“Ya Allah,taubatku terlalu sedikit tetapi rahmatMu melangit luas"

1/24/2012 07:29:00 PM Edit This 0 Comments »

Tenang lihat langit Ilahi...terlupa seketika masalah duniawi..Ya Allah tenangkan hati kami setenang langit ciptaanMu..
Selingan:hehehe....Apa yang anda dapat lihat kat gambar ni???Saya nampak seekor burung, itupun nasib baik dia tak terbang lagi,sempatlah ambil gambar.Wanita...pun begitu kerana apa??dia tak tahu apa niat orang yang nak dekat tu...nak jual ke nak pelihara dengan baik. Bila tiada sifat malu...hilanglah indahnya,macam burung lah...bila senang nak tangkap takde sape nak tangkap burung..macam tulah jugak rama-rama yang ramai orang umpamakn wanita seperti rama-rama.Jadi hargailah dirimu wahai wanita..malu itu perhiasan dirimu...
SubhanAllah...walhamdulillah...walailahaillAllah...Allahu Akhbar.

“Ya Allah,berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya,sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,keluarga,anak-anak kami dan sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.Jangan(Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,walaupun dekadar sekelip mata atau kadar yang lebih mudah dan cepat.Wahai tuhan yang memperkenankan doa (perkenankanlah).Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad,Nabi yang mulia,kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda Amnya.”(Sebahagian dari doa mathurat)


Alhamdulillah bersyukur pada Allah,masih diberi peluang untuk bernafas,berjalan,menulis kat blog ni dan lain-lain nikmat yang tak mampu nak dibalas oleh hambanya yang terlalu banyak kesalahan dan kekurangan ini. Di harap dengan hadirnya rasa syukur di segenap ruang hati hambaMu ini Ya Allah...menjadi saksi di akhirat nanti bahawa hambaMu ini pernah bersyukur padaMu. Tidak layak rasanya untuk diri ini menulis, tapi dikuatkan juga untuk menulis. Semoga kesilapan dapat dikurangkan dari masa ke semasa dalam penulisan,maklumlah si penulis hanya insan biasa. Sering melakukan kesilapan, tapi tak boleh akur begitu sahaja kene ada usaha. Jom berusaha kurangkan kesilapan dalam setiap apa yang kita lakukan.

Saya tak harap follower yang ramai....saya tak harap nama dikenali...saya tak harap penghormatan..tetapi yang saya harapkan adalah hati yang ikhlas untuk mendapatkan setitis ilmu...yang merindukan kasih Ilahi...yang dihatinya tak lekang mengingati PenciptaNya...kerana itu mampu menenteramkan hati...memberi keyakinan kita akan saling mendoakan untuk kebaikan bersama,kerana itu setiap nama yang terukir dalam penulisan saya bukan tanda rapatnya saya dengan insan-insan hebat itu,tetapi agar lidah kita ringan untuk mendoakn mereka agar kekal di jalan kebaikan. Ingatlah bila kita mendoakan insan lain malaikat mendoakn untuk kita. Jadi bila ada pujian dilontarkan beserta dengan nama jom sama-sama mendoakan agar bertambah kebaikan dalam diri mereka,bertambah kekuatan untuk menjadi hamba yang terbaik.InsyaAllah..sama-sama kita hubungkan hati pada kasih sayang Allah.

Tak tahu kenapa diri seolah-olah rasa malu pada kalian...sidang pembaca yang budiman...saudara-saudara seagamaku,akal-bakal penghuni syurga. Kalau Allah zahirkan segala kekurangan diri ini...terlalu banyak..mungkin tanpa sedar banyak insan terluka dengan tindakan sendiri, mungkin banyak insan yang salah sangka dengan tindakan diri ini. Mungkin banyak yang telah dilakukan sehingga menyusahkan insan lain walaupun niat nak memudahkan....,Ya...kita insan biasa,yang tak lepas dari kesilapan tapi perlu bertindak luar biasa. Luar biasa macam mana?? Kalau kita rasa kita banyak susahkan orang untuk hari tu,kita cuba sebaiknya untuk membantu sesiapa sahaja disekeliling kita...pensyarah, adik bilik,mak cik cleaner, anak kucing yang lapar..kawan-kawan.....supaya hati kita tenang.Kadang-kadang kita akan terasa bersalah sangat untuk satu hari yang kita jalani...atau mungkin sangkaan kita..dimana hati rasa tak sedap.

Macam ade yang terluka disebabkan kita. Pertama sekali, of courselah as a muslim mengadu/doa pada Allah dulu...ambil wuduk tenangkan diri dengan solat sunat 2 rakaat. “Ya Allah, aku tak tahu apa yang telah aku lakukan hari ni, tapi hati ni rasa tak sedap sangat. Mungkin tanpa sedar aku menyusahkan insane lain...merunsingkan fikiran insan lain...mengecewakan insane lain...aku tak tahu Ya Allah.Semoga kau mudahkan urusan insane disekeliling ku ini...tenangkan hati mereka. Teknik ini adalah yang terbaik bila kita tak pasti samaada sangkaan kita betul atau tidak samaada kita telah menyusahkan,menyakitkan atau mengecewakan insan lain tanpa sedar.Daripada kita rasa bersalah tanpa sebab, adalah baik kita mengadu padaNya...yang sememangnya sentiasa ada disaat kita suka atau duka.

Setiap dari tindakan kita perlu diteliti. Samaada ianya memberi kesan buruk atau tidak. Sekecil perkara saya alami dimana baru tersedar ianya mampu beri impak besar terhadap agama saya. Apa dia???. Menjawab panggilan telefon. Eh...,betul ke ni??? Betul. Menjawab panggilan telefon.Saya memang sangat rapat dengan ibu, adik-adik dan teman sebilik. Kadang-kadang kalau ibu yang telefon, saya lupa orang sekeliling. Begitu juga dengan teman yang saya rapat dan selalu bergurau. Satu hari ni, adik bilik telefon, dalam waktu saya nak keluar kolej. Macam biasa saya jawab telefon, bergurau dan ketawa sambil dia memesan barang yang nak dikirim. Bila ada seorang lalu dan saya kenal berkata “Hai..siape tu, pakwe ea..??”.

Saya tersentak tapi menggeleng dan teruskan perbualan.Tapi bila balik bilik, terus terfikir,jika yang melihat orang yang benar-benar faham Islam, dia boleh bersangka baik, tapi kalau yang tidak faham,atau orang kafir yang berfikir begitu....kalaulah fitnah hadir dengan imej Islam yang cuba saya bawa,saya rasa bersalah sangat.Kalau hanya fitnah pada diri takpe, tapi fitnah buat Islam, saya tak sanggup. Benarlah ada satu ayat yang sering diulang-ulang oleh seorang doctor yang juga merupakan penceramah iaitu Dr.Azizan dari UKM,saya rasa ayat ini juga sering anda dengar tapi saya tidak pasti ianya hadis, firman Allah,kata-kata ulama’ atau apa,yang pasti terus timbul dalam ingatan kata-kata tu “ Jangan sampai fitnah datang dari penjuru kamu sendiri” lebih kurang begitulah tak silap saya. Ya Allah,saya tak nak jadi penjuru yang menjadi fitnah buat Islam itu sendiri.

Jadi tak kira siapa pun kita, bila bergelar muslim dan sayangkan Allah dan Islam,kita kena pamerkan keindahan Islam jangan sampai diri kita menjadi fitnah buat Islam. Tak silap saya penceramah tersebut ada juga memberi contoh seorang muslimat yang menjaga peribadi sehingga nak berjumpa dengan abang(muhrimnya sendiri) berfikir dua tiga kali,ajak teman..takut menjadi fitnah buat Islam.

Satu lagi kesilapan dimana pernah saya nyatakan dalam blog ini berkaitan menonton filem/video/drama/sinetron Hindustan,korea dan lain-lain lagi. Memang tak salah, tapi bila kita menonton dengan niat nak ambil pengajaran tak apa,masalahnya bila kita menonton kita akan cuba mengahayati untuk memahami dan pastinya sedikit pun kita tak nak missed. Kalau cerita tu, ade orang yang tidak menutup aurat,berlaku ikhtilat(pergaulan bebas L/P), tindakan-tindakan pergaulan kurang bermoral dan macam-macam lagi...Banyak yang melalaikan dari yang bermanfaat,apa yang kita dapat hanyalah sedikit pengajaran dihujung cerita.

Bagi orang dewasa yang boleh berfikir dengan matang pun kadang-kadang terbawa nilai yang tidak baik dalam video/cerita/kehidupan seharian,apa lagi kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia. Bagi contoh cerita yang saya cerita pada penulisan yang sebelum ini, cerita tersebut bebas dari isu seksual, tapi sangat bermanfaat apa yang nak disampaikan.Jalan ceritanya sepenuhnya berkaitan dengan kehidupan kanak-kanak yang kurang keupayaan dari segi pembelajaran. Sangat baik untuk mengajar ibu bapa memahami anak-anak. Apa saya nak highlightkan di sini adalah kefahaman kita dari mana kita datang,untuk apa kita diciptakan dan kemana kita akan pergi selepas ini (lepas kematian).

Bila kita faham konsep ini dengan betul, setiap yang kita buat hatta nak tengok cerita pun kita akan fikir aku nak kat akhirat nanti bila bentangkan amalan cerita yang aku tengok ni Allah kira sebagai amalan. Jadi bila konsep ini kita sama-sama faham,segala sesuatu tu kita nak buat kita akan relatekan dengan akhirat..dengan amalan jadi pilihan kita pun bersebab bukan hanya suka-suka. Ade satu kajian, tapi ianya berkaitan dengan muzik, dimana diletakkan 3 ekor ayam ditempat yang berasingan. Tempat yang pertama ayam diberi dengar muzik rock setiap hari, tempat kedua ayam diberi dengar muzik jiwang@sentimental, tempat yang ketiga diberi dengar nasyid berunsur ketuhanan setiap hari.

Sampai satu waktu dikeluarkan ketiga-tiga ayam dan terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga ayam tersebut iaitu ayam pertama seperti terhoyong-hayang tidak dapat berjalan dengan baik. Ayam yang kedua sangat lemah-gemalai. Ayam yang ketiga tadi berjalan dengan stabil. Kajian ini kajian sebenar. itu baru ayam yang tidak pandai berfikir. Dan itu baru lagu sudah beri kesan pada fizikal,agak-agaknya bila remaja diluar sana menonton cerita-cerita korea,Hindustan yang berunsur sentimental,percintaan dan perasaan.

Apa akan jadi.....apakah mereka akan berkobar-kobar untuk belajar dan pejuangkan/tegakkan Islam ataupun sibuk mencari pasangan yang dapat membela atau membelai diri mereka...???Kita fikir-fikirkan dimana medium dakwah Islam melalui telivisyen????kalau adapun cerita melayu...lebih pada unsur momokan hantu,percintaan,dengki khianat..diselitkan dengan ikhtilat(percampuran bebas L/P,pakaian menjolok mata, budaya-budaya barat berdisko,perkataan-perkataan lucah yang terbaru popular dimulut kanak-kanak tak silap saya “Nak ke bang..,Tengok je pun boleh”...ataupun perkataan yang kurang beradab dari cerita dulu-dulu “Itulah kecik-kecik tak nak mampus,dah besar susahkan orang je” unsur-unsur yang tidak baik lebih mudah diserap oleh anak-anak muda.

Mereka tak nampak nilai baik yang nak ditunjukkan kerana unsure yang tak baik itu lebih banyak dari unsur yang baik. Ianya perlu untuk kita sama-sama memikirkan apa akan jadi pada pemuda negara yang bakal jadi pemimpin suatu hari nanti yang hiburan disekelilingnya banyak melalaikan mereka dari tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Saya hanya ingin meluahkan rasa hati. Beberapa waktu yang berlalu saya pernah menulis bahawa satu peribadi insan telah mencuri hati kecil ini...peribadi yang cuba mencontohi Rasulullah..kekasih Allah. Pada asalnya saya hanya meluah dan saya harap saya dapat menjaga rasa itu agar tak melebihi rasa cinta pada Allah ataupun melupakannya. Ya memang rasa itu Allah izin untuk singgah di hati kecil saya ni. Rupa-rupanya rasa itu tanpa dipandu dengan baik membuat hati saya menjadi keras. Dalam diam, rasa itu mewujudkan harapan...ditambah pula seringkali seorang sahabat mengadu bahawa dia nak kawin...Bila sentiasa saya menasihatinya agar berusaha untuk memperbaiki diri dan betulkan niat utama perkahwinan itu redha Allah. Hati yang dipandu syaitan membisikkan rasa untuk menyayangi dan disayangi,rasa itu tak salah yang salah bila kita termakan bisiskan syaitan yang mudah mengaburi mata kita. Dalam saya cuba tepis...rupanya saya curang dalam mengejar cinta Ilahi. Saya tidak berhubung dengan Insan itu, tidak pula berjumpa...bahkan setahu saya diapun mungkin tidak tahu apa yang tersimpan disudut hati kecil ni kerana dia ada dunia dia sendiri,saya pun ada dunia saya sendiri.Tetapi tanpa sedar kerap kali memikirkannya...dalam solat saya cuba mohon agar hati tak jauh dari mengingati Allah. Tapi semakin saya cuba kuatkan diri,semakin keras didalam hati.

Tapi bagaimana ianya boleh mengeraskan hati saya???.Saya nak bermunajat pada Allah tapi air mata susah sangat nak mengalir...saya pergi ke majlis ilmu tapi hati tak tersentuh....Ya Allah, rupa-rupanya dalam saya cuba melupakan atau cuba mendidik hati bahawa cinta Allah lebih utama..saya menyimpan kekesalan dalam hati...kenapa dia tak ditakdirkan untuk aku dan adakah dia bakal ku milki....Ya Allah,sedikit rasa itu tadi sudah mampu menggugat keyakinanku padaMu. Aku mempersoalkan ketentuanMu. Sahabat-sahabat seislamku yang kucintai kerana Allah....disini ingin sekali aku berpesan..mungkin anda lebih kuat dan lebih kukuh hati bila diuji dengan lawan jantina.

Saya mengaku bila Allah uji rasa hati dengan rasa kasih sayang atau cinta mungkin...,saya lemah. Kerap kali menangis mengenangkan hati jauh dari Allah. Kerap kali jua bisikan durjana mengatakan "kau hanya berharap" Ya, hanya berharap,tetapi berharap pada sesuatu yang rapuh..dan belum pasti meskipun tanpa sebarang hubungan aku mula hilang tawakkal...mula rapuh keyakinan pada yang maha kuasa....tidak, kali ini aku perlu bangkit....keyakinan yang mantap pada kekuasaan Allah takkan mengubah hati walau siapapun yang Allah takdirkan untuk kita. Walau tiada jodoh didunia ini sekalipun...cukuplah cinta kerana Allah itu bukan untuk dimiliki tetapi diyakini bahawa Allah lebih besar dari segalanya......bila Allah yang utama pada pandangan kita yang lainnya bukan lagi masalah...kita yakin Allah pengatur yang terbaik.Tapi bila Allah dipandang kecil...maka pergantungan rapuh itu layaknya untuk kekal atau hilang begitu sahaja????tanya pada hati..biar iman yang menjawab.

Tetapi lihatlah...ujian rasa hati itu menggelapkan hati...bila diri rasa tak layak untuk insan lain,dalam diam saya tak redha dengan ketentuan Allah. Apatah lagi dengan yang bercouple...jika anda rasa anda kuat, selalu mesej pun mesej baik-baik je...siap ajak solat lagi, tapi mampukah anda menerima bila insan itu pergi begitu sahaja dari hidup anda???Mampukah redha dengan takdir Ilahi...mampukah anda katakan bila diuji “Allah itu lebih utama...aku redha dengan ketentuanMU”Jangan biar rasa cinta untuk hambaNya melebihi rasa cinta kita padaNya (Allah SWT). Bila bercouple sudah tentunya hati kita tak boleh nak fokus pada Allah, cinta kita pada sidia rapuh,bukan kerana Allah,sedarlah cinta kerana Allah itu lebih kukuh dan kekal...tidak sekali-kali menjerumus insan yang kita sayang ke lembah maksiat yang hina pada pandangan Allah dan RasulNya...dan itu confirm....tidak berkekalan jika berkekalan amat payah untuk bina bahagia yang mulanya payah...iaitu mujahadah lawan nafsu...tunggu waktu halal yang sah..dihujungnya baru terasa manis.Sedangkan rasa sayang je dah cukup membuat hati teringat-ingat. Tak mungkin lagilah bila orang yang bercouple tu nak ingat Rasulullah SAW...sentiasa rindu pada sunnah Rasul....sebab dia sendiri berhubung dengan bukan muhrim yang masih belum halal untuk dirinya dan itu adalah sesuatu yang tidak baginda sukai.

