluan akhirat.Harap anda mengerti apa yang saya maksudkan.

Taklah semua cerita Hindustan saya layan,yang ni pun secara kebetulan tengok waktu tu,ilmiah jalan ceritanya,jadi saya pun layanlah.Dia menceritakan bagaimana anak kecil yang istimewa dari segi penerimaan ilmunya.Kalau orang lain tu tengok tengok tulisan di papan hitam dia dah boleh bace,tapi ade jenis kanak-kanak dia lambat pick up,bukan bodoh,sebagai muslim kita jangan mudah melabelkan orang sebagai bodoh.

Dalam cerita ni,kanak-kanak ni perlukan sokongan dan perhatian yang lebih,tapi mak ayah dia tak faham,pihak sekolah pun tak faham..cuba bayangkan darjah 3 masih tak boleh menulis dengan betul ayat “ayah” di tulis “yHay”,akhirnya ade seorang guru dari sekolah kanak2 kurang upaya yang menggantikan guru paling garang disitu, dia mengajar penuh keseronokan…tapi malangnya kanak2 yang lambat pucik up ni tadi seperti mati semangatnya kerana sentiasa diherdik,dihina..dan ade satu kata2 guru itu kepada ayah kanak2 yang lambat pick up ni yang menyedarkan si ayah bahawa didikan perlu dengan kasih sayang lebih kurang beginilah kata-katanya “ tahukan kamu ade sebuah Negara Amazon (kalau tak silap saya) dimana mereka nak menebang pokok bukan dengan kapak,parang atau benda2 tajam,tapi cukup sekadar dengan kata-kata sumpah seranah..maki caci….mereka akan dapati hasilnya pokok-pokok tersebut mati secara perlahan-lahan..ini adalah fakta,sedar tak kita sebenarnya kata-kata memainkan peranan penting dalam kehidupan.

Ada sepotong ayat dalam al-quran “fitnah itu lebih besar dari membunuh” betulkan jika saya silap. Ianya jelas menunjukkan kata-kata jika kita tak gunakan dengan betul ianya lebih besar kesannya dari membunuh. Kadang kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang. Kesimpulan untuk konflik ni,adalah bila kita sedar wujudnya konflik dalam kehidupan..cuba merungkai dan memahami bagaimana wujudnya dan bagaimana menyelesaikannya untuk menjadikan kita lebih bersedia menghadapi masalah macam mana nak kawal our behavior, cara pemikiran, reaksi…utamanya kita jadi matang bila diuji dengan konflik.Lebih kuat dan lebih faham kepentingan ajaran islam tentang nilai-nilai murni dan kehormatan diri seseorang yang bergelar manusia..lebih tepat lagi seorang hamba.

Baiklah…seandainya kita menjumpai perbezaan dengan orang sekeliling kita jangan rasa stress..itu juga satu peringatan buat diri saya. Kita kene think positif. InsyaAllah kita mampu untuk menyatukan perbezaan dengan melengkapi dan pastinya dengan pergantungan penuh pada Allah. Kerana Allah pemilik hati setiap dari kita. Mohon doa padaNya. Seorang sahibah pernah memberikan jalan pada saya satu masa dahulu..waktu diploma. Dia kata jika kita ade konflik dengan sesiapa pun buatlah solat hajat khusus untuknya.Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik kepada keduanya.Jadi kita kene lihat perbezaan itu untuk bersatu, untuk bersatu bukan senang, perlu kesabaran dan keyakinan. Ade satu ayat Al-Quran yang menyuruh kita memohon untuk tempuh ujian atau cabaran dengan jalan kesabaran dan solat (berdoa), tak silap saya surah Al-baqarah ayat 153,mohon teguran jika saya silap. Tapi yakinlah dengan jalan-jalan yang Allah beri.

Ade orang dia berani berdepan dengan orang ramai,dia mampu dan dia berilmu,ade pula ciri pemimpin selayaknya untuk dia maju ke depan gunakan diri dia sebagai aset buat Islam disebarkan. Ade orang dia hebat berkata-kata selayaknya dia menjadi motivator.Ade orang hebat dalam penulisan,hebat dalam kata-kata hebat ilmu agamanya,selayaknya dia untuk menjadi penceramah. Ade orang tak ade keyakinan diri untuk berkata-kata dihadapan khalayak ramai,mungkin dia boleh menulis atau menyampaikan ilmu kepada anak-anak,sahabat terdekat. Ade orang sukakan sport(sukan) dia masih boleh ikuti usrah-usrah dalam masa yang sama aktif bersukan,jaga waktu solat.Sebarkan Islam melalui cara bersukan. Ade orang hebat dengan IT dia boleh salurkan kepakaran dalam bidang IT,tak salah dia mendalami ilmu agama dan menyampaikan apa ilmu yang dia ada untuk Islam melalui medium-medium berteknologi tinggi. Walau kita berbeza,kita boleh bersatu dengan kepercayaan dan kekuatan Iman. Bersangka baik itu serendah-rendah hak ukhuwah.Mari sama-sama sinergikan perbezaan.Tak semua kita buat tu betul dan tak semua yang orang buat tu salah. Ingat kita berbeza untuk bersatu. Jom layan lagu dari Demascus ni…Apepun Al-Quran dan sunnah jadikan sebagai panduan hidup kita bersama.WaAllahu A’lam.Salam ukhuwah buat anda tak kira dimana berada.Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi. Amin Ya Rabb.

DEMASCUS KITA BERBEZA


Lirik Lagu: Kita Berbeza - Damascus

[Rap]
Jika Tuhan mahu Dia boleh cipta
Kita semua sama langsung tiada yang berbeza
Tapi sebaliknya dia ciptakan
Tiap manusia pelbagai perbezaan
Sebagai ujian buat kita semua
Tinggal kita cari hikmahnya ada di mana
Moga jumpa jalan sebenar untuk ke sana

Kita sering tak sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza

Kau suka ini dan itu
Aku mahu begini begitu
Banyak sisi dalam hidup
Yang kita berbeza

Dan itu semua
Tak semesti bisa jadi
Konflik yang membarah
Jika kita bisa tuk memahami

[Chorus]

Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidupmu lebih warna warna
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti

Kita tak pernah sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza

[Brigde]

Dan bila diuji
Keteguhan kita miliki
Sejauh manakah
Kita sinergikan kepelbagaian

[chorus]

Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup lebih warna warni
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti

ambil dari lagubestbest.blogspot.com

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE