Hamba Allah @ Hamba Ramadhan???

6/25/2012 05:00:00 PM Edit This 0 Comments »

Dengan NamaMu Ya Allah hambaMu ini memulakan penulisan...semoga terhindar dari perkara yang mendatangkan fitnah buat agamaku,keluargaku dan juga diriku.Selawat dan salam juga ke atas Rasulullah S.A.W...Rasul junjungan mulia..para sahabat dan keluarga baginda.

Assalamua’laikum wbt..buat sahabat2 sekalian..lama rasanya jari-jemari ni tak menari di papan keyboard..rindu nak share dan Alhamdulillah Allah izin dengan waktu yang ada dapat share something kat sahabat semua InsyaAllah.Tak terlambat rasanya nak ucapkan salam bulan Rejab buat kalian...dan yang bakal muncul pula nanti Syaaban dan seterusnya Ramadhan yang kita semua rindui...Ya Allah,kejap je rasanya dah nak Ramadhan semula...,tandanya umur pun semakin meningkat....waktu untuk kita kembali pun semakin hampir..entah cukup,entah diterima amal selama ni kita tak tau...kan???.

Entahkan sempat atau tidak untuk kita erase dosa-dosa yang tercalit...nak paint semula dengan warna ibadah belum tentu sempat sebelum nyawa ditarik balik. Tambah pula disibukkan dengan urusan dunia..kadang-kadang terleka dengan masalah peribadi...sedang semuanya Allah dah atur..tinggal kita je yang perlu betul-betul tarbiyyah diri...tingkatkan pergantungan padaNya....tapi,itulah kita MANUSIA..yang sering lalai dan sebab itulah kita perlu sentiasa diingatkan. Juga perlunya untuk kita mencari pengisian-pengisian agar kita nampak kembali tujuan kita ada didunia ini...kemana kita akan kembali dan bagaimana pengakhiran hidup kita nanti.
 
Perjalanan kita masih panjang....jangan disempitkan dengan masalah yang kecil2..peringatan ini adalah untuk kita bersama..terutamanya diri yang menulis. Kadang-kadang masalah kecil dirasakan besar,betul tak??rasa dah takde jalan dah....tak tau dah nak mengadu pada siapa,tapi ingatlah disaat itu biarkanlah airmata jernih jatuh kepipi..kerana Allah ingin dan rindu untuk melihat kita merintih...(berdating)bermunajat padaNya..kerana kita sudah terlalu leka dengan dunia. Sayangnya Allah pada kita. 

Sekali kita melangkah menuju Allah seribu kali Allah berlari kepada kita...betapa kasih sayang Allah itu terlalu luas melebihi kemurkaannya....lantaran kita sering mengeluh...sering mempersoalkan rencanaNya..tidak pula meneliti setiap hikmahNya..Ya Allah,malunya hambamu ini seringkali tewas dengan dunia...sering tersungkur..namun kau tidak pernah memberi dugaan yang berat seperti mereka di palestin,ujianMu hanya umpama kanak-kanak yang dijentik dengan kasih sayang itupun untuk kebaikan hambamu..Oleh itu bila diuji..kembalilah mengingatiNya..tiada yang lebih indah dan menenangkan selain dari mengingati yang Maha Pencipta..yang memiliki hati setiap kita.

Menangis adalah ubat yang terbaik di ketika tiada seorang pun tempat untuk kita mengadu. Ingatlah jika Allah bersamaMu maka tidak ada satu pun di dunia ini dapat menjatuhkan dirimu tetapi jika Allah sudah tidak lagi bersamamu atas dosa-dosamu maka ingatlah tiada sesuatu pun di dunia ini mampu untuk menyelamatkanmu. Jadi jom sama-sama perbetulkan niat kita dalam setiap apa yang kita buat.Jadilah insan yang setiap diari hidupnya hanya untuk Allah.SWT. 

Tak layak diri ini nak berkata hatta mengulas dengan lebih dalam kerana hakikatnya terlalu banyak kekurangan diri tapi kerana diri ini teringin dan rindu nak jadi penghuni SyurgaNya...tak nak sorang2 tapi nak bersama-sama dengan sahabat sekalian...biarlah kita saling mendoakan agar sama-sama tetap teguh atas jalan yang diredhaiNya..InsyaAllah,maka dengan itu lahirlah blog yang tak seberapa ini yang penuh dengan kekurangan untuk sama-sama kita sirami hati dan jiwa agar tersedar semula bahawa bagi setiap hari yang berlalu dan yang akan datang perlu ada perubahan kearah kebaikan.InsyaAllah kalau kita ikhlas Allah akan bantu dan perlu diingat bahawa syaitan akan lemah dengan orang yang ikhlas.

Baiklah bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..just around the corner...we need to prepare right?? So, lets be prepared. Hamba Ramadhan..??apa tu ek...mesti ada yang tertanya kan?? Saya pun mula-mula dengar tercengang jugak. Tapi itulah realitinya bila memasuki Ramadhan. Dah niat awal-awal puasa ni nak buat baik dari yang lepas post lagi kat Facebook..,tak salah nak buat camtu, itu adalah sesuatu yang baik..di alu-alukan untuk mengiklankan perkara baik kerana mata kita ni,bila melihat sesuatu akan terus turun kehati,lagi-lagi benda yang baik maksud saya perkara yang baik. 

Contohnya kat Facebook,bila satu orang tu post “jom solat dhuha”  kemudian akan ada rentetan bagi page yang lain,begitu jugak dengan ayat yang tak berapa nak indah dipandangan mata pun akan ada rentetannya, tapi jom kita banyakkan iklan kearah Redha Ilahi dan jadi lebih kreatif. Kreatif dalam nak mengingatkan diri kita sebenarnya.Cuba lihat kat TV tu iklan bola Euro 2012,mereka sangat kreatif nak mengingatkan orang bahawa countdown perlawanan tinggal 72 hari misalnya. Kita pun kene kreatif nak ingatkan diri.Tak yah kat Facebook pun takpe, kalau dok asrama tu kat board or locker tulis besar2 dan cantik-cantik contohnya Ramadhan 25 days to go. Just for remind ourselves to give the soul to our mind for the most meaningful month RAMADHAN. Jiwa kita juga perlu hiburan maksud saya macam iklan tu, jadi nak buat perkara baik pun kene ada iklan. 

Saya belajar mencatat ni pun bila tertengok kat bilik sorang lecturer ni, waktu hafazan terpandang pulak kat dinding penuh dengan note. MasyaAllah...orang-orang hebat ni dia buat perkara yang luar biasa hebat. Kita tak hebat untuk ingat semua perkara dalam satu masa,tapi kita hebat bila kita bantu diri kita untuk jadi hebat dengan melakukan perkara yang luar biasa hebat. 

Selalunya orang bila dah letih dia akan rehat kan??saya pun macam tu, dah letihkan mestilah kene rehat tapi bukan rehat 24 hours all the time or the day of ramadhan is for the rest of our body fulltime. It is not like that, sahabat Rasulullah SAW dahulu beriman dengan Al-Quran. Sehari-hari mereka Al-Quran mekar di hati. Seorang sahabat bercerita, satu hari ni,dai buka facebook dan tengok video tentera palestin, sorang ni  pegang dan baca Al-Quran dan dua sahabat lagi sibuk dengan senjata. Tengah-tengah kekecohan pun mereka sempat baca Al-Quran..bukanlah orang yang memegang Al-Quran tu semuanya tidak menghafal,kadang-kadang 30 juzuk dah dihati,tapi oleh kerana memegang,baca quran tengok mushaf Al-Quran tu pun dah beroleh pahala...pemurahNya Allah nak bagi kita pahala mudah je.Dan semestinya mereka yang berusaha akan memperolehi akan apa yang dicita-citakan.Semuanya dari dalam diri. 

Bab makan pulak, mentang-mentang dah sepuluh hari puasa contonya lah kan, hari yang kesebelas tu pun nak makanan yang sedap-sedap,tak kisah lah nak yang sedap tu, tapi kalau dah air je pun 3 ke 4 jenis dibeli,dah buang duit kalau tak habis, buat sendiri tu takpelah jugak.Makanan pun dekat 10 jenis lauk,mana tak jadi hamba kepada puasa...dah makan banyak gerenti tak larat nak berterawih. Baca quran pun akan jadi tak fokus sebab perut penuh makanan,solat pun tak khusyuk takde kualiti. Perlu untuk kita jadi mukmin yang berkualiti dalam setiap hal dunia dan akhirat.Kalau dah puasa, tak di fahami dengan baik,itu yang jadi nak beli semua benda...contohnya “takleh lepas peluang ni,makanan ni ade kat bulan puase je..mesti kene cuba semua...” dah jadi hamba kepada makanan.

Dalam ibadah pula,hari dan bulan yang lainnya buat biasa-biasa saje..bila time ramadhan setiap hari infak duit kat tabung masjid. Setiap hari ke masjid,pergi kuliah...tak salah tapi persoalannya,apakah hanya perlu memaksimumkan ibadah hanya dibulan Ramadhan sahaja???lepas Ramadhan kembali kepada rutin harian..ibadah pun hanya buat yang biasa-biasa aje,solat sunat pun fikir dua tiga kali sebab sibuk urusan itu ini...bulan Ramadhan baru fokus ibadah. Tidak...itu hanya menjadikan diri hamba kepada Ramadhan..bukan hamba kepada Allah.mukmin yang professional tidak begitu..mukmin yang professional akan menjadikan hari-hari dalam hidupnya tak kira bulan apa sekalipun dipenuhi dengan ibadah dan akan sentiasa cuba meningkatkan kualiti ibadahnya.

 Lagi satu bentuk hamba Ramadhan...ibadahnya tertumpu pada puasa, “seharian aku dah berpuasa, harap tak tinggal puasa untuk tahun ni. Petang ni nak buka kat restoran jepun pulaklah...,erm..hujung minggu ni nak pegi shopping baju raya, minggu depan pulak nak pegi jalan-jalan” Nau’zhubillah, saya yakin kita bukan orang yang begitu, tapi pengajarannya disini jangan jadi hamba ramadhan semata-mata berpuasa tiada satu pun ibadah lain yang bertambah/tertingkat..juga jangan jadikan puasa kita tu alasan untuk kita tidak beribadah.

 Sedangkan dengan berpuasa tu sepatutnya kita dapat lebih kekuatan untuk beribadah dan saling membantu jika ada yang memerlukan. Mulakan dengan baki bulan rejab ini seterusnya syaaban untuk kita mantapkan disiplin diri dan beribadah. Sikap (contohnya kurang jaga kebersihan kita mudah nak ubah),tapi kalau sifat (contohnya tak nak ikut majlis ilmu)berkait dengan dalaman susah untuk kita ubah,perlu mintak banyak-banyak dengan Allah(beroda dan istiqamah dalam bermujahadah).  

Kita perlu sesekali bagi hukuman pada diri, contohnya hari ni aku buka facebook setengah jam lebih lama dari baca Al-quran jadi esok kene kurangkan 15-20 minit je bukak facebook. Maksudnya baca quran kene lebih banyak,disiplin diri tegas pada diri dan taklah melampau sangat,ikut kemampuan dalam tegas. Perlu ada disiplin dalam membaca Al-Quran begitu juga ibadah yang lainnya.Pelihara jiwa kita,sorang sahabat selalu pesan, jiwa kita ni perlu dipelihara kerana jika tidak takut-takut iman tak meningkat malah kita yang terarus dengan dunia.  Sama-samalah kita cuba tingkatkan amal untuk kita enter Ramadhan dengan hati yang bersedia. Tinggal polish sikit and will be better after that,InsyaAllah...takut untuk menulis,sebab takut-takut Allah uji tak terbuat segala apa yang ditulis.

..Salam Ramadhan...jom bersedia memasuki Ramadhan..

 InsyaAllah sama-sama baiki diri,baiki hubungan dengan Allah IsyaAllah Allah pelihara hubungan kita dengan sesama manusia. Mohon maaf andai ada sebarang kesilapan itu adalah dari kelemahan dan kelalaian diri sendiri dan yang baik itu sudah semestinya dari Allah pemilik setiap diantara kita. Salam ukhuwwah kerana Allah buat anda semua.Mohon doakan diri yang kerdil lagi hina ini  agar terus maju dalam  memperbaiki kekurangan diri.Akhir kata dari penulis Selamat menjalani Ramadhan dengan pengalaman ibadah yang terindah..semoga dapat terus ditingkatkan amal dari hari kehari..begitu juga halnya dengan iman kita..InsyaAllah. WaAllahu`Alam.Assalamua’laikum..Senyum sokmo deh :)

0 comments:

Solat itu senang!!

Anda Tak tahu solat?
Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!


motivation quote

cnet review

Generating the true "Ukhuwwah"

love palestine banner

FREE PALESTINE