Sebab itulah kebanyakan ulama’ menyatakan bercouple itu haram. Kerana kita tak mampu untuk melupakan seseorang yang kita sayang dan belum ada guarantee itu milik kita,kita jadi nak memiliki tapi lupa yang ingin kita miliki itu adalah milik Allah.Jadi hubungkan hati kita sepenuhnya hanya pada Allah, Indah tawakkal itu dengan usahanya baiki diri dari masa kesemasa...lengkapkan diri dengan ilmu untuk dunia dan akhirat.Keikhlasan dan kebergantungan kita pada Allah belum cukup kuat sebab itulah jalan bercouple menjadi pilihan. Apapun sebagai Muslim tanggungjawab mempamerkan keindahan Islam itu terletak dibahu kita. Nak atau tak kita perlu jaga peribadi dan pamerkan keindahan Islam kerana jika fitnah yang timbul hanya pada nama kita tak mengapa tetapi fitnah akan terukir pada Islam.Menjadi kewajipan kita untuk menjaga nama baik Islam, dan itu semestinya memerlukan tarbiyyah(didikan yang berterusan).Dan tarbiyyah itu memerlukan proses yang panjang dimana proses itu pada usaha,keyakinan pada Allah dan istiqamah.

Tarbiyyah itu bukan segala-segalanya,tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Nak didik hati untuk jadi sabar misalnya, memerlukan seseorang itu proses hati dalam setiap keadaan contohnya diuji dengan anak sakit, suami diberhentikan kerja kerana masalah kewangan syarikat, boss suruh siapkan kerja berat dalam masa seminggu sahaja. Dalam keadaan yang amat tertekan ini, bila individu itu cuba proses hati dia dengan mengatakan ini semua ujian. Dan dalam sibuk nak siapkan kerja tiba-tiba kawan mintak tolong tunjukkan kerja dia sebab kita sorang je yang betul-betul faham berkenaan kerja yang dia kene buat tu,proses tarbiyyah hati perlu terus berlaku, dia perlu tolong kawan tadi sebab hanya dia yang faham untuk terangkan kat kawan tadi.Dalam situasi ni, perlu betul-betul proses hati supaya sabar,dan yakin Allah akan bantu selesaikan masalah satu persatu. Dalam waktu yang sama perlu jaga waktu solat,didik hati dan diri supaya faham solat itulah waktu untuk rehat dengan tenang dan tenteram.

Bangun pagi nak berdepan dengan anak yang sakit dan suami yang dah diberhentiakn kerja kita dah bersedia dengan solat subuh rehatkan diri dengan munajat pada Allah. Di tempat kerja banyak kerja menanti didik hati untuk tertunggu-tunggu waktu solat zohor nak mengadu pada Allah nak rehatkan diri. Nak ke petang kerja masih tak siap,proses hati supaya tertunggu-tunggu waktu asar nak rehatkan hati dengan ketenangan zikrullah. Selesai solat sambung kerja,kawan bantu kerja selesai. Balik rumah nak masak,basuh kain,mandikan anak terus pada persiapan diri dan proses lagi hati agar rindu nak solat berjemaah dengan suami begitu juga dengan isyak. Bila kita dah didik hati kita bahawa dengan solat itu kita lebih tenang dan rehat. InsyaAllah satu hari nanti bila timbul masalah kita tetap tenang kerana ade waktu rehat 5 kali sehari semalam.

Ade tempat mengadu yang setia sehingga bila waktu rehat berbaki 15 minit kita sanggup pilih solat dari makan kerana rindunya hati terdidik untuk mengutamakan solat.Hikmahnya amat banyak dan sudah pastinya untuk proses mendidik hati itu dan untuk perubahan bukan hanya seketika malahan mengambil masa yang lama agar ianya kukuh dan memberi kesan dalam pada diri. Ianya dapat kita lihat bagaimana usaha Rasulullah mendidik keyakinan iman dan akhlak dizamannya bertahun-tahun.Bukan sesaat,sejam,sehari,seminggu atau sebulan. Tidak pula muslim itu merendahkan kekurangan yang lainnya malah top up-top up lagi mana kekurangan yang lainnya.

Tak cari-cari kekurangan malah membantu sesame sendiri.Itulah indahnya Islam bila kita paham dan amalkan dengan terbaik, Semoga Allah bantu kita terutamakan saya untuk saya melakukan apa yang saya sampaikan. Amat besar murka Allah bila saya sampaikan tapi saya tidak melakukan.Jom sama-sama berusaha jadi hamba Allah yang tidak melihat-lihat kesalahan insan lain bahkan membaiki diri dan proses diri agar bentu insan yang melakukan kesalahan tadi kerna tiada insane yang sempurna didunia ini. kenapa kita tidak memikir untuk bersatu daripada mencela satu sama lain yang hanya akan beri peluang kepada bukan Islam untuk memanipulasikan kita???Fikir-fikirkan bersama..Salam ukhuwwah kepada saudara seislamku sekalian..Jom bina jambatan hati untuk capai Redha dan cinta Allah.Wa'Allahu A'lam.

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE