PEnaNTiaN satu proses

3/06/2012 07:43:00 AM Edit This 0 Comments »






Penantian bukan penyeksaan tapi suatu proses
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Alhamdulilah,Allah beri kesempatan untuk benafas kat bumiNya, Allah beri juga kesempatan dalam waktu exam ni untuk menulis pengisian dalam blog ni.Alhamdullillah..TQ Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W yang penyayang lagi mulia,para sahabat dan keluarga baginda.
Sekali lagi Alhamdulillah,jom rajin2kan diri kita memuji pemilik hati setiap diantara kita.Alhamdulillah..saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Mohon doakan wahai sahabat2 sekalian. Next paper will be 9, 12 and 16 march 2012. I don’t know what and why I feel like this..even though the gap is quite relaxing, there still much question in my mind. Huhu…Ya Allah hati dilanda keresahan dalam penantian. Penantian yang sememangnya kita takkan tau ape akan terjadi elok,lusa dan bila2 waktu yang akan datang.
Selalu orang kata penantian satu penyeksaan betul ke???. Saya tertarik dengan pengisian di blog BroHamzah berkaitan penantian suatu proses kalau tak silap.Penantian tu memang suatu yang payah….dalam menuntut ilmu ni pun memang payah. Kehidupan kita ni pun kalau kita perhatikan dengan teliti kita seolah-olah berada dalam satu penantian..penantian untuk penghujung kehidupan didunia…menanti dimana pula destinasi kita yang seterusnya.syurga atau neraka.Pengertian yang memerlukan pemahan dan pengorbanan yang bukan paksaan supaya tidak terasa satu penyeksaan.
Alhamdulillah, lepas msg dengan sorang sahibah saya masih boleh lagi la orang kata walau risau tapi masih ade gap. Tapi sahibah ni ade 5 paper lagi dan dalam msg dia menyatakan InsyaAllah belajar ni satu jihad,sebab tu ganjarannya syurga..tapi nak melalui jalan2 di dalam menuntut ilmu tu akan ada rasa payah. Rasa payah itu sebenarnya yang selalu orang kata penyeksaan walhal ia adalah satu proses.
Bukan setakat belajar je ade proses dan penantian yang merupakan kepayahan. Dalam kehidupan seharian pun ade semua tu…dalam waktu kerja,mendidik,mengasuh anak dan lain2. Ape yang kita perlukan disini, dalam waktu penantian (wujud kepayahan) itu adalah proses, dimana dalam proses itu mendidik kita untuk bersedia(be prepared), kalau student make revision, cuba fahamkan subjek2, berbincang dengan kawan2. Kalau hal kehidupan yang biasa kita lebih pada muhasabah ape yang dah kita buat..fahamkan kenapa berlaku sesuatu dan ape yang perlu kita ubah jadi kita bersedia untuk setiap kemungkinan.
Bersedia untuk jadi kakak yang baik,bersedia nak hadapi peperiksaan,bersedia nak menuntut ilmu,bersedia nak jadi student yang baik,bersedia nak jadi ayah yang baik, bersedia nak jadi ibu yang baik,bersedia nak jadi tenaga pengajar yang baik,bersedia nak jadi pekerja yang baik dan lain2 lagi. Dalam waktu persediaan tu kita kena proses setiap perkara dengan baik. Dan permulaan untuk segalanya adalah niat/fokus/matlamat jadi betulkn niat kita dan sebolehnya set matlamat yang besar awal bulan yang lepas ade sorang penceramah bagi talk berkaitan magnet suksess kalau tak silap...sebut nama pasti anda kenal “Amin Idris”.
Alhamdulillah, waktu tu saya demam tapi hati kate nak g jugak..memang Allah izin untuk saya dapat ilmu tu..antara ilmu yang saya timba dari talk hari tu,kita ni kalau takde matlamat tak tau hala tuju, dan bila ada matlamat pun kalau tak cukup besar dan focus kita akan mudah disibukkan dengan perkara yang tak berfaedah...jadi mari kita set tinggi2 matlamat. Penceramah katakan... If wanna dream,dream big,if people say you’re crazy that is mean the dream is big enough...but if people just ignore it that is mean your dream not too big. Banyak lagi yang best nanti akan saya kongsikan kat bawah ea...
Dalam menuntut ilmu ni terutamanya kita lihat hati kita(rasa malas kita proses balik hati,rasa takut,resah macam yang saya tengah alami ni,kita kene proses balik hati bahawa periksa ni satu jalan untuk kita dekatkan diri pada Allah,lagi kita risau lagi kita kene ingat Allah,bukan pegi tempat2 yang tak sepaptutnya atau pegi dengar lagu yang lagi peningkan otak kita bukan tak boleh dengar,dengarlah kalau nak tapi utamakan ingat pada Allah dan perkara yang mengingatkan kekerdilan kita disisi Allah…sedar kita dalam ujian Allah,ujian Allah untuk kita lebih ingat pada Dia),hubungan kita dengan manusia(kawan2,pensyarah, ibu ayah,adik beradik dll),hubungan dengan Allah yang perlu kita lebih utamakan.
Study tu study, tapi penuhkan waktu kosong kita dengan zikir, muhasabah dan perkara yang Allah suka contohnya ziarah sahabat, bagi diorang kata2 semangat, ataupun penuhi hajat kawan2 contohny ade kawan mintak tolong dan sebagainya. Cakap memang mudah begitu juga dengan menulis. Tapi nak buat tu perlukan mujahadah dan ianya juga perlukan proses hati,kita didik hati kita supaya suka buat perkara2 yang menggembirakan orang lain tapi sedar tahap kemampuan kita juga untuk melaksanakan perkara tersebut.
Doakan hati ini dikurniakan ketenangan…,dikurniakan kelancaran idea dan penulisan didewan exam..juga semoga dikurniakan kekuatan untuk melakukan setiap apa yang ditulis dan diperkatakan InsyaAllah. Semoga Allah kurniakan kita kebahagiaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.InsyaAllah usaha selagi terdaya, jangan putus asa..kesilapan/kekurangan bukan untuk dikesali tapi diperbaiki,ketenangan bukan untuk dinanti tapi dicari, kasih sayang dan sahabat bukan untuk dimiliki tapi dikongsi,ilmu bukan untuk ditayang tapi ditingkatkan dan diproses supaya membentuk keimanan.
Salam ukhuwah kerana Allah buat semua…bakal2 penghuni taman syurga yang rindu nak jumpa Rasulullah ditaman syurga…saya berdoa agar kita semua ditempatkan disyurganya InsyaAllah.Salam peperiksaan buat siapa2 yang sedang menduduki peperiksaan.Sesiapa yang berusaha pasti Berjaya…InsyaAllah Katakan “Boleh untuk Islam.Boleh untuk Allah dan Rasul. Boleh untuk saudara seislam kita dimana jua disetiap pelusuk dunia”.Kita boleh untuk maju kehadapan dalam setiap perkara. AllahuAkhbar!!!...
Kata2 dari testi iluvislam
Berpenat lelahlah,kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan…janganlah berduka cita kerana hidup ini meletihkan.sebab demikianlah hidup ini diciptakan.Imam
_Imam Asy-Syafie_
“Aku sediakan bagi hambaKU yang soleh.Suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata,tidak pernah didengari dengan telinga,Dan tidak pernah terlintas dihati manusia.
_Hadis Qudsi:Riwayat Al-Bukhari dan Muslim_
Antara perkongsian hot tips dalam talk with Amin Idris@ Kuis
Ialah:
1.belajar dari kegagalan(orang yang hebat pun buat silap tapi dia belajar dari kesilapan sebab tu dia Berjaya)
2. Jangan putus asa(never give up..NEVER SAY NEVER,FIGHT TILL THE END..
3.Memberi adalah syarat menerima..saya suka ayat ni...lau kita nak menerima syaratnya adalah memberi..nanti lebih banyak akan diterima tanpa dipinta dan syarat memberi perlu Ikhlas kerana Allah.OK.
4. Kalau nak berubah,berubahlah sekarang. Niat yang baik tu,jangan ditangguh2 sebab kita tak tau bila nyawa kita akan ditarik dan semestinya tak dapat nak tangguh walau sesaat sekalipun(jangan beralasan).
5. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan...dalam kehidupan mahupun dalam dunia belajar...penantian bukan penyiksaan tapi proses yang perlukan pemahaman,keihklasan dan pengorbanan yang Allah lihat usaha bukan hasil..better late than never. WaAllahu A’lam...Bit Taufiq Wannajah..Chayo2..All the best..Allahu Akhbar..!!!

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE